Friday, February 24, 2012

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Hahaha..siapa yang nak mati tapi tak mati-mati ni? Dan siapa pulak yang hidup tapi macam tak nak hidup ni? Ooohhh..hidup ini penuh dengan tanda tanya..siapakah?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
jawapannya.....
-
-
-
-
-
blog aku lah...hahahaha....

Dah lama tak update blog. Kebuzyan melanda...Hohoho..hidup aku makin tak terurus...

Cuma rasa nak tercerita sedikit. Pagi ni dapat aduan dari ibu seorang budak lelaki yang sebaya Aisy. Mak dia cakap semalam pii anak dia lebam kena tolak ngan Aisy.

Hohoho..apakah expressi muka aku? Aku malu, serba salah, rasa macam nak berhenti kerja...jaga anak sendiri lebih selamat.

Bila sampai di nursery, penjaga di taska jugak buat aduan yang dia dicakar oleh Aisy..Ooohhhh tidak..nakalnya anak mama ni...

Apa aku nak buat sekarang ni. Aku dah warning kat Aisy pagi tadi, tapi budak kecik besar macam tu bukan faham apa.

Aku faham anak aku. Aku faham sangat Aisy. Kenapa dia cubit ? Sebab dia cemburu. Kenapa dia cakar? Sebab kita tak layan dia. Kenapa dia tolak? Sebab dia tak nak share barang tu.

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sebab dia nak perhatian dan kalau boleh kena layan dia seorang je. Apa dia nak, semua kena bagi. Hohoho..anak mama ni.

No comments:

Post a Comment