Wednesday, June 3, 2015

Genius Aulad : Minibees Detective Holiday Camp

Ini first time kot GA Bandar Sri Damansara buat camp waktu cuti sekolah sebab last year Aisy sekolah pun tak debuat ni. Bayaran adalah RM50 untuk dua hari.


Korang jangan tertipu pulak ye dengan tajuk Holiday Camp tu, nama je camp tapi bukan camping tau. Cuma indoor activity selama 3 jam di sekolah je.

Jom kita check apa diorang buat untuk 1 st day:-
1. Stretch the Song
2. Flowers Are Red
3. Craft the Rocks
4. Process of Photosynthesis.


 
Ini waktu Alam dan Manusia tak silap aku ada buat kat sekolah kan


Comel je kan ladybug ni diorang color. Jangan tak percaya yang ladybug ini adalah batu. So, kena simpan elok2, kalau dapat kat Amsyar dia baling je. Dapat kena kat tv, berderai tv tu sama la dengan berderai je jiwa mak kau ni dik.

Untuk hari kedua lak, ini aktiviti diorang :-
1. Stretch the Song
2. Pressed the leaf
3. Flowers from Doh
4. Scavenger Hunt 

Dulu waktu sekolah rendah selalu buat ni waktu pendidikan seni

Doh bentuk flower sampai rumah semua dah cabut sebab kat rumah aku dah buang semua doh diorang



Semua aktiviti ni pada kita yang dewasa ni tak de la mencabar sangat untuk dibuat. Aku pun saje je hantar diorang pergi sekolah berbanding duduk kat nursery dari pagi sampai ke petang.

kerana dia aku masih disini
Bergambar di akhir camp tapi kenapa dengan kau dik, kepala sampai senget-senget


Sudahnya, bangun pagi ni Amni bangun macam biasa tanpa dikejutkan dan merengek tak nak pergi nursery, nak pergi sekolah. 

Eh, budak ni, kita kalau dulu zaman sekolah, cuti sekolah la best sebab tak payah bangun awal pagi pergi sekolah, boleh simpan beg sekolah, buku sekolah dan segalanya tentang sekolah. Walaupun tak pergi mana-mana bercuti di hotel, tapi cuti sekolah itu adalah nikmat untuk bermain dari celik mata sampai pejam mata.

No comments:

Post a Comment