Thursday, January 26, 2012

Makan Besar Di Puncak

Tajuk entry bukan main lagi. Dah sekian lama tak update blog, start hari ni mesti update blog cam biasa gak.

Eceh ceh ceh..makan besar di puncak la sangatnya. Sebenarnya nak cerita cuti CNY baru ni buat apa. Setelah sekian lama jalan dari Sg. Koyan - Cameron dibuka, baru nilah kami ada kesempatan nak pergi. Macam busy sangat je bunyi nya...


Perjalanan yang sangat jam

Perjalanan dari Lembah Klau - Sg. Koyan ambik masa 1 jam, dan dari Sg. Koyan - Cameron lebih kurang 1 jam lebih sikit. Jalan ok, view sangat ok..cantik ko..boleh tengok banjaran titiwangsa dan yang penting merentasi banjaran titiwangsa.

Pergi ke Cameron adalah memenuhi impian C.De yang tak pernah sampai lagi ke Cameron Highland. Dan yang pasti bila public holidays, jalan memang tersangatlah jam. Dari Tanah Rata - Cameron Valley Bharat tersangatlah sekejap tapi bila nak naik lagi ke atas untuk ke strawberry farm, pasar malam, taman kaktus dah jam sangat-sangat.

1st tempat kami berhenti tentunya Cemron Valley. Sebenarnya nak masuk kebun teh dan snap gambar kat sana coz cantik sangat dia nyer view tapi pack sangat dengan lautan manusia, terus tak jadi. Just membeli teh sahaja.




Then kami singgah di satu strawberry farm namanya Bala kot..aku pun tak ingat snagat coz tak ambik port pun nama dia. Farm yang ni dahlah tak boleh pick sendiri, tak boleh masuk langsung. Just boleh tengok dari luar je.




Sebab hari pun dah melewati jam 3.30 petang, kitorang prefer nak balik je coz tak tahan nak bersesak dengan kereta-kereta lain. Decide solat jamak & qasar di masjid. Fuh...air dia cam air batu walaupun paip dia tak la keluar macam air batu tu..sejuk je ye cam air batu.

Lepas solat cari tempat makan lak. Aku teringat tempat kitorang lepak 8 tahun lepas ada kerusi & meja yang boleh lepak-lepak makan, so lepak je kat situ. Lokasi tu kalau korang gi sana berhampiran tempat parking kereta ada satu taman mainan sebelah paang bola. Yang ada replika buah-buahan & sayur-sayuran tu la. Nasib baik bawa bekal so tak payah nak cari kedai.




Cameron ni yang aku tau susah sikit nak cari kedai makan yang ok. Tempat pun terhad je. Kalau stay hotel makan je lah kat hotel tapi kitorang pergi balik hari je.

Eh Eh Eh..ada mamat layan blues lak yang interprame

 I like this pic. Amni senyum

Budak bulat getel

Budak bam bam yang berangan nak jadi k-pop. See, buat peace tak jadi



Kitorang sibuk nak makan, Aisy dah sibuk "nak main-main" dia. Tapi kesian dia, kat sana buaian dia tak de yang bulat tu, so dia tak la berbuai sangat. Bila kitorang dah siap makan, dia lak baru nak makan. Makan sekadar alas perut dia yang muncit tu je lah.

Bila singgah kedai souvenir, apa yang dia nak bila kita tanya hanyalah belon strawberry tu. Tapi saje belikan dia glove dan topi dan akhirnya dia pakai sepanjang dalam kereta. Macam kat oversea tapi kat over the river je.

Amni lak baik je baby bulat tu. Sepanjang jalan tidur je, kalau tak tidur dia bergantung je. Pastu agah-agah dia, dia ketawa mengekek. Bila sampai kat tempat orang ramai pun dia ok je. Tak la meragam..so kira ok sangatlah bawa Amni berjalan.

Balik tu singgah di kedai-kedai souvenir je. Ingat tak habis duit gi sana, tapi bila dah pergi semua pun nak beli. Tapi bukan semua barang la beli, cuma sekadar t-shirt. dried strawberry, ice cream yang singgit tu, strawberry yang rangup..sweet potato yang purple tu...tomato cherry & salad yang mcm lettuce tu..cikai-cikai punya barang pun habis gak Rm 100 lebih..macam air je duit berbelanja...

Cerita pasal cuaca lak..kat sana tak la sejuk sangat cuma ada masa bila angin tu bertiup dia bawa angin yang sangat nyaman. 8 tahun lepas aku pergi sana, bila bercakap boleh kuar asap tu bila waktu malam. Sekarang macam tak sejuk sangat pun. Kebetulan cuaca hari tu tak baik sangat, ada masa hujan renyai-renyai. So nak berjalan pun tak best. Tauke2 kebun lak kebanyakannya chinese so diorang dah tutup farm diorang untuk makan besar.

So untuk trip kali ni kuranglah menyeronokkan tapi husband aku kata "dekat je ikut jalan ni, nanti kita pergi lagi"....maknanya selepas ini ada lagi chance nak naik ke sana lagi...

No comments:

Post a Comment