Dah lama nak bawa Aisy ke I-City. Dari dia umur dua bulan lebih hari tu lagi. Waktu tu mak masih menjaga Aisy dan adik masih lagi practical training di MAS, Subang. Tapi niat asyik tak disokong dengan usaha nak pergi.
Malam minggu hari tu pun sama. Niat tu ada tapi tak disokong lagi dengan usaha. Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam tapi masih lagi bersantai di rumah.
Setelah adik memujuk mak, dan aku memujuk en. by by, dua orang ni setuju baru lah semua kelam kabut bersiap nak pergi. Kami hanya meninggalkan rumah jam 9.45 malam menuju ke I-City. Dari rumah aku hanya 20 minit kalau ikut lebuhraya Plus exit kat bukit raja tu, terus masuk I-City.
Aku tengok gambar orang lain pergi macam best je tapi pada aku tak la best mana pun. Lampu-lampu dia pun macam lah tak banyak sangat. Yang menerujakan aku nak pergi ke sana adalah untuk masuk ke tempat snow tu tapi semua orang pun tak nak masuk.
Hanya berjalan membawa Aisy yang ingin berlari dan berjalan bebas di tanah yang berkeluasan lebih kurang dua hektar kot...dia memang seronok, tak nak langsung berdukung. Tapi bimbang juga kerana jalan-jalannya di turap dengan batu-batu kecil. Dalam batu kecil tu bersepah dengan cebisan kayu-kayu kerana tempat tu masih lagi dalam construction.
Aku tengok ada rail untuk train pusing I-City tapi masih belum siap sepenuhnya. Tak tahu lah bila boleh jalan train tu tapi aku tengok rail dia cam pusing sekitar kawasan yang luas lebih kurang 1/2 ekar je. Tak sampai ke tempat stage & tempat snow tu.
Aisy sangat pendengki orangnya. Ramai kanak-kanak main macam kipas yang kecik & boleh terbang-terbang tu, tapi bila ada satu kipas ni jatuh depan dia. Sebenarnya tiga tapak lagi dari dia tapi dia terus mengejar benda tersebut dan memijaknya. Dengan rasa tak bersalah dan muka selamba dia berjalan pergi.
Bila sudah jauh sikit aku menoleh ke belakang, aku lihat ada seorang budak lelaki mengambil kipas tu dan berikan kepada bapanya. Kelihatan seperti kipas tersebut telah patah. Rasa bersalah tapi tak larat jugak aku nak berpatah balik kerana perlu mengawal Aisy yang asyik berlari dan berjalan laju. Husband aku lak buat selamba je bila aku beritahu dia. Memanglah kipas kecik tu tak mahal pun aku rasa. Mungkin Rm1.00 atau Rm2.00 je tapi segan lah pulak anak kita yang patahkan kipas budak tu.
Berkumpul semula di tempat mua-mula kami sampai tadi kelihatan masih lagi ramai pengunjung yang tiba tak putus-putus. Ramai, lautan manusia..penuh membanjiri kawasan I-City. Tapi tidak lah begitu sesak sehingga menyesakkan nafas. Masih lagi bernafas menghirup udara dan bukannya bau badan manusia. Hahaha..
Kenakalan Aisy sekali lagi terserlah bila ada seorang anak Chinese ni memakai cekak rambut yang bertelinga kan rabbit dan bercahaya. Aisy cuba merampas cekak tersebut dari kepala budak tu, nasib baik aku sempat menghalangnya. Bukan tak nak belikan untuk Aisy tapi dia bukan pemakai orangnya. Dibuangnya saja kalau kita beli.
Puas bergambar dan penat berjalan, kami balik. Yang menjadi satu keajaiban adalah Aisy tak tidur pun dalam kereta mula keluar dari rumah sampai balik rumah semula. Maklum lah, dia sangat teruja bila dapat keluar dari sangkar burung. Seharian aku berkurung ngan dia hari sabtu tu.
No comments:
Post a Comment