Thursday, April 21, 2016

Shopping di Groupon

Siapa yang tak tahu lagi kewujudan Groupon ni? Kalau tak tahu sila lah layari web ni..macam-macam ada.

Aku start berjinak-jinak dengan Groupon ni untuk beli voucher untuk photobook je. Hasilnya banyak la jugak photobook yang dapat dengan harga RM 5.00, RM 1.00, RM 0.00 untuk yang saiz 6'x6' tu.

Harga sangat berbaloi kan. Mana nak dapat photobook dengan harga tu kan? Tapi tau je la, benda murah mesti cepat je sold out. Macam goreng pisang panas. Tapi ni kena tunggu dia punya promotion la

Dua minggu lepas pulak aku beli entrance ticket ke Under Water World Langkawi & Bird Paradise sebab next week kami nak ke sana. Giler berbaloi, boleh jimat lebih kurang RM 2.00 / RM 3.00 / RM 4.00 dari harga tiket kalau beli di kaunter. 



Yang lagi best, Isnin dan Selasa lepas ada offer sempena April Sale macam tu la, extra lagi 10%. Berbaloi bak hang beli tiket murah macam ni.

Sebab ada sale jugak, aku terjebak membeli barang yang delivery by groupon sendiri. 



Biasa beli barang online 2nd day dah dapat tracking no tapi dengan Groupon aku tak dapat lagi. Baru je sent email kat Groupon tanya tentang tracking no kalau boleh dapat, tiba2 office dah tin tong tin tong.



Buka pintu GDEX dah sampai hantar Groupon punya barang. Wow..wow..wow..bukan wow shop tau..tapi terlalu terkejut. Baru order semalam hari ni dah dapat. Syoknya..

Korang boleh la start beli barang2 kat sini ye. Macam-macam ada.

No comments:

Post a Comment