Monday, October 18, 2010

Rahadatul Aisy V2

Apa ada pada nama?Mesti la ada..nama tu kan doa..sebab tu la bila kita nak namakan anak kita, kita namakan dia dengan nama-nama yang baik dan mulia..penuh dengan makna...nama panggilan juga perlu dengan nama-nama yang baik..sebab itu merupakan doa...

"Rahadatul 'Aisy" bermaksud kemakmuran hidup...Ini lah nama yang aku berikan pada puteriku..dengan satu harapan nanti kehidupan dia penuh dengan kemakmuran dan kesejahteraan..agar dia menjadi anak yang soleh yang tinggi ilmunya..

Semalam aku berkesempatan mengunjungi sahabatku yang juga sekampung denganku yang telah selamat melahirkan puteri yang kedua dengan kaedah CS juga buat kali kedua..Rezeki untuk melahirkan anak secara normal tetap dihalang meskipun peluang sudah terbuka..tetapi apa yang berlaku mestilah ada hikmahnya...Dengan CS, bukan sahaja puteri dapat dikeluarkan dengan selamat, malah ketumbuhan yang berada di ovarinya juga dibuang...alhamdulillah,semuanya selamat..hanya melalui satu kesakitan sahaja...itulah hikmahnya...

Puteri itu dinamakan Nur Rahadatul 'Aisy..sama macam puteriku...hehehhe...Aisy puteriku mempunyai sahabat yang namanya sama...kelakar betul la...tak kisah la..nama je sama..hanya sesekali saje berjumpa..tapi mana la tau ditakdirkan mereka berdua berjumpa di kelas yang sama di universiti nanti..mesti wujud kekeliruan di situ...


My friends ; Normashanum & her daughter; Rahadatul Aisy
Pic : FB Normashanum

Apa yang akan berlaku di masa hadapan kita semua tak tahu..cuma menjadi satu harapan kepada kami sebagai ibu bapa untuk melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran..ilmu itulah yang menentukan kedudukannya nanti...Semoga anak mama dan anak sahabatku menjadi insan yang berguna di duania dan di akhirat...sepertimana nama kalian berdua "Rahadatul 'Aisy"........

P/s :  Anak mama dah pandai merangkak 2 3 tapak..seronok tengok dia meneroka kehidupan dia..

No comments:

Post a Comment