Seminggu aisy tak dihantar ke baby sitter, pagi tadi hantar lak..kesian dia..aku tak hantar pun,dukung sampai bawah je..suruh husband yang gi coz aku nak suruh husband aku tegur sikit baby sitter tu..kalau aku yang buka mulut, dia bukan nak dengar..
Balik awal sikit coz nak singgah kat ampang hilir hantar doc kat runner office aku..jalan tak jam lak tu, 6.30 pm aku dah sampai rumah...gi ambik aisy..banyak la sangat omelan baby sitter aku tu..yang paling tak tahan dia asyik cerita kata dia marah anak aku...anak aku kecik lagi, ko suka2 nak marah..biasa la budak, kalau nak jaga kena buat la cara nak jaga...
Telinga Aisy berdarah kerana menggaru ketika minum susu
Husband aku tak nak makan nasi, so rileks la kejap malam ni..tak payah masak..dia masak roti celup telur..sedap gak..asyik melayan kareanah aisy sampai la dia tertidur..waktu dia tidur, baru la perasan..anak mama ni dah besar...rasa baru je semalam lahirkan dia..alhamdulillah..Allah bagi kesihatan yang baik untuk mama dan abah jaga aisy sehingga hari ni..alhamdulillah juga coz Allah bagi kesihatan yang baik juga buat Aisy untuk terus berikan kegembiraan kepada kami...
Jari-jari anak mama yang dah besar..not baby anymore..huhuhu
P/s : Hati terlalu mengingati arwah baby alanna qish yang selalu buatkan aku nangis seorang walaupun tengah drive..huhuhu..al-fatihah..
No comments:
Post a Comment