Semalam dapat msg dari penjaga tempat nursery dia yang mengatakan Aisy mengamuk-ngamuk nak duduk atas bouncing yang dibeli oleh Tokma kesayangan dia. Bouncing tu dah teruk patahnya. Mana tak patah, bila dah pandai berjalan ni bila nak duduk je henyak punggung atas bouncing tu. Berat badan dia juga bukanlah stok yang ringan-ringan tapi adalah kategori "bulat".
Bouncing lama Aisy
Nak tak nak, kena beli yang baru lah untuk budak kecik Aisy ni. Kalau tak dia tak nak tidur kat nursery. Macam semalam, puas pujuk, puas peluk tapi tak nak jugak. Nak jugak dok atas bouncing tu. Sudahnya terpaksa lah mereka menyorokkan bouncing tu di dalam bilik.
Ingat nak beli yang sama iaitu jenis yang besi dan hanya beralaskan kain net sahaja. Tapi survey kat carrefour harga yang tu punyalah mahal, macam tak padan je dengan harga. So telah mengajak my by by ke Parkson Selayang Mall. Kerana di sini aku boleh membeli puting susu botol Avent Aisy tu. Kat Jusco Maluri sampai tak de stock. Licin habis cuma tinggal dua itu pun yang saiz no. 1 untuk 0+m kan!!!!.
Kat rumah aku pun ada Jusco tapi nak pergi Jusco Kepong tu tak sanggup rasanya nak menghadap jam. Kat Selayang Mall lak terpaksa memusing dua tiga kali untuk parking. Tapi agak selesa bila dah masuk Parkson ni.
Kat sini pun tak banyak pilihan. Cuma ada yang Sweet Cherry je. Ada tiga jenis je. Yang sm macam Aisy tu memang murah sikit dari Carrefour & ada 10% discount. Tapi rasanya macam nak ambik yang lain la. Tu yang pilih yang lain sikit tapi tak ada stock lak. Kalau nak jugak terpaksalah ambik yang display.
Macam ni la Aisy nyer bouncing yang baru. Tapi ada toys kat atas tu
Memandangkan jam dah pukul 9.30 pm, terpaksalah beli je yang display. Buatnya kedai Anakku tutup, takkan kami nak patah balik ke Parkson. Kalau nak ke Jusco Kepong memang confirm lah dah tutup waktu tu...
Tapi yang aku tak tahan kat sini adalah perangai Aisy yang 'gangster' tu. Semua benda pun dia nak. Boleh dia tarik walker dari tempat display sebab dia kata dia 'nak.nak..nak". Pastu dia tarik mandi lak. Dia duduk la dalam tu. Puas main dalam besen, dia nak "nak car..nak..nak". Dia nak kereta yang mainan yang boleh duduk tu lak..habis dia punggah ke atas carpet. Nakal tak anak aku ni?????
No comments:
Post a Comment