Wednesday, July 27, 2016

Genius Aulad : Jamuan Raya

Tiap-tiap tahun memang GA ni akan buat sambutan Hari Raya Aidilfitri. So kena la bawa something untuk dikongsi bersama.

Time macam ni la aku paling tak suka sebab tak tahu nak buat apa untuk budak-budak ni. Last sehari sebelum jamuan tu, aku decide buat bee hon soto je. Gambar tak sempat nak snap sebab aku bukan blogger tegar. Kikiki..

Resepi lak, semua main campak-campak ikut sedap rasa je. Itu pun tak rasa, ntah rasa apa sebab aku puasa. Dah la terbangun lambat pagi tu, dah pukul 6.00 pagi. Antara nak buat dengan tidak sebab semua bahan tak prepare pun walaupun seulas bawang.

Gambar : Kredit fb Genius Aulad Bandar Sri Damansara  


Tapi gigih jugak siapkan dengan pertolongan Rizal tolong racikkan isi ayam. Begedil yang diangankan di malam hari tak berjaya buat sebab tak cukup masa.

Buat syarat wajib je tajuk menu bee hon soto, yang penting ada bee hon, ada kuah soto dan sambal kicap. Yang lain-lain bahan tambahan macam ayam racik, taugeh, bawang goreng dan daun bawang tu benda yang boleh prepare sambil masak bahan utama. Jadi lah bee hon soto versi campak-campak.

 Balik kerja petang tu Aisy cakap 'bee hon sup' mama habis. Dia je makan dua mangkuk, kawan dia 4 mangkuk. Teacher-teacher GA yang sempat rasa balance tu kata sedap. Aisy kata mama dia memang pandai masak. 

Aisy memang macam tu, suka puji aku. Kenapa mama ni masak sedap sangat dah Aisy makan banyak-banyak. Pagi ni je request nak bawa bekal nasi tomato. Gigih siapkan nasi tomato dan ayam masak merah seawal 5.00 pagi. Tapi pukul 6.00 pun dah siap semua cuma aku la tak sempat rasa sebab masih berpuasa. Balik nanti tak payah nak kalut2 masak utk berbuka.

Tuesday, July 26, 2016

Genius Aulad : Report Card Pick up Day

Salam...

Hari Sabtu 16 Julai lepas GA Bandar Sri Damansara buat report card pick-up day. Appointment aku kali ni pagi, seawal jam 9.00 pagi.

Nasib baik budak-budak ni bukan main awal lagi bangun. Pukul 7.00 pagi boleh bangun sendiri dan mandi. Kalau hari sekolah bukan main susah lagi nak bangun.

Gambar : Kredit fb Genius Aulad Bandar Sri Damansara


Kebetulan semua dah bangun , pukul 8.30 pagi terus je aku keluar bawa budak-budak ni pergi GA. Boleh jadi orang pertama harapnya.

Bila sampai je kat GA, terkejut betul aku. Ramai dah parents rupanya tapi parents yang datang awal ni semua dah siap. So, tak payah tunggu boleh jumpa terus dengan teachers girls dua orang tu.

Gambar : Kredit fb Genius Aulad Bandar Sri Damansara

Yang malunya, aku sempoi giler je pergi, aku pakai seluar slack dengan tshirt lengan panjang je, sedangkan parents lain ramai yang siap berpakaian raya. Ada pula jamuan kecil disediakan, aku dengan puasanya lagi..tak tahu kan. So, tak dapat lah jamah juadah tu.

First, jumpa class teacher Aisy. Semua dah ok..dah pandai membaca both english dan bahasa, cuma sekarang ni kena ajar dia membaca guna paper lak supaya bacaannya lebih lancar. 

Gambar : Kredit fb Genius Aulad Bandar Sri Damansara


Pastu kena tukar communicate dgn dia dlm english lak. Dia ni bila orang tanya dalam english, dia diam je tak jawab sedangkan dia tahu je orang tanya apa. Yang jadi pelik nya lagi, bila dah teacher tanya kawan sebelah, baru lah pulak dia nak menjawab. Mungkin confident level dia tu tahap paling rendah nak jawab kot..,ye la..takut salah nanti malu..

Tahap menghafal memang sangat superb. Kalau surah-surah tu sebut je, nanti dia bacalah. Sekejap je dah hafal. Doa Qunut pun dah hafal..aku dulu tak ingat bila hafal semua ni..tapi dia tak boleh challenge aku bab mengaji la. Aku umur 6 tahun dah lancar baca Muqaddam. Dia, Iqra' 2 pun tak habis lagi.

Gambar : Kredit fb Genius Aulad Bandar Sri Damansara


Bab menulis lak, teacher dia kata tulisan dia cantik. kikihki..cantik ke? BOleh la kot..aku selalu tegur dia jangan tulis gabak-gabak sangat nanti tak muat kertas nak tulis. Aku ajar dia tulis kecik2 sikit tapi tak nampak lagi tulisan dia yang kecik tu.

Jumpa teacher Amni pulak, budak ni kalau tanya tak nak jawab. Dia cuma tahu sengih-sengih tagih jawapan je. Confident level tak de langsung.

Awak ni tak tahu la mama nak buat macamana, kat rumah pun susah nak ajar, kat sekolah pun susah, sape yang boleh ajar awak ni. Kakak Aisy je ke yang boleh ajar awak ni. Kalau kakak tanya apa-apa, boleh je jawab. Susah nak tahu sampai mana perkembangan dia.

Tapi teacher dia kata, dia ok je bab suku kata tu walaupun susah nak menjawab bila tanya. Kalau nak dengar dia sebut suku kata, kita kena eja kat dia baru dia sebut. Nak harap dia eja sendiri memang tak la.

Paling laju Iqra' budak ni. Dia dah masuk Iqra' 3. Tengok dia punya pandai bab baca ni kalah kakak dia. Mungkin dia macam aku kot. Tak pandai baca rumi waktu kecik tapi pandai baca Quran je. Itu semua poyo..masuk bakul angkat sendiri.

Lepas sign report card, budak-budak ni nak makan. Tak pernah makan nasi impit tapi kali ni makan. Ikut suka la wahai anak. Tapi tak makan banyak pun, setakat rasa je. Budak-budak ni bukan reti makan hidangan raya ni. Rugi bawa jalan sebab nanti diorang nak jugak nasi macam biasa. Tak lama pun pergi, pukul 10.00 lebih dah balik waktu tu memang parents tengah ramai datang.

Friday, July 22, 2016

Salam Aidilfitri

Salam...

Baru ada kesempatan untuk menulis setelah hari ini 17 Syawal. Banyak benda nak settle tapi banyak jugak yang tak settle ni. Hadap je la..nama pun pekerja..makan gaji..ye tak?

Our Raya Family

Selamat hari raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin. Maklum la..aku ni menulis ikut rasa hati..mesti ada yang tak puas hati. Maafkan saya..

Dengan Mam besar

Tak ada cerita raya yang menarik cuma tiga hari sebelum raya gigih potong baju melayu anak lelaki sebab tukang jahit tak nak buat. Adik aku gigih jugak siapkan lagi satu dress untuk budak girls dua orang tu (biru). Petang raya baru ambik dari tukang jahit yang aku hantar untuk jahit tepi dan malam raya gigih siapkan jahitan tangan untuk leher baju.

Super Girls


Rizal dan aku pakai baju dari koleksi lima tahun lepas je. Ntah, tak de mood la nak berpakaian baru sangat sekarang ni. Aku tak hantar baju pun tahun ni tapi adik belikan juga sepasang yang baru tapi aku tak rasmi lagi sampai hari ni. Sekarang selesa dengan baju kurung dari cotton yang siap jahit poket. Senang nak isi barang dalam poket.

Cucu

Sendiri tak de mood pakai baju baru tapi untuk anak-anak semua tersedia dengan yang baru. Dari kasut sampai ke baju raya dan juga baju kasual. Rasa tak sedap hati lak kalau tak beli baju baru kan untuk diorang.

C. Su


Raya kali ni gak kakak ipar dan anak saudara seorang yang dari kembar tu tak balik beraya kat rumah kitaorang sebab terkena chicken pox. Dia takut jangkit pulak kat anak-anak aku. Lagi pun dia pi ambik ubat yang terpaksa makan lima kali sehari untuk elak chicken pox tu keluar. Abang aku kata wife dia dah macam orang kena kimo sebab virus tu berlawan dalam badan dia.

Cousin

Chicken pox ni memang sakit sangat kalau kena kat orang dewasa, tapi pada aku lebih baik kita kasi dia keluar je takut nanti akan datang terkena pulak lagi kan sebab yang ni tak keluar. Tak lama pun, dua bulan habis la semua parut yang gabak gabak tu.
 
Keluarga Omar & Mariam
Kali ni punya raya belah sepupu aku semua raya Raub. Sangat happening sebab tiga hari raya asyik muka yang sama je. Mula-mula datang rumah mak aku, pastu pergi rumah mak sedara aku yang sebelah kampung ni, pastu sambung lagi pergi rumah pak sedara lak malam tu. Esok sambung lagi rumah mak sedara aku lagi seorang. Hari ketiga last sambung balik rumah mak aku sebab ada request nak makan nasi berlauk yang power dari air tangan mak aku.

Raya Kedua : Kg, Jelu, Nasi beriani
 
Mereka dua pupu
Memang tak habis bercerita dan bergosip je la kami ni. Kebetulan kami ni ramai cousin yang perempuan, tu yang cerita dan gosip tak habis-habis. Sampai husband masing-masing ngantuk nunggu kami berborak.

Geng gosip
Again , C.Su


Raya sampai situ je la..hari Isnin dah start kerja semula dan sambung puasa la kita. Kerja banyak you sebab kastam kan closing every three months, dengan audit dua company lagi. Aku ni dah macam orang ambik account je kerjanya tau. Tak kisah lah, janji kerja, ada gaji kan?