LRT ni aku naik dua minggu lepas coz tak balik ke kampung. Memang nak bawa dia naik LRT, so boleh lah nak bershopping kat SOGO. Tapi niat nak shopping tu tak kesampaian pun coz Aisy adalah sangat banyak karenah.
Cerita naik LRT dulu. Kami naik stesyen kat Gombak kerana parking je kat sana. Husband ajak naik komuter tapi aku malas nak jalan kaki dari Bank Negara tu ke Sogo. Jauh sangat. Tambah lak membawa dua orang bayi. Memang taaakkk la...
Excited nak naik LRT
Budak kecik dalam carrier
Muka pertama kali naik LRT
Punya la lama tak naik LRT, sekarang dah pakai token yang boleh beli sekali je. Sentuh tempat 1st naik then masukkan token di tempat terakhir destinasi. Senang & mudah kan...
Minggu baru ni jugak berkesempatan bawa Aisy naik bas. Dia suka sangat bila ada bas lalu. Mulut asyik bising je tunjuk bas selagi tak pandang lagi tu dia jerit panggil mama suruh tengok.
Bila naik bas, sekali lagi dia diam tak terkata. Bila nak smpai kat rumah mak aku tu, aku suruh dia picit loceng, dia macam takut je. Bila aku dah picit then nak turun, dia lak nak picit loceng tu.
Macam buat mainan lak aku rasa bawa anak aku ni naik public transport ni. Tapi at least bagi dia rasa. Dulu aku susah, mana ada kereta. Sampai aku dah kerja pun aku naik bas & lrt. Bila dah kahwin ni je aku tak naik lrt & bas. Tambah lak bila dok jauh dari LRT so kena lah drive sampai muntah ye kalau nak ke mana-mana.
No comments:
Post a Comment