Sekarang ni budak kecik yang nama dia Aisy tu dah tak suka makan. Buat lah apa sahaja makanan kegemaran dia tapi tak mau gak makan nasi.
Kalau dulu dia suka sup sayur yang ada soun. Pastu bertukar pulak ke kuah lemak sayur tapi nak ada soun jugak. Pastu dia tukar lak suka ikan bilis. Pastu suka sup ayam pulak. Sekarang dia suka apa? Dia cuma suka makan biskut cream cracker jacobs dan koko krunch je.
Malam tadi Aisy menangis-nangis sampai tertidur coz nak kan koko krunch. Mama dia lupa beli. Selalunya aku buat stok tapi hari tu lepas dia suka sepahkan atas lantai aku dah malas beli banyak-banyak.
Mula-mula tipu dia dengan fries tapi lepas kenyang makan fries tiba-tiba datang kat aku yang tengah memasak "Cho-cho-Cho"..sambil bawak tupperware yang koko krunch yang aku selalu simpan tu. Tadi tipu dia kata koko krunch dah bertukar jadi fries tu yang dia makan.
Ni tak tau apa nak tipu dah. Bagi muka kesian kat abah dia supaya abah dia rajin turun ke kedai untuk membeli koko krunch tapi ternyata my by by pun dah malas nak turun. Dia lagi sanggup tengok anak dia melalak coz dia kata malas nak layan sangat budak kecik ni.
Elleh!!!Alasan je tu. Sebenarnya dia nak layan bola. Kan malam tadi ada siaran langsung bola kelayakan Piala Dunia 2014. Tahniah pada pasukan negara kita walaupun kita semalam kalah tapi kita dah layak untuk ke pusingan seterusnya. Lawan Singapura lak kan lepas ni????
Sebenarnya aku tak faham2 walaupun husband aku dah explain kenapa kita leh layak gak pada hal kita secara keseluruhan mata kita seri ngan Taiwan. Kenapa ada kalah di tempat lawan dengan mata???? Tak faham betul..
Tapi tak tahan tul tengok Keeper kita semalam tu terutama bila dia tangkap bola yang penalti kedua tu. Pastu setiapkali gawang selamat pun dia cam menarik nafas yang paling dalam gila. Mesti stress gila kan dia.
Tutup cerita bola la. Sebenarnya nak cerita Aisy je ni...kenapa aku leh cerita pasal bola lak..Lepas dukung-dukung dia. Bawa dia main air kat sinki jap coz dia asyik nak basuh tangan je sekarang ni. Tukar diapers dia, dia pun dok manja-manja atas riba aku sambil layan tv iklan susu formula yang banyak sangat kat tv kan sekarang.
Bila dia tengok susu setiap kali tu la dia kata "Nak, nak"..tapi jangan terpedaya ye dengan dia. Dia memang suka semua yang ada dalam iklan tu terbentang depan mata dia. Susu dutchlady chochlate yang aku beli baru hari Jumaat tu pun dah habis dekat 6 kotak dia buka tapi tuang ke lantai je...
Kalau iklan barangan baby johnson tu semua barang dia pun dia punggah depan tv. Semalam habis sebotol bedak dia tabur kat ruang tamu rumah. Pastu sapu lotion lak kaki dia. Pastu tuang baby oil lak kat kaki dia. Ni semua pengaruh iklan kat anak aku. Boleh tak tv kurangkan iklan supaya anak aku tu tak meniru lagi dah....
Balik semula lepas dok manja-manja, pujuk lak baring-baring atas dua bantal golek. Dah macam bos besar lak anak aku ni. Kepala di alas dengan dua biji bantal tidur dan badan di alas dengan dua bantal golek. Ambil wet wipes nak lap hingus dia tapi dia ambik lak dari tangan aku. Lap-lap hidung sendiri tiba-tiba mata lak terpejam. Lalu tertidurlah dia di jam 9.30 pm....maka aku boleh lah layan Stanza Cinta..
Eh Aaron Aziz tu asyik berlakon cerita adaptasi dari novel je...beza sangat je watak dalam KL gangster kan!!!!! Tapi I memang like dia dari I dok JB lagi..aku ingat waktu tengok tv4 channel Singapore. Kan cerita Melayu banyak. Dia jadi pilot dalam cerita tu...cerita perempuan yang syok gile kat Shah Rukh Khan tu sampai kena tipu.
Balik semula cerita Aisy..asyik nak tersasar dari jalan cerita je..semalam ke Carrefour Kepong untuk membeli mainan Aisy. Mainan lagi???? Ini kerana dia suka sangat membuka bateri hp aku dan memasangnya semula. So husband aku nak belikan dia something yang macam LEGO tu. Alah, waktu aku kecik-kecik dulu pun abah aku ada beli ni tapi dulu block dia kecik-kecik, ni besar-besar. Siap ada dalam beg sandang lagi.
Blocks yang dalam toong ni beli jugak
Tak beli jenama LEGO kerana sedar kemampuan diri yang masih belum bergaji lagi dan rasanya Aisy bukanlah budak yang suka mainan. Beli yang murah-murah je. Itu pun dia bukan nak main sangat, dia cuma suka memakai beg tersebut dan bersalaman dengan kami dan dengan memakai kasut di dalam rumah memberi lambaian bye-bye terus menuju ke pintu untuk keluar. Lagak seorang budak nak ke sekolah gitu.
Sebenarnya nak cerita ni je..Aisy sangat-sangat berselera makan nasi yang KFC punya. Aku rasa tak la sedap mana pun nasi dia. Tapi Aisy sangat suka. Dia hanya makan nasi kosong pun tak pe. Tambah lak dengan sudu yang disuap oleh tangan abahnya.
Makan fries lepas makan nasi
Suap abah tersayang
Tangan dia pula menolak kereta mini cooper yang berwarna kuning yang dibeli juga oleh abahnya sementelah tau yang anak dan isterinya sangat sukakan koleksi kereta mainan hadiah dari mana-mana barangan walaupun sebenarnya kena beli bukan percuma ye...
Mini Cooper ni la my by by beli, yang warna kuning. Tapi kecik je, cuma dalam 7cm
Kenyang makan nasi, Aisy makan fries mama dia lak. Sambil tu suap gak kat abah kesayangan dia. Sungguh seronok tengok dua beranak ni makan. Mama dia makan dengan syoknya Zinger Burger kerana abah dia rajin melayan anak kecik yang banyak ragam tu.
Aku rasa aku nak beli something bekas yang ada lambang KFC atau McD suapaya boleh aku isikan dengan nasi dan bagi Aisy makan dengan sangat beselera. Sekian sahaja cerita kali ni. Cuma nak cerita Aisy sudah pandai memilih makan nasi di KFC sahaja.