Friday, April 1, 2016

Birthday Aisy & Amsyar

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat anak mama dua orang ni, Aisy & Amsyar. Semoga dipanjangkan umur dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Kali ni birthday tak celebrate panggil orang makan kat rumah. Tapi dalam tak celebrate tu, tiga biji kek habis juga beli, goodies bag prepare untuk dua tempat.

19 March celebrate kat rumah mak, potong kek je budak berdua tu. Tak masak apa-apa pun. Kebetulan mak ada appointment dengan pakar urat saraf di KPJ. Tu yang petang baru potong kek je.


21 March, celebrate birthday kat GA dan taska pulak. Aisy awal2 tahun lagi dah pesan. Dari Januari asyik la menghitung hari menanti birthday dia. Nak buat kat sekolah katanya hari Jumaat.

Tak tunggu Jumaat pun, Isnin je aku bagi kek dan goodies bag untuk kelas dia. Mula nak prepare sandwich telur dan tuna, tapi bahan tak beli awal-awal. Sudahnya tak jadi buat pun. Tambah dengan malas nak bangun pagi. Aku cuma buatkan bekal Aisy macam biasa.

Petang aku ambil half day leave lagi sebab nak celebrate dengan anak-anak kat taska. Balik rumah jalan jam giler, pukul 2.45 petang baru sampai rumah.

Sempat tu aku pergi kedai beli barang nak masak mee sup. balik rumah solat Zuhur dulu, baru bersilat kat dapur. Pukul 3.50 semua siap. Mujur Rizal pun balik awal, boleh tolong punggahkan makanan yang aku masak tu ke kereta.

Meriah jugak la celebrate birthday kat nursery ni, anak-anak kan ramai. Diorang happy je dapat tiup2 party punya whistle/blower tu, makan-makan dan main-main. Pukul 5.00 lebih baru kami balik. Semua makanan habis kecuali kek, tinggal je kat nursery untuk budak2 ni makan esok.

Buat Aisy & Amsyar, mama & abah sayang korang berdua sangat-sangat. Hope semua momen indah ni akan terpahat dalam ingatan kalian walaupun tak seberapa.

2 comments:

  1. Aku salute dgn hang pasal rajin buat celebration birthday anak2. aku ni jenis yg beli kek, hantar ke taska, sudah. ada gak hajat di hati nak buat birthday party panggil kawan ofis, kawan sekolah bawak anak2 dieorg celebrate birthday anak2 aku, tapi sudahnya ke laut. Malas + penat. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la jugak tu kau buatkan celebration birthday diorang. Aku suka bab-bab remeh dan renyeh ni. Bagi lah kat aku. Janji anak2 kita ni ada memori yang sgt indah dlm hidup diorang bl diorang dah besar kan. Suka bukan apa, nanti gambar2 boleh buat photobook kan??

      Delete