Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua yang akan berpuasa esok. Puasa memang esok, tapi malam ni jangan lupa kita ramai-ramai ke masjid untuk bertarawikh.

Indahnya rasa bila nak masuk Ramadhan ni. Hati sentiasa je berdebar macam kan aku nak berdepan dengan panel-panel penemuduga je. Hehehe..

Harap Ramadhan kali ni aku lebih beristiqomah dalam melakukan ibadat. Puasa of course tak dapat penuh melainkan pregnant je. Cukuplah tiga tahun je aku dapat puasa penuh tanpa perlu menggantikan puasa. 

Dapat cuti itu biasa. Best apa, itulah kelebihan Allah bagi kat kita yang perempuan ni. Tapi bukan bagi free, kena ganti juga. Kalau tak puasa tu, janganlah pulak makan terang-terangan ye.

Harapan untuk bertarawikh ke masjid memang harapan tinggal harapan saje la. Sejak ada anak, bertarawikh di masjid macam kan dah tak de tertulis untuk aku. Tunggulah mereka besar sikit, harap boleh dah bawa mereka ke masjid. Dua anak dara dah ok, tapi ada pulak anak teruna yang nakal. 

Kalau tak ke masjid, di rumah pun boleh bertarawikh. Tetapi, disebabkan ada anak kecil yang kadang nak sembahyang wajib pun terganggu, ini kan pula nak solat sunat.

Ntah apa peel anak2 aku ni, semuanya sama je waktu kecik. Kalau aku sembahyang, waktu tu la diorang datang berbelit kat kaki kita la, baring atas sejadah la, tepuk-tepuk sambil panggil kita, berdiri belakang kita bila sujud...ish ish ish..anak-anak korang pun sama ke? Ada tips tak nak elak berlaku macam ni?

Bukan setakat tarawikh je bulan puasa ni..banyak lagi amal boleh buat. Bertadarus antara lainnya. Tapi aku memang takkan boleh habis 30 juzuk tu untuk bulan puasa. Sedangkan hari biasa nak dapat habiskan dua muka surat pun dah macam-macam ragam anak nak hadap. Ini kan pula nak habiskan satu juzuk...

Yang penting bulan Ramadhan ni jangan lupa bayar zakat fitrah. Itu wajib tau..sekarang ni dah senang. Banyak tempat ada kaunter pungutan zakat. Bukan drive thru pun dah ada ke? So, jangan jadi alasan pulak untuk membayar zakat ok?

Bulan puasa ni juga sinonim dengan 'sedekah'. Kalau tak banyak duit, boleh sedekah dalam bentuk lain juga. Bagi makan kat orang pun dikira sedekah juga. 

Macam last year, kan aku berkampung kat wad seminggu. Ada hamba Allah baik hati ni dia sedekahkan nasi tomato untuk semua nurse dan penghuni wad yang beragama Islam yang aku stay tu untuk berbuka puasa. Terharu rasanya dan ada juga terdetik hati ini nak buat yang sama tahun ni. Insyaallah kalau ada kelapangan dan rezeki lebih aku pun nak buat juga macam orang tu.

Cakap pasal ramadhan ni, aku teringat juga kat MH17. Sebab waktu Ramadhan la kapal terbang kita ni ditembak jatuh. Dah setahun tapi sampai hari ni masih belum tahu siapa yang tembak. Sedih...semoga semua anak kapal & penumpang yang beragama Islam yang terkorban tu ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beriman. Amin..

Di kesempatan ni juga, aku nak mohon maaf kalau bahasa yang aku gunakan dalam blog ni ada yang terguris hati dan rasa. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan aku sendiri. 

Selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan.

#30hari30masjid 

No comments:

Post a Comment