Thursday, August 3, 2017

Open House Syawal

Salam semua...

Hihihi...kita nak cerita pasal Syawal lagi di bulan Zulkaedah ni...maklum la..I baru je habis puasa semua-semua yang sunat dan wajib ganti 27 Syawal..terpaksa la kita cerita di bulan Zulkaedah.

Sebab adik-adik dan mak aku masih belum sempat beraya dengan orang-orang kampung hari raya tu, dengan sedara-mara jugak tak berkesempatan, so decide buat open house la. Lagi pun birthday mak 11 Julai hari tu. Buat sekali la..

Kami buat open house kat rumah mak 21 Syawal / 15 Julai yang lepas. Buat petang je..senang, tak payah  nak prepare nasi dan lauk pauk kan. hihihi..maklum la, tukang masak semua tak cukup tangan.

Menu open house rumah mak petang tu just simple je, ada laksa dan mee kari sebagai menu utama. Menu yang tak uatama lak ada la lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, kek lapis, bubur jagung dan buah-buahan. 

Semua sold out cuma kuah kari dan laksa je berlebih sikit. Orang memang makan mee kari berbanding laksa rupanya. Rupanya jugak lemang dan nasi impit adalah kegemaran tetamu bila hari raya dah masuk hujung-hujung ni. Next time prepare lebih sikit..macam seronok pulak buat open house ni kan.

Cerita tentang Syawal habis kat sini je la untuk tahun 2017 ni. Tapi kita dah nak raya jugak lagi ni. Ada lebih kurang sebulan je lagi sebab hari ni pun dah 10 Zulkaedah. Tak kisah la raya ni untuk orang yang buat Haji je, kami kat sini nak raya gak. Raya Haji lagi seronok sebab ada buat korban. Tak sabar pulak nak raya lagi ni.

No comments:

Post a Comment