Salam semua..hari ni aku sambung balik karangan aku yang tak habis semalam.
Sekarang tengah semangat nak update blog satu hari satu entry..hidup kena rajin..tak boleh malas-malas lagi.
Raya kedua mak pagi-pagi lagi bangun nak pergi hemodialisis. Sebenarnya aku dah cakap kat adik aku yang aku akan pergi hantar mak sebab kesian kat dia yang masih tak kebah demam tu. Tapi bila aku bangun, dia kata takpe dia yang pergi. Aku pesan gak, kalau dia tak larat, nanti lepas hantar mak, balik la. Aku gi ambik mak pulak tapi sampai habis baru dia balik.
Mujur gak la dia pilih nak hantar mak sebab kat rumah ni kan banyak mulut nak suap untuk breakfast pagi kan. Kalau aku yang pergi, takkan adik aku lak yang kena masak kan.
Lepas Subuh terus bersilat kat dapur prepare breakfast. Macam-macam aku masak dah macam breakfast kat hotel. Ada nasi goreng (ni mak masak pagi nak bawa bekal), beehon goreng, nasi lemak, cekodok pisang. Tapi semua tu habis tau, licin...
Konon pukul 10.00 / 11.00 pagi nak gerak gi rumah makcik aku yang dua orang tu. Anak menantu semua tak ada, raya berdua-dua je diorang tu. Tapi pukul 12.00 baru kami gerak.
Pergi rumah kakak arwah abah yang no. 3 tu, dia memang dah uzur sebelum puasa lagi. Tak boleh berjalan. Kesian pulak aku tengok sebab tak ada anak-anak yang duduk dengan diorang time raya ni. Kebetulan waktu kami sampai, ada pulak sedara belah suami makcik aku ni sampai, so aku tolong la apa yang patut buat air untuk tetamu. Sebelum balik, aku kutip semua gelas basuh. Kesian kan, orang tua, lelaki lak tu kena buat air bagai untuk tetamu. Apa yang boleh kita tolong, kita tolong la...
Lepas tu kami ke rumah makcik aku yang kat sebelah kampung mak je..kat Klau je pun. Ni kakak arwah abah yang ke 4 tapi kami panggil dia Makngah pada hal 'makngah' ni rasanya ikut belah husband dia. Kami je yang panggil makngah, cousin aku semua panggil "Moksah"..kami adik beradik memang pelik sikit, panggilan semua tak sama dengan cousin.
Rumah Makngah ni memang tak pernah tak ada makanan yang prepare. Tambah lak kalau anak sedara dia (kami la) tak datang lagi raya pertama. Mesti prepare raya kedua lak. Perut memang dah lapar sebab dah tengahari..langsung memang makan la jawabnya.
Balik rumah dah dekat pukul 3.00 petang, mak dah bising suruh siapkan makan tengahari lak..susah benar kalau anak kesayangan dia ada balik, makan mesti kena prepare. Kalau kami tak gerak, satgi dia sendiri yang buat walaupun tak larat. Malas-malas aku ngan adik buat nasi ayam je untuk makan petang dan malam sekali.Tapi batch pertama tak cukup kau...langsung ada nasi ayam batch kedua lak..dahsyat sungguh kalau dapat makanan yang lama tak makan diorang ni.
Raya ketiga aku dengan abang aku dah bertolak dalam pukul 10.00 pagi lagi sebab takut jalan jam. Adik-adik aku terus tutup pintu sebab diorang tak sihat lagi. Tak larat nak layan tetamu katanya.
Aku pun raya keempat, Rabu dah start kerja. Sibuk tau, bukan pergi office layan perasaan hari raya je. Sebab Khamis pun kami dah kena pergi Putrajaya untuk buat submission renewal work permit foreign workers kat Imigrsen Putrajaya.
Ni je cerita Syawal kami..tak seronok kan raya kami? Tapi kami ada cerita raya lagi...next entry kita sambung
No comments:
Post a Comment