Friday, May 6, 2016

Langkawi Day 2

Sabtu, 30 April 2016

Makan Pagi

Seawal jam 7.00 pagi Rizal dah keluar jalan kaki cari breakfast sekitar belakang motel ni. Tapi yang buka hanya sebuah gerai india muslim. Dia kata tak lalu nak makan mamak. Ok..fine..cari lah yang Melayu jual nasi lemak..

Drive kereta sampai ke Kompleks Pekan Rabu, sudahnya bungkus roti kosong 2 keping dan roti telur 1. Dia dah makan roti kosong dengan nescafe kat kedai. Sudahnya breakfast makanan kedai mamak jugak pagi tu. Boleh terima tak alasan dia kata kedai tu ada wifi..

* Kos : RM 7.30 

Oriental Village, Burau Bay.

Oriental Village ni agak jauh jugak kalau stay kat Pekan Kuah sebab dia menghala ke Pantai Kok lebih kurang 25km. 

Tujuan ke Oriental Village ni adalah untuk aktiviti menaiki cable car dan 3D Art Museum. Disebabkan jauh, kami lebih kurang sampai kat sana dalam pukul 10.00 pagi tambah pulak nak cari tempat letak kereta yang sangat terhad.

Rupanya kalau peak season macam waktu aku pergi ni, pukul 8.30 am pun dah buka kaunter. Aku ingat pukul 10.00 pagi macam biasa. Kalau nak pergi sini, better check jadual yang diorang dah announce dalam website panorama langkawi. Kat sana diorang inform waktu SkyCab beroperasi untuk setiap bulan.

Kat sini bukan ada SkyCab & 3D Art Museum je, tapi ada banyak aktiviti. Kalau joint semua yang ada, boleh habis sehari kat sini je. Macam aku hari tu pun dah habis setengah hari kat sana.

Jom check out apa yang ada kat sana secara ringkas:-
  • SkyCab
  • SkyDome
  • SkyRex
  • SkyBridge
  • SkyGlide
  • SkyBistro
  • SkyBoutique
  • SkyTrail
  • Sky adventure Park 
  • SkyPos
  • 6D Cinemation
  • F1 Simulator
  • Lake Activity
  • 3D Art Museum
  • Galeri Produk Langkawi
  • One Stop Centre
  • Chochouze
Memandangkan boarding time cable car aku pukul 11:45 am, aku decide masuk 3D Art Museum dulu. Lagi pun dah tanya orang kaunter tu kata ambil masa dalam 45 - 1 jam je tour dalam galeri tu.

Ticket Combo B: SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Museum
Adult (Mykad) : RM 57.00
Children (Mykid) : RM 40.00

Cerita pasal tiket, aku tak tahu tau tiket ni includes SkyRex sebab sebelum aku pergi aku dah siap semua tentatif program dan package ticket nak beli, tak ada pulak aku nampak SkyRex ni dalam pakej. 

Lagipun waktu kat kaunter diorang tak cakap pun aku bayar tu ada apa. Cuma dia bagi aku satu kertas voucher untuk tukar kat 3D Art Museum je. ini adalah tidak adil????

3D Art Museum

Kat galeri ni ada 8 zone yang boleh korang nak bergambar sampai lebam. Gambar memang cantik sangat tau cuma aku tak punya kesempatan la nak bergambar bagai beria-ria.








Maklum la, bawa anak teruna kecik ni. Dia cuma tahu berlari-lari dan berpencak silat berlawan dengan ultraman je kerjanya. Tambah lak kawasan memang sangat luas dan lapang, dia bukan tau nilai lukisan tu apa. Tak de makna pun bagi dia...



Utk pengetahuan korang, 8 zone tu ada optical illussion, aquarium, safari, interactive 1 & 2, fantasy, classic, main hall, malaysia. aku tak pasti zone mana yang anak aku ni nak pulak bergambar. Tu yang adalah gambar diorang jugak kat sini.




Kalau ke sini, jangan ambil SkyCab je tau, cuba lah masuk sini. Mesti puas hati. Paling seronok kalau datang dengan kawan-kawan yang giler2 macam zaman remaja2 dulu, boleh posing habis. Kenapa la galeri ni atk de waktu kita ke sana dulu ye nani dan huda??? kan dah terseru nama kawan lama...

SkyCab + SkyDome

Betul-betul 45 minit kami tour dalam galeri tu, kami keluar dah pukul 11:30 am, so boleh la ke toilet dulu ke sebelum beratur untuk boarding time pulak. Orang memang ramai, hampir satu jam tau beratur baru boleh naik cable car.

SkyDome tu sebenarnya macam nak bagi kita rehat kejap dari penat berdiri menunggu turn nak naik cable car je. Tayangan macam 3D tu tapi tak dibekalkan cermin mata 3D. 

Kau tengok je la show yang ada tu dengan mata kau. Tak rasa apa-apa punya. Waktu aku masuk tu show naik roller coaster. Giler betul la kalau alam realiti roller coaster tu berpusing-pusing setinggi gunung kan. Mau terkeluar muntah hijau.






Setelah hampir satu jam menunggu, akhirnya dapat jugak naik cable car ni. Macam kan tak pernah naik cable car, kata nak bagi anak-anak rasa tapi aku yang over. 

Naik cable car kat Langkawi ni aku rasa macam lagi safe dari naik ke Genting. Rasa safe pun dalam otak ni asyik je terfikir kalau gondola ni jatuh macamana, kalau rosak macamana, kalau ada angin macamana...saje buat hati sendiri tak keruan kan!!!




Sampai kat 1st pelantar tu, kami keluar dari gondola. Kalau tau, kami tak turun pun. Kat sini bukan ada apa-apa pun. Cuma kalau nak get experience naik ke top station tu guna trek dalam hutan, turun la kat sini. Ni la namanya SkyTrail tu.




Sampai kat top station tu rasa macam gayat giler. Kalau pijak tangga tu pun dah rasa terketar-ketar je kaki. Aku ni imaginasi tinggi sangat, tu yang rasa macam seribu rasa.



Aku pun tak lama sangat kat atas tu, Aisy takut so kami terus tunggu gondola nak turun je semula. Jadi kiranya aku tak sempat la explore tempat tu sepenuhnya. Cuma nampak la apa yang dikatakan SkyBistro, SkyBoutique, SkyPos, SkyBridge, SkyGlide tu. 

Dah sampai sini, sebelum balik haruslah beli fridge magnet sebagai kenangan dan upah baik anak-anak ni dengan makan aiskrim.

* Kos ticket : RM 234.00
* Fridge Magnet : RM 10.00
* Ice cream & air : RM 15.00

Makan Tengahari.

Dari Oriental Village tu kami teruskan perjalanan ke Pantai Chenang untuk ke Underwater World Langkawi. Sebelum tu harus la solat dan isi perut dulu.

Kami berhenti solat di sebuah masjid di kawasan kampung tapi tak pasti nama kampung apa dan tempat kami makan juga tak pasti nama apa. Cuma yang pasti kawasan kampung berhampiran dengan laut sebab waktu kami pusing kereta di belakang kedai kami makan tu, ada pantai kat belakang tu. Kemungkinan Kampung Kok

Kami berhenti makan di sebuah gerai yang menyediakan ikan bakar dan harga juga tak lah semahal mana. Kira ok..bukan macam malam tadi yang mencekik darah.

* Kos makan tengahari : RM 21.00

Underwater World Langkawi 

Jarak perjalanan adalah dalam 15 km - 16 km aku rasa tapi sebab kereta kan tak bawa laju..setakat 70 / 80 kmj je, so rasa macam jauh.

Kami sampai kat sana dengan cari parking lagi yang sangat susah jam dah pukul 3.00 petang. Tak de rezeki nak tengok feeding time untuk penguin.

Tiket masuk untuk pemegang mykad bagi dewasa adalah RM 33.00 dan kanak-kanak RM 23.00. Tapi aku dah beli siap-siap entrance tiket ni kat Groupon, so dapat lah murah sikit.

Mula-mula masuk je budak-budak ni dah teruja dengan singa ke anjing laut tu. Suka diorang tengok binatang tu pusing-pusing dalam air dan sesekali melompat keluar dari dalam air tu.



Walaupun tak dapat tengok feeding time penguin, tapi rezeki budak-budak ni dapat jumpa penguin yang baik duduk kat tepi cermin. Bukan main suka lagi bila letak tangan kat cermin tu, penguin tu ikut je tangan diorang.



Tak sangka jugak dapat tengok feeding time untuk turtle. Turtle tu bukan main manja lagi dengan orang yang bagi makan kat dia tu. Macam tak nak berpisah je..



Kalau korang nak masuk sini, better check jadual waktu feeding time kat website aquarium ni dulu. Mungkin seronok sikit kita dapat tengok binatang tu dengan jelas. Kalau tak entah ke mana-mana je binatang-binatang tu.



Keluar dari aquarium ni ada dua duty free shop so boleh beli coklat. Dulu aku rasa kat sini murah compare dengan tempat lain tapi pergi kali ni tengok harga sama je kecuali coklat Daim tu RM 16.30 kat tempat lain Rm 17.50

Dulu mesti Ritter Sport kat sini sebab beli 3 dapat RM 12.00 kalau beli satu RM 5.90. Tapi kali ni langsung tak de promotion tu. So tak shopping coklat pun kat sini.

* Kos entrance ticket by groupon : Adult RM 26.00 Children : RM 18.00
* Total cost ticket : RM 88.00
* Nutella RM 9.90 & Vochelle RM 2.90

Pantai Chenang

Acara yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak aku adalah acara mandi pantai. Badan diorang tu sebenarnya dah penat sangat tapi bila sebut mandi pantai, terus excited.

Kalau nak mandi kat pantai ni, kena cari jalan masuk ke pantai-pantai ni ikut lorong-lorong kedai atau hotel-hotel kat sini. Memang tak nampak kalau tengok sekali imbas macam tu, tapi paling senang nak nampak berdepan dengan Laman Padi tu memang ada tempat park kereta cuma terhad je. Kami park kat belakang Underwater world je, kat sana pun ada parking cuma jalan ke pantai kena turun tangga sikit je.

Area pantai ni  jugak tak ada public toilet nak shower atau salin pakaian. Lelaki senang la nak tukar2 ni, kalau macam aku ni jawabnya balik dalam keadaan basah je la.



Pantai sangat cantik ok..pasir halus putih je..tak kotor..sangat bersih...air biru je dan yang pasti tak dalam pun..Seronok budak-budak ni mandi. 



Kat pantai ni memang meriah, ada jet ski, banana boat, parasailing, kayak tapi satu pun aku tak joint. Mandi pantai je..dulu zaman remaja giler jugak nak try berkayak dengan jet ski ni..tapi sekarang mak takut kau... Mandi pantai je la..

Pasar Malam

Anak-anak naik kereta semua tertidur dalam keadaan bepasir-pasir dan melekit air masin. Sampai bilik, mandi dan sambung tidur.

Plan nak makan ikan bakar terbantut la jawabnya. Mula-mula adik aku pergi pasar malam, pastu lepas solat Maghrib, Rizal lak yang pergi.

Lokasi pasar malam kat Pekan Kuah ni area berhampiran jambatan batu dan berdekatan je dengan hotel Baron tu.

Apa yang menarik kat pasar malam ni? Sama je dengan mana-mana pasar malam pun, nasib baik beli yang ok, dapat la yang ok. Yang tak ok pun ada.

Untuk malam tu, adik-adik aku dah belikan nasi kerabu, kuey teow goreng, tau fu fah, kacang rebus, putu mayam, ayam percik dan macam-macam lagi yang ada kat pasar malam. Semua ok kecuali kacang rebus yang kurang elok.

Rizal pulak beli sate ayam & daging, ayam goreng, jagung rebus. Yang best nya masih dapat tau harga satu cucuk sate RM 0.50 je. Kat KL atau mana-mana pasar malam pun tak dapat dah harga ni.

* Kos makan malam : Rm 21.00



1 comment:

  1. Sorry nak tnya yg hrga tiket rm234 tu naik cable car ke ? Atau msok tempat apa lgi

    ReplyDelete