Friday, January 27, 2012

1st Trip After Confinement

Entry kali ni nak cerita 1st trip untuk Amni yang berusia dua bulan waktu tu dan jugak aku lepas je bercuti panjang. Kecik-kecik lagi dah jalan jauh. Baru je seminggu aku naik kerja, aku dah apply cuti. Inilah namanya pekerja contoh ye adik-adik...

Perjalanan sebelum Subuh buat rasa perjalanan tak la jauh mana coz kereta tak banyak kot. Kalau ada pun lori-lori je.Semua siap berbaju kurung kecuali dua anak kecil yang tidak mandi dan masih nyenyak tidur.

Kami hanya berhenti solat Subuh di Merapoh dan berhenti breakfast di R & R Gua Musang. Sampai kat Chabang Empat dalam pukul 11.00 pagi.

Aisy adalah budak yang tak behave, lepas je mandi dia mengamuk tak nak dok dalam rumah. Mengamuk nak "car..car..car". Sungguh malu aku dibuatnya. Sudahnya dia dan abah dia lepak dalam kereta je. Aku lak kejap ke kereta tengok Aisy, sekejap ke dalam rumah melihat Amni. Sungguh penat.

Lepas solat Jumaat, kami ke Pangkalan Kubor untuk shopping. Time to shopping...Ye ye ye..aku suka gila..sebenarnya tak de apa nak beli tapi dah pergi sana macam-macam aku beli.

Tengok kereta mainan yang dah lama nak beli untuk Aisy, terbeli la pulak. Kira hadiah birthday je la ye Aisy...Sudahnya kereta dah macam lori. Penuh dan padat. Dalam kereta ada kereta. Macamana tu?

Pulang ke rumah pengantin hanya sebentar. Aisy dah mengamuk lepas mandi. Sudahnya kami terpaksa tinggalkan rumah pengantin lebih awal dan tak lagi menunggu sehingga ke malam hari. Sudah pun booking hotel di Kota Bharu.

Niat malamnya nak berjalan-jalan sekitar bandar KB kerana kami menginap di hotel MGU/Al Firdaus yang terletak betul-betul di tengah bandar berdepan dengan Mydin. Tapi Amni & Aisy tidur lak. Sudahnya aku hanya terperap dalam bilik. Husband aku sampai dua kali keluar jalan-jalan. Mula-mula kuar seorang bawa balik barang shopping kat "uptown". Pastu kuar berdua ngan Aisy lak bawa balik Mc Donald lak.

Masa yang suntuk perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membeli belah. Tapi apakan daya, susahnya mempunyai ank kecil.

Niat untuk memilih tudung bawal trend terkini hanya mimpi ngeri sahaja. Terpaksa mengambil apa shaja yang nampak di mata kerana tak sempat nak belek-belek lagi.

Aisy nak balik, so terpaksalah aku menipu dia dengan memusing-musing sekeliling pasar Siti Khadijah tu tempat yang sama konon-kononnya nak cari tangga. Hahaha..dia tau mula-mula dia datang tadi dia naik tangga so kena cari tangga nak turun then balik. Aisy kena tipu ngan mama...


Amni & Aisy yang kepenatan

Siri balik Kelantan kali ni tiada siri jalan-jalan cari makan. Niat nak makan macam-macam kat pasar pagi kat Pasar Chabang Empat jugak tak dapat. Dengan cuaca yang yang sedikit hujan di pagi hari buat perjalanan jugak tak berapa best.

No comments:

Post a Comment