Monday, July 11, 2011

Aku Pregnant Lagi...

Hehehe..dah nak masuk 27 weeks sebenarnya aku pregnant. Bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata pada 11.10.2011 ni..Insyaallah...

Kenapa pregnant tiap-tiap tahun? Jawapan mulut jahat adalah "suka hati aku lah. Aku yang tanggung semua.". Jawapan mulut baik adalah " sebab umur pun dah 29 tahun. Kalau boleh before 35 aku dah nak stop bersalin. Dan kalau boleh nak awal lagi".

Tak ramai yang tahu aku pregnant coz badan aku je naik. Perut tak nampak pun. Kalau sape-sape jumpa aku mesti kata aku gemuk atau bahasa yang paling tepat adalah terlalu obesiti. Tapi sebenarnya aku telah membawa seorang lagi di dalam perut ku ini yang mana hanya tinggal lagi 13 minggu untuk dikeluarkan.

Pregnant kali ni lebih baik dari tahun lepas..eh!!!tiap-tiap tahun lah aku pregnant. Tiap-tiap tahun jugak beranak..aku rasa mesti ramai yang mengidamkan waktu pregnant macam aku pregnant. Aku tak de sebarang alahan  mahu pun pantang larang. Boleh makan apa saje tu yang badan jadi 'gumuks'.

Boleh juga berjaga malam menemani Aisy bermain, mendodoi dia kalau dia tak boleh tidur, bangun tengah-tengah malam buat kerja rumah. Alhamdulillah. Mak aku sendiri sungguh terkejut kerana aku terlalu sihat untuk menghadapi kenakalan Aisy yang tengah melasak tu.

Aku juga diberi kudrat dan sebenarnya masih lagi diberi kudrat untuk mendukung Aisy walaupun dia sudah boleh berjalan. Terutama bila nak naik tangga rumah yang tingkat 4 tu. Alhamdulillah. Semoga aku terus diberi kudrat untuk teruskan hari-hari esok.

Kesimpulannya, pregnancy aku kali ni juga masih tiada cerita yang mahu diceritakan kerana tiada perbezaan sama ada aku pregnant atau pun tak.

3 comments:

  1. tahniah...wah nti aisy nk ader adik dah..

    ReplyDelete
  2. Thanx. Tu la bc blog rin pun nk ush dptkn adik utk Aisy gak kan! Insyaallah, ada la tu tak lama lagi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Tahniah Fiza! :) Dah tau ke lelaki ke perempuan? Dah 27 minggu ye... cepat je masa berlalu. Camane la si Aisy tu bila dapat adik nanti kan? Jgn dibulinya sudah :p hehe.

    ReplyDelete