Wednesday, August 29, 2012

Salam Lebaran

Salam untuk semua readers yang beragama islam....

First of all mestilah nak ucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin pada semua la. Terutama readers yang terasa-terasa hati coz aku kan suka mengutuk orang...kih kih kih..



Raya dah seminggu berlalu. Kerja pun dah lama start, aku lagi la dah lama start kerja. Cuti cuma sehari extra dari public holiday.

Sebab cuti tak panjang, tiada acara berjalan raya ke rumah teman-teman sekolah.

Raya kali ni masih lagi di rumah aku. Selepas menziarahi kubur abah, dan kali ni penuh makna coz bawa Aisy sekali.

Sedih sangat-sangat. Tanpa sedar air mata mengalir tambah lak aku tak dapat nak bacakan surah yassin disebabkan bendera merah telah menjengah.

Sedih kenapa? Aisy tu tanya banyak sangat soalan. Asyik tanya tok abah dia ni jalan pergi mana sambil tunjuk kubur tu? Sedih tau bila explain kat dia.

Lepas ke kubur, bersiap-siap untuk beraya ke rumah nenek husband coz mak mertua beraya di sana.

Raya ke dua pula memenuhi undangan ke rumah mak cik aku di Jelu yang sememangnya dari kecik akan berkumpul di rumah kakak abah untuk berkumpul sedara mara belah abah. Wajib berkumpul lepas mak tua (nenek sebelah abah) dah tak de.



Kali ni makan nasi beriani dan ayam pandan. Aisy makan dari mula sampai hingga kami semua nak balik baru dia sudah makan. Macam baru jumpa nasi coz dia tak de selera makan puasa ni.

Berkejar balik coz ada mereka akan datang ke rumah pulak. Just prepare mee kari untuk raya kedua ni.

Raya ke tiga, sudah pasti melawat baby naqib di shah Alam. Bertolak pagi dan petang baru bertolak pulang. Lama sungguh berkampung di sana.



Maklum la, abang tak balik  raya tahun ni. Dia busy jaga baby baru, pastu mak juga nak ambik kesempatan berlama-lama dengan cucu baru. Kami rileks je coz tiga kali di hidang dengan air...kah kah kah...

Balik meneruskan perjalanan ke rumah pakcik di bandar Raub. Malam baru sampai rumah.

Raya ke empat, hari ni acara memasak makan tengah hari di rumah coz semua sedara mara belah abah akan datang makan tengah hari.

Menu cuma nasi putih, tom yam campur, ikan kembung tiga rasa, ikan cencaru, kerabu sotong dan telur dadar. Makan sampai kenyang...burrp...tutup pintu. Esok nak kerja dah...huhuhu...

Dan bermula lah episod ganti puasa yang dah habis semalam coz empat hari je tinggal puasa dan hari ni start puasa sunat syawal lak. Target nak raya minggu depan...

Jom puasa ramai-ramai...nanti boleh raya sama-sama....


Wednesday, August 15, 2012

Welcome To My Dearest Baby Boy..

Anak aku kah?? Xoxoxo...

Sudah tentu bukan anak aku. Tapi anak saudara pertama aku. Setelah hampir setahun lebih mendirikan rumahtangga, abang & K. Niza telah dikurniakan seorang permata hati yang sangat comel.

Nah ambik tengok sendiri kat bawah ni...


Congrates both of you.. 1st baby boy dalam our family setelah mempunyai dua cuties girl.

Selamat dilahirkan pada 14.08.2012 jam 12.55 pm kat KPJ Selangor Specialist.

Malam tadi berkesempatan melawat baby boy ni dan disambut dengan tugasan mencuci berak baby Naqib ni. Mesti Naqib akan ingat dan kenal C.Ngah kan!!!!

Buat baby Naqib, semoga jadi anak yang soleh ye.

Friday, August 10, 2012

Touching betul...Huhuhu...

Dah tengok iklan raya Bernas? Semalam 1st time tengok. Huhuhu...touching sungguh....

Budak dua orang tu raya kali ni kat mana yek? Kalau tak de tempat nak beraya rasa macam nak jemput raya bersama lah. Tak pun lepas solat raya baru hantar Ahmad pi lawat kubur ibu dia.

Sedih betul tengok budak dua orang ni, dalam keadaan serba kekurangan tapi masih lagi berusaha nak lawat pusara ibu Ahmad tu.

Kalau kita yang sempurna ni tak ingat kat mak ayah, tambah lak mak ayah yang masih ada ni...tak tahulah nak cakap apa. Baik tukar je la kesempurnaan sifat yang ada tu bagi pada dua budak tu.

Yang tak nampak tu nama dia Fizi kan? Teringat kat arwah pak usu aku. Dia pun tak nampak dan meninggal pun masih lagi dalam perkhidmatan.

Setiap tahun bulan Ramadhan kami akan pergi rumah dia berbuka puasa sama-sama. Kalau dia nak makan, mesti inform dia apa yang ada dalam pinggan dia. Sama je macam Ahmad buat pada Fizi tu.

Agaknya waktu kecik dulu Pak Usu aku pun macam tu, belajar seorang diri kat Johor sedangkan family mak semuanya kat Kelantan.

Mujurlah dia diberikan latihan trengkas dan dapat bekerja sendiri. Hasil usaha sendiri juga mampu miliki aset untuk kemudahan anak sendiri bila sudah tiada. Al-fatihah untuk arwah pak usu.

Jom layan iklan raya best nie........



Thursday, August 9, 2012

Dugaan Bulan Ramadhan

Awal-awal ramadhan hari tu pernah buat entry cabaran bulan Ramadhan ni terutama melayan karenah anak-anak yang tak nak tidur.

Akibatnya tuan punya badan sendiri yang tak cukup tidur.

Semalam disebabkan hanya dapat tidur 2 jam sahaja, aku jadi terlalu mengantuk.

Bermula dengan episod tersengguk-sengguk kat office tapi pagi tu sempat jugak layan tidur setengah jam kat atas meja.

Episod mengantuk terbawa-bawa ke petang hari. Jarak 3km sahaja nak sampai rumah tapi ntah apa nasib yang berlaku semalam, jam teruk sampai tak bergerak atas MRR2 menghala ke Sungai Buloh tu.

Beberapa kali tersengguk masih lagi dapat beringat agar gear kereta sentiasa diletakkan dalam keadaan neutral supaya tidaklah menghentam orang depan.

Tetapi ntah macamana nak jadi jugak, tengah bergerak sikit-sikit tu aku boleh pulak terlelap. Sedar je dah bunyi berdentum. Sama ada aku telah menekan pedal minyak atau membiarkan kereta berjalan dalam gear D.

Terus hilang mengantuk. Aku tengok kereta depan macam tak de apa-apa tapi dia bagi signal tepi, aku pun ikut je. Dia keluar aku pun keluar.

Bila dia keluar dalam keadaan yang sedikit marah tapi tak meninggi suara dia bertanya "Tak nampak ke?". Seorang pemandu lelaki India yang berusia agak 30 plus hampir 40 kot. Kereta Proton Saga edisi Dr. Mahathir dulu..

Keras sungguh kereta tu sama keras macam Myvi aku. Kereta aku pun aku tengok tak de apa-apa. Bila everything clear, kami masuk kereta masing-masing untuk teruskan perjalanan.

Tapi agak musykil kerana lampu dalam kereta aku masih menyala sedangkan semua pintu telah pun tertutup rapat. Sampai di rumah betul-betul azan untuk berbuka.

Kasihan anak-anak yang berada di dalam kereta bersama c.Su dia hampir dua jam setengah. Tak ada makanan dan masing-masing lapar serta penat sampai tertidur.

Apa jadi kat kereta itu? OMG...bonet depan adalah sedikit kemek sebenarnya. Tempat tutup bonet tu telah terperosok ke dalam dan menjadikan bonet tersebut tidak lagi rapat kerana sedikit terangkat di bahagian atas.

Nak lock kereta tak boleh, nak cabut wayar batery panas lak enjin kereta tu. Tak boleh nak sentuh apa-apa. Terpaksa lah tinggalkan kereta macam tu je. Hope lepas Maghrib akan bawa ke bengkel.

Mujurlah kawan-kawan husband adalah orang yang terror bab-bab mengetuk ni, so tak payah lah membawa kereta ke bengkel.

Tapi bila bawa pagi ni, rasa kurang best sikit seolah-olah macam balancing & alignment dia dah lari. Ooohhh..ada sajelah kereta ni buat hal bila ada duit lebih sikit. Huhuhu....

Tuesday, August 7, 2012

Kehilangan Mood Untuk Menulis

Sekarang bukan tak ada masa langsung nak update blog. Masih ada ruang kalau nak update cerita tapi macam hilang mood je nak menulis.

Semangat menulis tu hilang bersama perasaan yang ketika ini sedang berpuasa. Rasa macam nak layannnnnn je macam terbang dek angin.

Nak cerita pasal raya pun tak datang lagi mood raya. Lagu raya hari kesepuluh puasa hari tu dah ada tapi  mood raya masih belum sampai.

Sampai hari ni aku masih belum pijak mana-mana shopping complex untuk membuang duit yang ada tapi duit dah habis. Hahaha...

Hari-hari asyik bayar bil je pastu tukar duit raya lagi, mestilah dah habis.

Lagipun semua baju anak-anak dah beli cuma tinggal kasut je belum beli lagi. Yang seorang je penting kasut yang seorang lagi tak beli pun tak pe coz masih belum boleh berjalan.

Baju kurung lak memang dah hantar tempah bulan April hari tu, just tunggu siap je, Bayar dan dapat baju tu.

Apa yang belum hanya persiapan raya husband yang masih belum nampak bayang. Malas nak keluar bersesak-sesak dengan membawa dua budak kecik.

Seorang perlu kawalan rapi kerana sudah boleh berjalan. Yang seorang  lagi pula belum boleh berjalan tapi tak suka dikurung dalam carrier mahupun di dalam stroller. Habis, apa pilihan yang ada?

Duduk di rumah sahaja lah. Husband tak pe, dia boleh keluar sendiri bila-bila masa sahaja. Waktu kerja, hari cuti, semua tu tak de masalah untuk dia.

Kuih raya juga tidak bertempah tahun ni. Aku bukan buat open house pun. Setakat nak makan-makan, makan apa je yang adik aku beli. Hahaha...

Cakap pasal kuih raya rasa macam nak cari bahulu gulung la. Mana boleh cari? Ke boleh buat sendiri. Yang sedap kat Kuala Selangor tapi jauh sangat la.

Raya tahun ni raya kat mana pun tak tahu macam yang sebelum-belumnya. Nanti bila sampai pagi raya aku adalah kat rumah mak aku. Hahaha..

Sepatutnya ikut giliran tapi sistem giliran tu macam hilang bila ada saja sebab kenapa tak jadi adanya giliran.

Terutama bila dah ada anak kecik dan juga sebab tempat raya adalah sangat dekat. Bila rumah dekat-dekat, sentiasalah sekejap ada, sekejap tak ada.

So, untuk raya kali ni aku rasa masih lagi macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak ada.

Cakap pasal raya, aku bukan budak kecik lagi yang excited bila tiba hari raya. Walaupun sudah ada keluarga sendiri sekarang. Dan yang paling rasa hilang indahnya raya sebab abah dah tak ada.

Oh Tuhan, kembalikanlah kegembiraan itu padaku....

Mereka jantung saya, mereka hati saya, mereka kegembiraan saya