Tuesday, October 26, 2010

Misi Gagal

Korang ingat misi apa yang telah buat aku gagal kali ni?Adakah misi membawa masuk bantuan ke Palestin telah gagal...hehehe..tak de la sampai besar macam tu misi aku..tapi alhamdulillah, viva palestin kita dah selamat sampai kat sana kan...

Berbalik kepada misi gagal yang aku maksudkan...aku gagal pulang ke kampung berdua sahaja dengan Aisy..hehehe..ceritanya macam ni...

Semalam baby sitter Aisy tak dapat jaga dia coz mak dia masuk PPUM..dalam kelam kabut,nak mintak tolong K.Yah tingkat 2,tapi dia sakit pinggang lak..memang betul2 sakit..husband aku decide dia ambik EL hari ni coz aku dh cuti EL 2 hari dalam bulan ni..(1st waktu baby sitter Aisy pi beraya ntah kemana & 2nd waktu Aisy demam 2 minggu lepas)

Petang tu kitorang nekad nak hantar aisy dok kampung ngan mak aku la..tak pe aku berulang dari KL - RAUB, RAUB - KL untuk minggu ni..nak buat macamana kan..lagipun husband aku dah kena outstation ke Terengganu malam ni...untuk mudahkan urusan husband aku akan drive sampai Bentong & drop dia kat sana coz kereta company dia akan pick up dia kat sana je..aku pun confident la boleh bawa Aisy dari bentong ke Lembah Klau..bukan jauh pun..1/2 jam je nak sampai rumah...

Selepas makan malam di Dara Tomyam, kami bergerak ke stesen Petronas berhampiran kilang kertas untuk drop husband aku, waktu tempoh percubaan Aisy ok bila aku berada di hadapan dan dia keseorangan di belakang..bagi dia tak bosan dan rasa keseorangan, aku nyanyi lagu untuk dia..dia suka je..last2 dah nak sampai kat bandar dia dah start menangis...sampai je kat padang Bentong, aku berhentikan kereta coz aisy menagis kuat sangat...aku pujuk dia..ok kejap..aku jalan terus..mnagis lagi..berhenti lak kat petronas..mungkin sebab dia berak kot...cuci2 dan teruskan perjalanan..kali ni seat dia aku dah alihkan ke depan bagi memudahkan aku drive

Sepanjang jalan menangis...aku berhenti lagi di satu kawasan medan selera tinggal selepas dengan kem tentera...aku pegang dia sambil drive...lantak la kena saman pun..dia menangis lagi...berhenti lagi di bahu jalan....berhenti nangis aku jalan lagi...dalam gelap berhampiran sarang burung aku berhenti lagi...aku pun dah tak ingat bila masanya aku letak dia merangkak kat belakang..mungkin waktu berhenti di sarang burung kot...nak sampai ke simpah lebu yang hanya beberapa km je buat aku rasa perjalanan aku terlalu jauh...

Aisy dengan menangis bercucuran air matanya merangkak ke depan..aku panik takut dia terjatuh..sebelah tangan aku pegang stereng kereta, sebelah lagi pegang tangan dia..terhuyung hayang gak coz hari hujan..terlanggar lopak air kereta hilang kawalan..dalam hati hanya berdoa kitorang berdua diindungi dari kemalangan..akhirnya sampai di satu simpang yang berdekatan dengan dewan serbaguna Kg. Lebu,..aku peluk dia...letak balik kat seat di hadapan...berjalan hanya 1km terpakasa menahan hati mendengar Aisy meraung lagi...aku berhenti lagi di dalam gelap kebun sawit...jarak hanya 5km nak sampai ke rumah, tapi aku berhenti lebih dari 5 kali..dengan memasang lampu emergency, aku rasa banyak kereta yang lalu jugak tak berani bertanyakan apa2 takut jika aku ini hanyalah perompak yang menunggu masa...sedangkan aku ibu yang terpaksa menenangkan bayiku yang berumur 7 bulan meraung...

Beberapa kali aku nekad untuk biarkan sahaja Aisy meraung tapi tak sampai hati..aku berhenti jugak..dan akhirnya, perhentian terakhir, aku peluk dia dan sandarkan kepalanya ke bahuku, aku drive dengan sebelah tangan..dalam esakan tangis yang bersisa, Aisy pejamkan mata...sedih hati aku..pilu hati aku..betapa aku telah membuatkan anakku berada dalam ketakutan sebenarnya..

Sampai shaja di rumah mak, jam dah pukul 10.20 malam..aku bertolak dari Bentong tadi pukul 8.15...dua jam aku menempuh kegelapan malam dengan raungan Aisy..huhuhuhu..sumpah,mama tak bawa dah Aisy kalau kita hanya berdua...biar lah apa yang terjadi sekali pun..

Hari ni hati agak tenang sikit coz mak ikut aku pulang ke KL pukul 5.00am tadi..sempat membeli sarapan untuk mak dan tidurkan Aisy yang asyik menangis bila aku tinggalkan dia..Aisy tidur dalam pelukan aku..Sayang Aisy..mama tak tinggal aisy dekat seat lagi lepas ni...mama janji....

Monday, October 25, 2010

Anak mama yang pandai...Alhamdulillah

Apa yang buat aku rindu sekarang? Karenah Aisy..itu yang paling aku rindu..terlalu happy dok ngan dia..terutama bila hujung minggu dapat habiskan masa dengan dia..banyak benda dia dah pandai sekarang...

Aisy dah start merangkak dengan lajunya last week..tak boleh nak halang dengan bantal2 dah..mesti dia panjat punya..yang jadi mangsa,dia jugak la coz dia pasti akan tertonggeng jatuh ke lantai bila dia panjat bantal..sian aisy..mama tak sempat nak sambut aisy dua kali dah kan..terhempas kepala anak mama ni...aisy cepat sangat merangkak..tak sempat mama nak kejar dan buang barang2 yang ada atas lantai...





Anak mama ni dah kenal binatang..dia paling kenal ngan ayam,kucing, bee & gajah...4 binatang ni memang dia suka sangat..kat rumah aku ada bantal bee..dia punya gak...bila 1st dia masuk rumah bila aku ambik dari baby sitter, 1st barang dia cari adalah patung bee tu..dia akan cium bee tu lama2...cutenya la aisy ni..geram mama...

Aisy dah pandai cakap...bah bah bah..tapi semua pun bah bah..apa la aisy ni..biasa baby akan sebut mama 1st perkataan..tapi Aisy sebut bah lak..anak abah betul ni..tapi tak kecik hati la..coz Aisy pandai sayang mama dari sayang abah..hehehe..paling suka kalu nak susu..meme..meme meme..aku pun tak faham mulanya..bila tunjuk botol susu betul la dia nak..dia merujuk kepada milk agaknya..hehehhe



Sekarang ni dia dah faham..kalau kat kampung cakap kat dia mamam..dia tahu nak makan la tu..bila sebut hello..dia akan gi kat telefon dan angkat..sweetnya anak mama ni..dah pandai ye...tapi handphone dia dah boring..bila jumpa handphone aku,dia boleh campak je..bertuah betul budak ni..nasib baik ada cover..kalau tak kena la beli handphone baru....

Apa lagi ye aisy dah pandai?em..dia dah pandai menyanyi dan menari...menari dah lama, menyanyi je baru2 ni lepas demam...kalau kita nyanyi dengan dia,mesti ikut dalam bahasa dia la..dengan menari dan lompat2 lagi..kalau kita berhenti nyanyi, mesti dia pandang ke tas tengok muka aku..mesti dia nak tanya kenapa aku berhenti nyanyi...(mama banyak lupa lirik la..kadang2 buat lirik sendiri..hehehe..sungguh tak sihat untuk pembelajaran aisy)

Apa lagi ye..em,,dia suka baca yassin dengan aku..malam tadi boleh tu bangun2 tidur je merangkak kat aku dan dok atas riba nak baca yassin..bagi buku lain tak nak..husband aku ambik dia,melalak lak dia..last2 dok la ngan baca yassin sampai habis...lagi satu,kalau dia bangun tidur,dia mesti nak pastikan lampu dan kipas pasang..kalau tak mulut dia akan em..eme..ehem..sambil mata tengok lampu dan kipas...aku pun tak ingat dah kat aku gi,tak de kipas siling,bkn main lg dia tegur..apa la aisy ni..bikin mama malu la..nanti dah dapat mulut jgn banyak ngomen2 rumah org tau...segan la mama..





Dalam banyak2 dia pandai ada satu je Aisy ni malas atau tak pandai..tapi lebih kepada malas..pegang botol susu..yang ni puas di ajar tapi tak nak buat..sanggup dia letak jari atas botol susu sambil main jari tu..kita ni dok la menahan botol tu..apa la aisy ni..anak mama ni dah besar la...pegang botol bukan bermakna mama tak kan temankan aisy minum dah...mama tetap temankan aisy sampai la mama pejam mata..kalau mama dah pejam mata sekali pun,mama masih sentiasa dekat dengan aisy..I love u so much my naughty girl....

Note : Aisy jangan nakal2 tau bila dah besar nanti..mesti jadi anak yang baik dan tinggi ilmunya...

Saturday, October 23, 2010

Dah pandai pegang biskut



Hehehe..saje je nak kongsi pengalaman first tengok Aisy dah pandai makan biskut..pegang sendiri lak tu..tak percaya? tengok la pic ni...tapi bila dia dah mula nak gigit coz geram dapat hisap sikit2 je,aku pun korek la mulut dia tu..besar lak tu dia gigit..tercekik la anak aku nanti...

Aktiviti Hari Weekend

Apa yang korang buat hujung minggu? Sabtu & Ahad aku memang tak kerja, cuma husband aku je kadang2 Sabtu kerja, kadang2 tak..nak buat macamana..husband aku bukan kerja office..itu dah kira nasib baik ada kat rumah, kalau tak kena outstation..huhuhuhu..lagi susah..dulu suka la husband outstation,boleh jadi bujang kejap..sekarang,susah nak handle aisy kalu dok seorang2...

Bila hujung minggu kerja kami berdua tak lain dan tak bukan..kebun sawit la jawabnya..kebun ni kitorang dah usahakan sejak january 2009..baru je start usahakan coz kebun tu semak samun lepas arwah abah tebang semua pokok koko..(banyak yang berlaku disebalik semak samun sampai aku pun tak faham)




Mula-mula kebun ni joint dengan mak buat, tapi mak bagi je kat aku ngan husband buat..nanti hasil ambik je sendiri..adik beradik aku pun cakap benda yang sama..so,alhamdulillah..3 tahun lagi mungkin la ada hasilnya..sekarang je tengah sangap sikit coz modal kena kuar bulan2 untuk kos baja & racun...hasilnya? tak de lagi..kalu ada pun hasil jualan pisang yang ada coz tanam selang seli dengan pokok sawit..kitorang tak tanam pun,tumbuh sendiri coz dulu makcik aku tanam pisang kat kebun abah ni..

Apa yang aku nak kongsi kat sini adalah..jeng jeng jeng..pokok sawit aku dah berbuah..hehehhe..sukanya aku..baru belajar berbuah..tapi tak semua pokok...ada la 3 atau 4 pokok macam tu..alhamdulillah..tak rugi berbudi pada tanah ni kan..rezeki 'Aisy ni..(ada can la 2 tahun lagi nak tukar rumah teres ni..hehehe...)




P/sss : En.Husband, jangan malas2 lagi ye ke kebun kita ni..dah nampak hasil ni..

Tuesday, October 19, 2010

19.10.2010

Hari ni genap Aisy 7 bulan..hehehe..kat office tadi buka cheque pun tertulis 19.03.2010..asyik ingat aisy je...

Seminggu aisy tak dihantar ke baby sitter, pagi tadi hantar lak..kesian dia..aku tak hantar pun,dukung sampai bawah je..suruh husband yang gi coz aku nak suruh husband aku tegur sikit baby sitter tu..kalau aku yang buka mulut, dia bukan nak dengar..

Balik awal sikit coz nak singgah kat ampang hilir hantar doc kat runner office aku..jalan tak jam lak tu, 6.30 pm aku dah sampai rumah...gi ambik aisy..banyak la sangat omelan baby sitter aku tu..yang paling tak tahan dia asyik cerita kata dia marah anak aku...anak aku kecik lagi, ko suka2 nak marah..biasa la budak, kalau nak jaga kena buat la cara nak jaga...

Telinga Aisy berdarah kerana menggaru ketika minum susu

Malas aku berlama-lama kat rumah yang panas tu, lebih baik aku balik layan cerita Chinta kat TV3...sampai je rumah tengok lampu nyala..confirm husband aku dah balik..mesti gi main bola ni...nak tengok tv pun tak boleh sangat..layan karenah si kecik aisy tu la..jalan sana sini..

Husband aku tak nak makan nasi, so rileks la kejap malam ni..tak payah masak..dia masak roti celup telur..sedap gak..asyik melayan kareanah aisy sampai la dia tertidur..waktu dia tidur, baru la perasan..anak mama ni dah besar...rasa baru je semalam lahirkan dia..alhamdulillah..Allah bagi kesihatan yang baik untuk mama dan abah jaga aisy sehingga hari ni..alhamdulillah juga coz Allah bagi kesihatan yang baik juga buat Aisy untuk terus berikan kegembiraan kepada kami...

Jari-jari anak mama yang dah besar..not baby anymore..huhuhu

P/s : Hati terlalu mengingati arwah baby alanna qish yang selalu buatkan aku nangis seorang walaupun tengah drive..huhuhu..al-fatihah..

Monday, October 18, 2010

Rahadatul Aisy V2

Apa ada pada nama?Mesti la ada..nama tu kan doa..sebab tu la bila kita nak namakan anak kita, kita namakan dia dengan nama-nama yang baik dan mulia..penuh dengan makna...nama panggilan juga perlu dengan nama-nama yang baik..sebab itu merupakan doa...

"Rahadatul 'Aisy" bermaksud kemakmuran hidup...Ini lah nama yang aku berikan pada puteriku..dengan satu harapan nanti kehidupan dia penuh dengan kemakmuran dan kesejahteraan..agar dia menjadi anak yang soleh yang tinggi ilmunya..

Semalam aku berkesempatan mengunjungi sahabatku yang juga sekampung denganku yang telah selamat melahirkan puteri yang kedua dengan kaedah CS juga buat kali kedua..Rezeki untuk melahirkan anak secara normal tetap dihalang meskipun peluang sudah terbuka..tetapi apa yang berlaku mestilah ada hikmahnya...Dengan CS, bukan sahaja puteri dapat dikeluarkan dengan selamat, malah ketumbuhan yang berada di ovarinya juga dibuang...alhamdulillah,semuanya selamat..hanya melalui satu kesakitan sahaja...itulah hikmahnya...

Puteri itu dinamakan Nur Rahadatul 'Aisy..sama macam puteriku...hehehhe...Aisy puteriku mempunyai sahabat yang namanya sama...kelakar betul la...tak kisah la..nama je sama..hanya sesekali saje berjumpa..tapi mana la tau ditakdirkan mereka berdua berjumpa di kelas yang sama di universiti nanti..mesti wujud kekeliruan di situ...


My friends ; Normashanum & her daughter; Rahadatul Aisy
Pic : FB Normashanum

Apa yang akan berlaku di masa hadapan kita semua tak tahu..cuma menjadi satu harapan kepada kami sebagai ibu bapa untuk melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran..ilmu itulah yang menentukan kedudukannya nanti...Semoga anak mama dan anak sahabatku menjadi insan yang berguna di duania dan di akhirat...sepertimana nama kalian berdua "Rahadatul 'Aisy"........

P/s :  Anak mama dah pandai merangkak 2 3 tapak..seronok tengok dia meneroka kehidupan dia..

Saturday, October 16, 2010

Keseorangan

Pernah tak korang kena tinggal seorang2 kat rumah? bagi yang dah kahwin la...kalau bujang tu of coz la dok sorang2 tu normal...

Tengahari semalam my mom dah bawa Aisy balik kampung coz adik aku tak de kuliah..sebab aisy tengah demam lagi dan perlukan perhatian yang sepenuhnya dari orang sekeliling, aku tak berani nak hantar kat baby sitter dia yang pemalas tu..aku lebih menerima berjauhan daripada anakku tak dapat perhatian..sian Aisy..sejak demam 4 hari lepas, dia tak boleh dok sorang terus menangis kuat2...huhuhu..sian dia..sampaikan mak aku kata nak ke bilik air pun tak boleh...hehehe...apa la Aisy ni...

Sebab mak dah bawa balik Aisy, petang tu balik kerja aku gi JJ kat Taman Maluri untuk cari sedikit mainan untuk Aisy dan yang selebihnya nak survey coz skrg ni tengah karnival aeon jusco...mana la tau ada barang yang murah...boleh beli terus...

Apa yang aku beli?..untuk aisy aku belikan dia matt yang ada ABC.... & 123....aku saje je beli coz murah je..baru RM5.00...biasa dalam RM 20.00 atau pun RM 10.00....untuk aku lak aku beli pakaian yang memang ada 20% discount...berbaloi lak singgah Jusco...tengah dok round2 rupannya dah kat 7.30 pm..aku target kul 7.00pm paling lambat aku nak blah..hubby aku telefon tanya kat mana..dia kata dia nak outstation ke Pekan malam ni jugak..kelam kabut aku balik coz nak sampai rumah kalau tak jam ambik masa 40 minit..

Minyak lak nak habis kena la singgah kat Petronas...husband aku lak order McChiken..Drive Thru la aku kali ni...sampai rumah je dah kul 8.05pm..lajunya aku bawa..dalam setengah je aku boleh sampai dengan perlu isi minyak dan drive thru...pecah rekod aku kali ni..mana taknya..JPJ follow aku dari belakang pun aku buat dono je..sampai dah kelip2 lampu biru dia baru aku bagi dia jalan..kuikuikui..berani tak aku?(sebenarnya aku tak perasan kereta JPJ belakang aku..kalau tak mana la aku berani sangat drive sambil bergayut dgn hubby..tu yang tak sedar ada kereta JPJ kat belakang)

Dok lepak ngan husband aku sampai kul 10.00pm baru dia gerak..saje je gertak aku nak gi kul 8.00pm..ngada2 betul....dah dok sorg2..tak tahu nak buat apa dah..niat hati memang nak kemas rumah tapi tiba2 macam malas lak..tapi cepat2 fikir positif..mesti lawan virus M ni..kalau ada Aisy asyik cakap susah nak kemas rumah coz nak jaga aisy..ni aisy takde, malas pulak..

Start mengemas rumah yang tak la sepah sangat cuma lantai je tak bermop..2x mop lantai, settle dah semua ruang kat luar dan dalam bilik..turn bilik air lak..fuhh..macam tak caye je rumah ku ni bersih dan kemas macam ni...tapi tengok la jam kul berapa..kul 1.00 am baru aku tidur...

Menyebabkan aku terlewat bangun pagi tadi..berkejar lak ke office..alhamdulillah..selamat sampai sebelum 8.30am pagi..aku ni pekerja yang dedikasi..tak suka lambat2 kecuali memang tersangkut dalam jam yang teruk sangat (xcdnt la tu)...

Aku telefon adik, Aisy asyik tidur je..boleh malam tadi dia tidur dari kul 9.00pm sampai 6.00 am..bangun hisap susu je..kalau dengan aku dia mesti nak main sampai kul 2.00 atau 3.00 am..aisy tak puas jumpa amma ye...

Monday, October 11, 2010

Perkahwinan 10.10.10

Tarikh yang sangat cantik kan...10.10.10..kalau baby lahir hari ni confirm no depan IC dia 101010-10(yang selangor lagi best)...

Tahniah buat Dr. Syed Muzafar & Dr. Halina..best kan..aku suka cara Dr. Syed Muzafar cerita tentang love story diorang..pas tu waktu diorang buat outdoor shoot kat atas bukit mana ntah...fuhh..romantik gila..cantik lak tu..semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga..(comel lak aku tengok Dr. Halina tu...harap2 Aisy pun jd mcm doc mcm Dr.Halina...)





Gambar-gambar Dr. Syed Muzaffar ni sweet sangat kan...

Aku juga berkesempatan menghadiri satu majlis perkahwinan yang diadakan di kampung aku..anak kepada jiran aku..tahniah pada Dewi dan pasangannya..jagalah rumahtangga sebaiknya..jika alam bercinta itu indah, alam perkahwinan adalah sejuta kali indah lebih dari alam bercinta..lebih banyak dugaan..lebih banyak tanggungjawab..lebih banyak ujian...dan yang paling best..lebih banyak juga dalam hati ada taman..sungguh..tak tipu..kepada yang dah kahwin,aku sure korang semua tau kan...


Selamat pengantin baru buat dewi & pasangan

Setelah hampir sepuluh tahun tak berjumpa, kenduri perkahwinan ini juga menemukan aku kembali dengan rakan sekelas aku sewaktu di SMKTK yang kini telah pun mempunyai anak 3...yang ke 3 sebaya dengan Aisy..aku? baru anak seorang...betapa bezanya aku dan dia kan...nak buat macamana..jodoh aku lambat...

Baju gold coklat:Haniza...ni la classmate aku waktu kt SMKTK


Hari ni gak aku sedikit cemas coz Aisy tiba2 demam..dia tak pernah demam sebenarnya..dah 6 bulan lebih..lagi 9 hari cukup 7 bulan..mesti Aisy nak dapat sesuatu ni..tu yang dia demam..anak mama nak merangkak ye...

Sebab ni kali pertama Aisy demam, aku sedikit cemas..bimbang jika demam panas...terus aku ajak husband aku ke klinik..malangnya klinik di sg.ruan tutup lak..pusing bandar raub pun sama..semua tutup..hanya hospital raub je bukak...tak kisah la..janji dia mendapat rawatan daripada pegawai perubatan yang lebih arif...

Agak lama menunggu coz terlalu ramai yang menunggu giliran..aku dan hospital raub ni dah jadi macam biasa lak..dulu waktu pregnant, ke sini la aku pergi setiap kali hari ahad kerana aku mempunyai tekanan darah yang tinggi di akhir2 kandungan...pernah juga di masuk ke wad bersalin dan berada di sana lebih kurang 3 jam untuk periksa pergerakan baby aku...

Aisy demam la pulak..harap2 dia ok.aku tak larat nak tinggalkan Aisy kat ma..nanti aku lak kena ulang alik..tapi kalau letak dia kat baby sitter, lagi la..apa ntah jadi kat Aisy ni...

Friday, October 8, 2010

Normal Atau Tak?

Pagi tadi aku bangun kul 4.00 lebih coz Aisy merengek lapar..bagi susu dan tidur..hubby lak macam demam je aku tengok..siap muntah-muntah..suruh dia minum air suam je banyak2...

Pukul 5.30 aku terjaga..Aisy ni tidur lasak betul..baru je kul 4.00 lebih tadi tidur sebelah aku, sekarang dah terguling kat kaki aku lak..kasihan dia sejuk agaknya..terkejut aku tengok bantal yang dia tidur penuh dengan susu dan ikan yang aku suapkan malam tadi..mesti dia muntah lagi..tapi lena betul dia tidur

Aku ambik kesempatan tukarkan semua sarung bantal yang terkena muntah..tanggalkan baju aisy yang sedikit basah di bahagian belakang dan lap kan dengan wet wipes..sian dia..tidur dengan lena betul dia...pakai kan baju baru dan susu kan dia..lapar betul dia..habis semua nestum dan susu dia minum..

Teruk kan aku kerana anak muntah pun tak sedar..
Teruk kan aku anak batuk pun aku masih tidur dengan lena..
Teruk kan aku?

P/s : Aisy, mama mintak maaf coz tak jaga Aisy dengan baik..mama janji, pagi tadi adalah yang terakhir..tak ada lagi perkara yang sama kan berlaku..

Rumahku Syurgaku...

Tak de apa yang nak aku buat lepas je Aisy tidur coz dah diberikan ubat batuk..sian Aisy..mama tak sempat nak main-main dengan Aisy lagi..Aisy dah tidur...tidurlah wahai puteriku..mama sentiasa dalam mimpi indahmu...

Selesai solat Isyak aku ke ruang tamu dan aku tengok susunan meja makan dah berubah ke tepi berhampiran dapur..terus aku bagi suggestion kay hubby nak tukar susun atur perabot rumah aku ni..nampak sempit la..dah luasa tapi tak berapa suka coz tv sekarang berada di kawasan yang bukan sepatutnya...

Aku & hubby mengangkat dan menyusun mengikut idea aku..hasilnya..(gambar akan di upload kemudian)..kasihan Aisy,tidurnya kami ganggu dengan mengalihnya sekejap ke tengah dan sekejap ke depan..nasib baik kau tidur dengan lena..kalau tak, mama akan berasa bersalah...

P/s : cukup puas hati dengan susunan sekarang cuma nampak pelik sikit tentang dining set yang terceruk kat hujung tu..macam tak bagi guna je...hehehe...

P/s 2 : Nak buat bilik mainan untuk Aisy..mintak izin ngan hubby ambik bilik yang lagi satu tu..hehehehe...alhamdulillah..hubby bagi..thanx, i love u so much...

Bisul Oh Bisul

Huhuhu..sakit tul bisul ni..kat lutut lak tu..nak solat tu yang sakit bila nak sujud..

Aisy, sorry ye..mama tak bawa adik jalan2 malam tadi coz lutut mama sakit..tak boleh melutut pimpin aisy jalan2..nanti bisul mama dah baik mama bawa aisy jalan2 pusing rumah ye...buat apa la aisy pagi ni..mesti tidur kan..tidur la wahai putriku...mama sentiasa dalam mimpimu..

P/s 1 : Bisul ni leh tak pecahkan?tak tahan dah..

P/s 2 : Kenapa ye Aisy bl malam2 dia akan merengek2 mcm buat2 nangis...memang macam tu ke..mata pejam tapi pusing kiri kanan sambil merengek..tarik2 rambut lak..kenapa ye?

Wednesday, October 6, 2010

Pengasuh Oh Pengasuh

Huhuhu..kat mana aku nak cari baby sitter ni..sian aisy..tak de orang nak jaga...

Sakit betul hati aku bila orang komplen anak aku susah sangat nak jaga..memang aisy banyak ragam tapi dia senang sangat nak jaga..pagi2 tidur je dia..petang main2..tapi kul 3.00 - 5.oo mesti tidur semula...tu pun susah ke nak jaga...banyak lagi ke ragam dia...










Aksi Aisy kat Klinik Samuel..Batuk yang berterusan, alhamdulillah Aisy sihat cuma tekak membengkak

Salah kah aisy kalau dia nak minum susu suam je..salah kah aisy nak makan sambil duduk..salah kah aisy nak mandi dengan air suam...salah kah aisy mintak didukung sekejap...salah kah aisy berguling-guling..salah kah aisy kalau dia nak bergurau senda sekejap..salah kah aisy kalau dia nak sedikit perhatian...

Semua ini menjadi rungutan baby sitter sekarang dan dia ambik keputusan untuk tak lagi menjaga aisy...bila aku bersuara memesan sesuatu dikatanya aku cerewet..aku bukan cerewet tapi aku nak yang terbaik untuk anak aku..bila kelantangan suara dan dengan mendabik dada kau berkata kau boleh menjaga baby dengan baik dan yang paling terbaik di dunia ini..tiada insan lain dapat menandingi kehebatan yang kau ada...dengan itu juga kau demand harga untuk jaga aisy..no hal bagi aku asalkan apa yang biasa aku buat kau mesti buat untuk aisy jugak setimpal dengan demand kau yang terlalu tinggi...

Sekarang sebab aisy dah besar,perlukan sedikit perhatian dan tidak seperti dulu yang hanya terbaring dan hanya menangis bila lapar...kau mula merungut aisy banyak ragam..katakan saja kau tak cukup masa untuk beri perhatian kepada aisy..kerana masa kau untuk mengajar mengaji anak-anak lain terbatas, masa untuk kau bermesyuarat dengan kaum-kaum ibu yang tidak bekerja juga terbatas...dan yang penting, katakan saja kau mahukan kerja yang mudah..hanya mengambil wang bila cukup bulan tanpa memerlukan bebas tugas yang berat...

Aisy, mama akan cari kan baby sitter yang terbaik untuk aisy..tak kisah lah dimana pun, jauh atau dekat dari rumah..yang penting aisy dapat perhatian....mama pening kepala..kat mana mama nak letak aisy ni..setakat ini, ni je pilihan yang mama ada..
  1. Hantar Nursery - Mama dan abah dah survey tapi mama tak puasa hati dengan keadaan nursery..aisy akan terbiar..aisy perlukan perhatian...kepala aisy perlu di alas dengan tilam agar tidak tersembam jatuh ke lantai simen..huhuhu..mama masih belum dapat menerima keadaan di nursery..
  2. Bagi Ma Aku - Memang boleh..ni je yang aku percaya..cuma tak larat nak ulang alik raun-kl..penat..nak upah orang lain teman mak malam2, seminggu sekali lak baru jumpa asiy..mana boleh..mama rindu aisy..aisy anak mama..susah macamnapun mama akan jaga aisy..jumpa aisy tiap hari..teman aisy main2 setiap malam sampai 2.00 pagi...
  3. Cari Pembantu Rumah - aku tak berapa suka ada orang kat rumah aku..rumah aku kecik je..itu bukan jadi masalah pada aku tapi aku tak selesa...lagi satu, aku takut tengok maid sekarang..macam2 kes
  4. Cari Budak Kampung - yang ni memang aku nak cari..tapi ada tak budak kampung aku nak ikut aku dok KL..tapi sama gak macam ada maid..tak suka tol ada org lain kat rumah..no privacy
  5. Baby Sitter Baru - yang ni paling aku harapkan dapat secepat yang mungkin..harap dapat yang baik dan sayang aisy macam cucu or anak sendiri..bukan setakat nak duit je...
P/S : Thanx to K.Yah coz jaga Aisy dgn baik sekali untuk 3hari minggu lepas..

Sunday, October 3, 2010

Open House & Sambutan Hari Lahir Aqif

Open house di mana2 je time raya ni..tapi aku tak de lak dapat banyak sangat jemputan open house..maklum la..aku bukannya glamor pun..dan bukan ramai kawan sangat..(ni la padahnya kalau suka sangat buat hal sendiri..tak suka bergaul)

Tapi hari ni aku ada jemputan open house rumah officemate aku, Gee kat Hulu Langat..tahun lepas aku gi berdua je ngan husband..tahun ni bertiga lak ngan bam bam mama ni..

Kononnya nak kuar rumah kul 10.00 tapi akhirnya kitorang kuar rumah kul 11.00 jugak..biasa la..banyak benda aku nak uruskan..hubby mesti la marah coz dia dah buat appointment service kereta kul 3.00 pm kat perodua service raub..hehehe..biasa la..bila ada anak ni macam2 nak buat..lagi satu, nak la kemas rumah sebelum kuar, nanti bila balik mata tak la sakit sangat...

Bam Bam mama : Rahadatul Aisy yang kepanasan

My love...&..My Life

Singgah sebentar di petronas MRR2 Kepong sementara si by by isi minyak..aku ngan aisy masuk la kedai mesra tu..nak cari sikit barang makan sebagai buah tangan ke rumah orang..mana boleh gi tangan kosong..tak sopan..walaupun dh beli hadiah, tapi tak sedap la pi lenggang lenggok nak makan kat rumah orang..

Kat dalam kedai tu aku sibuk mencari, aisy pun sibuk mencari apa yang berkenan di hati..sudahnya aku belikan dia chocolate Cadbury (lebih kepada untuk hubby sebenarnya) & wafer Cadbury and biskut Julies untuk buah tangan ke rumah Gee..

Haqif & ibu Gee

Soo Wai Kuan


Aku sampai awal and yang buat surprise nya Gee tak baca sms aku pada dia cakap nak datang awal...so tak ada apa yang siap lagi..dok lama gak la kat sana..husband aku kata kul 1.00 mesti gerak coz nak service kereta lagi kul 3.00...tapi kul 1.00 baru kitorang makan..aku makan nasi impit je..itu pun kongsi ngan aisy..makan sikit je coz tak sempat dah..nanti lambat lak sampai raub...



Birthday Boy (Haqif) with his cake

Jalan agak jam kat MRR2..yang paling aku geramnya kat by by ni dia kononnya nak elak traffic light..last2 entah mana dia pergi..kitorang ni dah sampai ke jalan kuari sana..baru masuk MRR2..aku cakap la ngan dia, kalau kita ikut ampang, dah lama sampai...dia diam je coz ni smua pun salah dia..so dia la call balik perodua tukar kul 4.00 lak untuk service appointment...

Sampai raub dalam kul 3.30 tapi coz dah book kul 4.00 terpaksa la menunggu lagi..aisy dah jemu menunggu..macam2 ragam dah dia...nak buat macamana..ni semua abahnya pasal..siap service kereta singgah jap kat Thong Fatt nak beli susu untuk aisy...kalau dah masuk mesti la lama..pukul 6.00 baru kuar dari TF...

Husband aku ni ada satu sikap yang nak tunjuk dia lebih tau dari kita dan tak suka apa yang kita bagi cadangan coz dia rasa dia ada pilihan yang lebih baik..dah banyak kali terjadi terutamanya bila nak cari jalan gi mana2 and nak beli barang...sakit hati ooo..tapi diam je la..nanti gaduh lak..

Aku cerita ni bukan apa, hangin betul aku, dah la lewat petang, tak solat asar lagi..nak lagi patah balik coz semata2 nak beli racum rumpai round up..tu yang aku geram semacam, apa lagi..membebel la aku..tadi tak nak beli kat kedai yg biasa beli, nak jugak try kat kedai hardware tu..tengok, dah tak de..nanti by kuar la sendiri pas solat asar... akak dah tak larat dah ni...penat la..

Sampai je rumah, aisy pun bangun..si tembam ni tak boleh kereta berhenti, confirm terus bangun dari tidur..tau sangat la dia kereta jalan ke tak jalan..pandai ni anak mama ye...biasa la, bila dah sampai dia la jadi tumpuan...cucu sulung la katakan..mesti la jadi kesayangan semua..jeles akak...

P/s : By, sorry la, tak terniat pun nak membebel tapi akak ni penat sangat...dah tak berdaya..

Saturday, October 2, 2010

October Sudah

Sekejap betul masa berlalu kan..hari ni dah masuk bulan oct..bila dah berada di penghujung tahun ni masa pasti lagi cepat berlalu..pastinya usia kita juga menginjak dari satu tahun ke satu tahun...dah tua kah aku? rasa baru je semalam masuk sekolah tabika Kemas..hehehe




Aisy yang suka membaca buku..I like..harap Aisy jadi doctor ye bila besar nanti

I've no idea nak buat entry apa hari ni..kat office pun tak de kerja sangat..tapi kat rumah banyak kerja yang tak terbuat...bila la aku dapat peluang dok rumah jadi housewife je..boleh jaga aisy..main2 dengan dia dan yang pasti aku sendiri tak kan terlepas peluang dengan apa yang kali pertama dia dapat buat...tapi alhamdulillah...dia meniarap depan aku pada usia 5 bulan setengah..dah kira lewat kan..kalu masuk 6 bulan aisy tak meniarap dah kena refer doc..nasib baik aisy ok..