Tahniah buat Dr. Syed Muzafar & Dr. Halina..best kan..aku suka cara Dr. Syed Muzafar cerita tentang love story diorang..pas tu waktu diorang buat outdoor shoot kat atas bukit mana ntah...fuhh..romantik gila..cantik lak tu..semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga..(comel lak aku tengok Dr. Halina tu...harap2 Aisy pun jd mcm doc mcm Dr.Halina...)
Gambar-gambar Dr. Syed Muzaffar ni sweet sangat kan...
Aku juga berkesempatan menghadiri satu majlis perkahwinan yang diadakan di kampung aku..anak kepada jiran aku..tahniah pada Dewi dan pasangannya..jagalah rumahtangga sebaiknya..jika alam bercinta itu indah, alam perkahwinan adalah sejuta kali indah lebih dari alam bercinta..lebih banyak dugaan..lebih banyak tanggungjawab..lebih banyak ujian...dan yang paling best..lebih banyak juga dalam hati ada taman..sungguh..tak tipu..kepada yang dah kahwin,aku sure korang semua tau kan...
Selamat pengantin baru buat dewi & pasangan
Setelah hampir sepuluh tahun tak berjumpa, kenduri perkahwinan ini juga menemukan aku kembali dengan rakan sekelas aku sewaktu di SMKTK yang kini telah pun mempunyai anak 3...yang ke 3 sebaya dengan Aisy..aku? baru anak seorang...betapa bezanya aku dan dia kan...nak buat macamana..jodoh aku lambat...
Baju gold coklat:Haniza...ni la classmate aku waktu kt SMKTK
Hari ni gak aku sedikit cemas coz Aisy tiba2 demam..dia tak pernah demam sebenarnya..dah 6 bulan lebih..lagi 9 hari cukup 7 bulan..mesti Aisy nak dapat sesuatu ni..tu yang dia demam..anak mama nak merangkak ye...
Sebab ni kali pertama Aisy demam, aku sedikit cemas..bimbang jika demam panas...terus aku ajak husband aku ke klinik..malangnya klinik di sg.ruan tutup lak..pusing bandar raub pun sama..semua tutup..hanya hospital raub je bukak...tak kisah la..janji dia mendapat rawatan daripada pegawai perubatan yang lebih arif...
Agak lama menunggu coz terlalu ramai yang menunggu giliran..aku dan hospital raub ni dah jadi macam biasa lak..dulu waktu pregnant, ke sini la aku pergi setiap kali hari ahad kerana aku mempunyai tekanan darah yang tinggi di akhir2 kandungan...pernah juga di masuk ke wad bersalin dan berada di sana lebih kurang 3 jam untuk periksa pergerakan baby aku...
Aisy demam la pulak..harap2 dia ok.aku tak larat nak tinggalkan Aisy kat ma..nanti aku lak kena ulang alik..tapi kalau letak dia kat baby sitter, lagi la..apa ntah jadi kat Aisy ni...
No comments:
Post a Comment