Wednesday, May 4, 2016

Langkawi Day 1

Jumaat , 29 April 2016
KLIA - Langkawi

Setelah hampir 7 tahun lebih tak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi, alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki sekali lagi. Dulu pergi hanya berdua + family aku tapi kali ni berlima + family aku jugak lagi.

Kali ni sebab bawa anak-anak tek, kita pergi naik flight. Sebab pengalaman lepas menunggu feri sangat memenatkan dan tak sanggup menghadap kalau tempat menunggu masih sama macam dulu. Kita cari jalan selamat dan selesa je la.

Flight kami (MH1446) berlepas 2.30 petang dan penerbangan adalah sangat-sangat tak smooth. Area KL ni awan terlalu tebal menyebabkan sepanjang perjalanan menerjah awan tu sangat menakutkan. 


Seperti naik roller coaster dan ada satu masa tu semua dalam flight menjerit disebabkan kami semua melambung dari tempat duduk. Keadaan ni juga menyebabkan ramai kanak-kanak yang menangis terutama yang berada di seat belakang kanan aku. Kesian sangat dia

Syukur anak-anak aku steady jer..Aisy rilek je tak rasa takut, Amni tidur, Amsyar abah dia angkat dari seat dia duduk dan riba di pangkuan sebaik sahaja berlepas. Nasib tak menangis walaupun takut. Mak di sebelah aku mengurut dada banyak kali berdebar takut.

Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Langkawi Airport dalam 3.40 sebab tak dapat kelulusan untuk mendarat. So flight berlegar je di Pulau Langkawi bagi kami menikmati permandangan yang indah, Subhanallah..sangat cantik bila dari atas udara.

* Kos tiket flight MAS
Dewasa (2) - RM 488.10
Kanak-kanak (3) - RM 374.20
* Kos parking kereta (11.30am 29/04/2016 - 11.30am 02/05/2016) RM 146.00 ++


Kereta Sewa

Sampai di airport, collect bagasi then ambil kunci kereta sewa yang kami dah book awal-awal lagi. Kaunter kereta sewa ni pun memang ada kat airport tu, so memang sangat senang. Sebenarnya book Nissan Almera 2 buah, tapi ada penyewa yang masih belum pulangkan kereta, diorang bagi je Toyota Vios tapi tak perlu tambah kos. Itulah kelebihan booking dari awal, kalau last minit sebab ni kira peak season kan, myvi pun RM 250.00 tau.

Kami dapat kereta memang tank minyak berkelip-kelip je dan satu hal pulak nak mencari pam minyak. Nasib baik juga la tak susah nak dapatkan pam minyak ni. Kalau nak isi minyak, tak payah la isi sampai full tank. Isi je sikit-sikit. Aku bajet RM 30.00 je dulu.

* Lokasi sewa kereta : Langkawi Airport : Zaf Langkawi Travel
 Contact Person : En. Tengku Zamri : 019-9119428
* Kos Nissan Almera : RM 250.00 (4.00pm 29/04/2016 - 8.00am 02/05/2016)
* Kos Petrol (1) : RM 30.00 

Makan Tengahari 
(dah petang dah pun...)

Perut masing-masing lapaq, kami berhenti je dekat satu kedai mamak (Nasi kandar ????) tepi jalan ke Pekan Kuah ni sebelah dengan Riku-Riku native product tu.. Makan tengahari kat sana simple je, ada 3 pinggan nasi putih, 1 nasi beriani,  satu jenis lauk je masing2 dengan mee goreng mamak, 2 gelas air teh o ais + 2 milo ais. Lain kali tak mao makan kat sana, tak sedap mana pun. Nama pun kedai mamak kan...

* Kos makan tengahari untuk 5 dewasa & 3 kanak-kanak : RM 40.00..mak belanja
* Lokasi : Jalan Padang Matsirat, Taman Sri Langkawi

Penginapan : D Teratak Motel

Homestay ni berada betul-betul di Pekan Kuah berhampiran Jalan Pandak Mayah 6. Kalau dari bilik tu, boleh nampak Restoran Thai House berdepan dengan uptown tu. Jalan kaki 3 minit je ke kedai-kedai area situ. Belakang bilik kami duduk tu pulak tersergam indah kompleks HIG. Jalan kaki je.. 

Aku dapat bilik yang disebelah hadapan. So senang, depan bilik aku je ada kerusi tempat lepak-lepak,  coway water filter, tempat iron baju, sinki nak basuh gelas, tempat parking kereta. Bila malam Rizal lupa nak isi balik air suam dalam flusk pun aku boleh selamba je keluar bilik gi ambik air nak buat susu kat anak tek kecik yang nangis-nangis minta susu.

Motel ni kebanyakannya jadi tempat penginapan para rombongan yang datang naik bas. Senang untuk diorang nak pergi makan dan shopping bila dah petang dan malam balik dari jalan-jalan. Parking tu memang kosong je la, ada kereta sewa kami je dua buah.


Kemudahan :
- Bilik Bajet / Blok Baru
- Attached bathroom
- Bilik Baru (ada water heater)
- Aircond tak ada kipas
- Coway water & air filter
- Tempat iron baju
- Television
- Parking

* Kos 4D3N : Bilik bajet standard room : RM 210.00
* Kos extra tilam : RM 45.00

Pekan Kuah 

Lepas budak-budak ni mandi tukar baju semua, kami ke Dataran Lang. Mak ai...tak de parking kosong langsung. Kalau nak pergi jugak terpaksa menapak jauh tu..terus tak jadi pergi.

Sumber : google

Kalau sesiapa nak pergi sini, boleh la singgah walaupun menapak jauh. Boleh bergambar dengan tugu helang tu lambang dan bukti dah sampai langkawi tapi sebab aku dah pernah ada gambar kat sana tahun 2009, aku tak pergi pun.

Kat area situ ada juga Taman Lagenda untuk nak menambah kawasan tempat dilawati kat Langkawi. Sebab 2009 aku dah pergi dan dah ada gambar, aku tak pergi pun.

Kat taman tu ada peta-peta kawasan sejarah dan sejarah. Pi lah baca kalau nak menambah ilmu pengetahuan.


Sumber : google
Sudahnya bawa budak-budak ni main kat padang permainan je. Biar diorang rasa seronok dan penat, nanti malam boleh tidur awal. Esok banyak tempat nak pergi ni.

Lepas dah penat main, drive kereta masuk area Kompleks Pekan Rabu tu pulak. Dekat area parking belakang tu, kami duduk menghadap laut tengok matahari terbenam pulak. Budak-budak ni seronok je dapat tengok kapal dan paling tak tahan diorang asyik tanya boleh mandi tak? Asyik tanya bila nak mandi pantai..



Lepas solat Isyak, baru kami keluar cari makan malam pulak. Perut aku masih kenyang sebab petang tadi baru je makan nasi, tapi Rizal la yang lapar. Budak-budak ni pulak dah penat memang macam ngantuk je.

Tapi kami decide nak jalan-jalan kat uptown tu sebab aku ternampak coconut shake ke coffe blend RM 3.00 je, tapi dah tutup pulak stall area tu. Aku pun tak faham ni uptown ke downtown ke stall yang buka waktu siang je.

Kami keluar masuk pulak kedai-kedai kat sana yang kebanyakannya memang jual coklat. Saja tengok cuci mata dan kalau rasa nak makan, beli untuk makan malam nanti dan untuk berjalan esok je. Belum masa untuk shopping bawa balik.

Penat jalan keluar masuk kedai, drive pulak cari tempat makan. Rizal ni satu je, kalau ada banyak dia mula lah memilih-milih kedai dari pusat bandar pekan Kuah tu sampai la keluar dari pekan kuah, patah balik ke bandar akhirnya dia bungkus di Restoran Thai yang kat rumah tu.

Cer teka kalau order nasi putih 2 + tomyam ayam kosong dan tak pedas + nasi goreng ikan masin 1 + 1 milo ais + 1 orange juice berapa? ?????? Harganya sangat mahal ok... baik pergi makan ikan bakar, puas hati bayar mahal pun..

* Kos makan malam : RM 43.00
* Lokasi : Thai House Rest, Jln Pandak Mayah 6, Kuah

No comments:

Post a Comment