Ahad, 01 Mei 2016
Makan Pagi
Disebabkan
semalam pergi cari breakfast seawal 7.00 pagi dan kebanyakan
gerai-gerai belakang tempat kami stay tu tak buka lagi, pukul 8.00 pagi
baru pergi cari makan.
Lokasi cuma jalan kaki di belakang tempat kami tinggal dan berhadapan dengan Kompleks Haji Ismail. Gerai bawah pokok je.
Husband
bungkus dua nasi lemak biasa, lima ketul kuih dengan dua keping kuih
talam tepung. Agak terkejut sebab husband cakap harga untuk kuih sahaja
RM 5.30. Berapa harga sebenar ni?
Mungkin ada kesilapan
pemilik gerai kira ke apa sebab adik aku pun beli di gerai yang sama.
Harga yang sebenar semua jenis kuih RM 1.00 untuk 3 dan kuih talam
tepung tu RM 0.80 satu sebab dia potong agak besar sikit dari saiz biasa
kuih. Sepatutnya lebih kurang kalau dia charge kuih RM 0.40 satu pun
baru RM 2.00 + RM 1.60 untuk dua keping kuih talam. Tapi mungkin
tersilap kira..andaikan saje la
* Kos breakfast : RM 7.30
Bird Paradise & Wildlife Park
Lokasi : Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah (9km dari Pekan Kuah)
Open : 08.30 am - 07.00 pm (ticket last : 06.00 pm)
Ada satu hari lagi nak berjalan ni harus top up minyak la nanti susah pulak nak berhenti. Sebenarnya kalau dari tempat kami tinggal tu tak payah la ke Jalan Padang Matsirat tu tapi husband aku ni laju je ke jalan sana. So terpaksa la naik highway yang agak jauh jugak la. Berlaku la pembaziran minyak di situ tapi tak kisah la. Nama pun berjalan, kita tengok je la tempat orang.
Entrance tiket aku dah beli kat groupon so harga sangat berbeza kalau direct beli kat kaunter.
Dewasa (Mykad) : RM 24.00
Kanak-kanak (Mykid) RM :16.00
Budak-budak
ni seronok la boleh bagi makan binatang-binatang yang ada kat sini.
Tapi semua makanan tu kena beli, tak de dia nak bagi percuma dengan
tiket masuk yang dibayar tu.
* Kos ticket by groupon : Adult RM 20.00 Children RM 13.00 (Total : RM 66.00)
* Kos makanan haiwan : RM 6.00 per pax (carrot, banana, pallet etc) (RM 12.00 - 2 pax)
* Kos makanan arnab : RM 2.00 per pax (carrot, kangkung) (RM 6.00 - 3 pax)
* Mineral water : RM 3.00
* Gambar : RM 35.00 without frame ( RM 65.00 with frame)
* Mainan Amsyar : RM 6.00
* Coklat : RM 20.00 (Ritter Sport - RM 20.00 untuk 5)
* Top up petrol : RM 20.00
* Snack kat Mesra Petronas : Rm 9.60
Taman Agro Mardi
Lokasi : Jln Padang Gaong, Tmn Harmoni, Lubuk Semilang
Jarak : 8km dari Pekan Kuah (Jln Padang Matsirat)
Open : 08.30 am - 05.00 pm
Harga tiket :
Dewasa : RM 7.00
Kanak-kanak : RM 3.00
Guna
tram untuk tour dalam ladang ni tapi cuma pergi tiga tempat je. Tram ni
akan ambil masa 20 minit untuk sekali pusing. Taman Agro ni kalau pergi
bulan Mei - Julai may be seronok sikit sebab banyak jenis buah boleh
makan. Macam buah bermusim; rambutan, durian, manggis
Waktu kami pergi ni, kami hanya di hidangkan dengan tembikai merah, kuning, honeydew, nanas, dan pamelo sahaja.
Mula-mula
diorang akan bawa tempat makan buah dulu. Untuk info, buah-buah yang
dihidangkan bukan sepenuhnya dari ladang Mardi ni, diorang beli jugak
sempat tak mampu nak hidang kat visitor yang datang hari-hari kan! Dalam
lima jenis buah yang makan tu, buah pamelo je yang sedap. Yang lain,
tak berapa manis dan masak.
Lepas
dah makan, diorang akan bawa ke kebun nangka lak. Cuma untuk bergambar
bukan untuk info penanaman. Satu kelemahan aku rasa tour ni. Sepatutnya
tour ni lebih kepada info.
Selepas
bergambar dengan nangka yang pakai cermin mata hitam, pergi melawat
kebun anggur pulak. Waktu kami pergi ni, anggur merah baru sahaja di
tuai so kami tak dibawa pun masuk kebun tu. Kami hanya dibawa ke kebun
anggur yang jenis untuk buat kismis / jeruk sahaja. Buah pun kecik je
dan masih masam.
Aku
ni ambil kesempatan sikit, sebab yang bawa tour tu baik kan...aku pun
try mintak dengan dia keratan batang anggur merah. Dia bagi aku dua
batang saiz besar batang pensil, dah seminggu semai kat rumah tapi tak
nampak pun daun keluar lagi. Tak tahu akan tumbuh atau tak..
Aku
harap Mardi Langkawi ni akan improve service diorang. Walaupun bukan
musim buah-buahan, tapi diorang patut hidangkan juga buah-buahan yang
tanpa musim macam buah ciku, pisang, jambu, belimbing, buah naga dan
banyak lagi la jenis buah yang tak bermusim ni.
Aku
yang dah biasa makan buah ni tak la ralat sangat tak dapat makan buah,
aku cuma ralat tentang info dan jugak benih atau anak pokok yang tak
dijual untuk visitor beli. At least kita dapat beli benih yang baik dari
Mardi untuk tanaman sendiri. Aku rasa pelancong dari Jepun yang sama
tunggu tram dengan aku tu mesti sikit kecewa sebab tak dapat tour macam
masuk ladang agro yang ada provide secara persendirian tu. Agaknya kalau
dia dapat masuk kebun cousin aku yang kat Jelu tu bukan main seronok
kot dapat makan macam-macam jenis buah.
* Kos tiket : RM 20.00
Makan Tengahari
Lokasi : Restoran Selera Pantai Timur Seafood Langkawi
Jenis masakan : Nasi campur
Kami
berhenti kat kedai ni otw balik ke Pekan Kuah dari Taman Agro Mardi, so
lokasi adalah Jalan Padang Matsirat la kot. Kalau nak senang, bila ada
nampak asap-asap yang banyak tengah membakar tu di sebelah kiri jalan
disebelah pokok besar, tu lah kedai dia. Kalau jenis bawa laju je kereta
memang tak boleh nak berhenti la
Macam-macam
ada..terlalu banyak..ada sotong bakar, ikan bakar..ulam-ulam..kalau
jenis masakan tu macam-macam jenis masakan ada. Orang memang ramai, tapi
kami bungkus je bawa balik.
Kami
bungkus untuk tengahari tu, nasi putih tiga, ikan bakar, ayam goreng
dua ketul, gulai lemak pucuk paku, air pulak milo ais dan teh o ais
limau. Makan memang sangat sedap dan berbaloi.
* Kos makan tengahari : RM 23.00
Makam Mahsuri
Aku tak masuk pun sebab dua anak aku ni tidur dan aku sekali tertidur sebelum sampai kat pintu masuk tu. Sedar-sedar je Aisy tengah buat apa ntah seorang-seorang dia. Tanya dia Rizal kat mana? Dia kata dah masuk. Dia kata abah tak parking dalam sebab kat dalam kena bayar..
Penat sangat sebenarnya dari hari first sampai sampai la petang tu asyik je keluar. Mana ada duduk baring-baring atas katil kecuali malam pukul 12.00 malam. Tu pun tidur asyik je la terganggu sebab rasa macam dah lama tidur takut tak sedar Subuh pulak. Rupanya masih awal lagi.
Sebelum ke Makam Mahsuri ni kami singgah di Bird Paradise tu untuk beli coklat Ritter Sport. Kat sana je murah kan. Otw ke makam mahsuri melalui jalan Air Hangat ni jauh jugak dalam 24km. Sepanjang jalan cari gak orang jual goreng pisang ke, abc ke, coffee gelas besar ke..non ado..ada la jugak jual air kelapa tapi terlepas, ingat ada lagi kat depan rupanya tak ada. Dah dekat dengan makam mahsuri tu baru jumpa orang jual keropok.
Kami tak berhajat pun nak bawa anak-anak masuk sini sebab bukan port menarik untuk kanak-kanak besar diorang. Tujuan ke sini hanya untuk melawat makam mahsuri sebab Rizal kata, Langkawi ni tempat dia. Kalau dah pergi sana, mesti kena ziarah kubur dia. Tu yang pergi sana untuk lengkapkan perjalanan ke Langkawi.
Kat area Makam Mahsuri ni memang banyak sangat kedai-kedai yang jual minyak gamat tapi sudahnya kami tak beli walaupun sebotol minyak gamat. Boleh?
Kalau terpandang mana-mana banner yang iklan RM 5.00 untuk 1 dozen minyak gamat tu, jangan la nak percaya sangat. Semua tertakluk kepada terma dan syarat. Biasa la, mesti kena beli barang harga berapa baru boleh beli dengan harga tu.
Kami ke kedai gamat tu bukan nak cari minyak gamat dah. Selepas selesa pakai krim gel gamat berwarna putih yang beli kat farmasi area office aku ni, kami nak cari jenis yang macam tu la kalau harga lagi murah. Rupanya harga sama je..terus tak jadi beli.
* Harga tiket : RM 10.00..Rizal seorang je masuk
* Ritter Sport : RM 20.00
* Keropok Lekor & ayam goreng : RM 7.00
Pantai Chenang
Kami teruskan misi ke Pantai Chenang sebab agenda petang tu adalah mandi pantai sepuas-puasnya. Tapi sebelum tu ada request dari anak dara yang besar tu nak baldi yang korek pasir tu. Beli je la kat sebuah kedai runcit jalan nak ke Pantai Chenang tu
Kali ni park kereta berdepan dengan Laman Padi sebab masuk tempat park semalam tak ada parking kosong. Kat tempat ni pantai masih lagi bersih cuma banyak kulit kerang kecik-kecik je. Kalau nak compare dengan tempat semalam tu, tempat yang hujung sana tu memang lagi bersih dan best la. Orang pun tak ramai sangat may be sebab kat hujung kan.
Lama sangat mandi kali ni. Dua jam berendam dalam air masin. Kali ni aku dan Rizal memang joint mandi sama cuma aku tak la habis basahkan sampai kepala sebab shampoo tak bawa. Nanti rambut jadi keras macam dawai pulak kena air masin ni.
Dah pukul 7.00 ajak budak ni balik diorang tak nak balik. Aisy kata matahari belum tenggelam lagi. Memang la masih ada tapi jarak kami nak balik ke Pekan Kuah tu agak jauh jugak la. Dah la tandas semua tak de. Terpaksa aku balik dalam basah-basah kuyup tu. Alas dengan tuala je. Budak-budak ni memang tukar seluar baju lain sebab budak2 dalam kereta pun boleh salin pakaian. Rizal pun sama, orang lelaki bukan susah mana pun.
Patutnya pihak LADA kena buat tandas awam sekitar pantai ni sebab bukan semua pun nak stay area pantai ni. Aku pun tak berani lagi nak stay area pantai ni, aku kan kuat berimaginasi. Nanti malam mesti tak boleh tidur takut ombak atau tsunami datang nanti..
Kami
sampai Kuah memang dah masuk Mahgrib lebih 10 minit dah. Bila sampai
bilik, adik-adik dan mak aku dah tunggu nak pergi makan dah. Mandikan
dua budak besar tu dulu dan kami pergi kemudian.
Makan Malam
Restoran Bamboo (Town) Kuah
Restoran
ni tak silap aku ada tiga buah cawangan. Yang kami pergi ni dekat
dengan tapak pasar malam tu. Berhampiran dengan jambatan batu tu.
Malam ni mak nak open table..terima kasih mak...
Aku
sampai lambat jugak dalam 8.00 lebih sebab pack baju nak bawa pergi
dobi. Ye la, dua hari pergi mandi pantai, takkan esok nak bawa balik
baju basah-basah dalam bagasi kan.
Alahh...kalau
drive tak sampai 5 minit je dah sampai. Kami sampai tu lauk semua tak
sampai lagi tapi satu jug air sirap dah habis budak-budak ni minum.
Menu
malam tu, ikan kerapu seekor (2kg) masak dua jenis buat
sebelah-sebelah. Masak tiga rasa, masak stim, sup kosong, udang tepung 2
pinggan, sotong tepung 2 pinggan, ayam goreng kunyit, nasi putih untuk 5
orang makan.
Air
pulak satu jug air sirap + satu gelas besar air sirap lagi, dan Rizal
mintak teh o ais limau. Total makan malam tu RM 190.90. Korang rasa
berbaloi tak? Ok la kot walaupun aku rasa macam pricey sikit. Sedap tak?
Biasa je..tak la sedap sangat-sangat tapi setakat rasa sedap je.
* Kos : RM 190.90 ...mak bayar..
Dobi Layan Diri
Lokasi : Kompleks Pekan Rabu
Kami
siap makan dalam pukul 9.00 malam terus berkejar ke pusat dobi layan
diri. Jangan risau, banyak tempat dobi layan diri ni. Kebanyakkan tutup
pukul 12.00 malam.
* Kos basuh mesin 10kg : RM 4.00
* Kos dryer mesin 10kg : RM 4.00
* Sabun cuci : RM 1.00
* Minuman : RM 4.00
Sementara
nak tunggu baju siap basuh tu setengah jam jugak, kami ke kedai Haji
Ismail sebab tak shopping coklat lagi ni. Setakat beli ritter sport je
tapi itupun dah habis tiga ketul. Dah tinggal 7 nak bawa balik.
Tujuan sebenar ke sana nak cari gelas besar macam minum kat kedai-kedai tu tapi tak jumpa pulak. Kami shopping coklat pulak.
Shopping Coklat
Dua kedai kami masuk, kedai Haji Ismail dan Langkawi Saga
Kedai Haji Ismail
Coklat Bounty (kelapa) : RM 14.90
Toblerone : RM 14.50 (6 size 200g)
Toblerone dark choc : RM 4.90
Pepero : RM 4.00
Langkawi Saga (berhadapan dengan Haji Ismail)
Coklat Daim : RM 15.90 (2) = RM 31.80
Ni
semua coklat aku rembat je tak sempat dah nak survey-survey. Kalau
korang rajin, before beli masuk semua kedai dulu. Compare harga then
baru beli. Kalau beza satu ringgit pun kalau beli banyak kan dah rugi.
Lepas beli coklat terpaksa patah balik kedai dobi sebab nak pindahkan baju kat mesin dryer lak. Ngam-ngam je sampai mesin basuh tu baru jer berhenti. Lepas tukar masuk dryer, kami semua balik dulu. Lepas setengah jam pulak baru Rizal pergi collect bawa balik.