Thursday, April 30, 2015

Tuisyen

Apa pendapat anda tentang tuisyen bagi budak berumur 4 - 6 tahun (pre-kindy)?
a. Perlu hantar tuisyen
b. Tidak perlu

Huhuhu..sadis betul aku tengok zaman kanak-kanak sekarang ni. Tak macam zaman aku dulu. Sekarang ni macam sekolah tu tak berguna kalau pergi pun.

Kalau nak dapat betul-betul ilmu, kena pergi tuisyen. Kalau kau tak pergi, kau cari lah sendiri ilmu tu kat rumah. Macam tu ke pendidikan sekarang ni? Cikgu2 sekarang pentingkan wang ringgit ke dari mendidik anak-anak..huhuhu..

Apa yang kau tiba-tiba merepek ni?



Nah ambik message dari GA ni. Dah start buat tuisyen lak every saturday..Nampak macam tak force kan...tapi every morning aku send budak tu, teacher diorang mesti tanya. Why not try, why not try, why not try bila aku cakap aku tak berminat nak hantar sebab aku perlukan outdoor activity dengan budak2 tu.

Bila aku tengok budak2 sekolah rendah pergi tuisyen, aku rasa macam alahai...kesiannya..kecik2 lagi dah kena pergi klas tambahan. Dah tak de life nak enjoy zaman kanak-kanak pun.

Tapi bila kindy pun kena pergi tuisyen, aku rasa tu macam dah mencabul hak asasi kanak-kanak je. Ye la, diorang kan kecik lagi..kecik kot..kalau tak dapat menulis tu mungkin motor skill dia belum capai disebabkan umur yang betul2 cukup. 

Macam Amni, dia belum 4 tahun tapi dia dah masuk sekolah. So, aku tak expect pun dia boleh menulis dengan pandai pun. Aku tengok dia melukis orang jadi lah bentuk jugak pun dah kira bersyukur. 

Dia dapat membaca word by word dalam English tu pun aku kira bersyukur walaupun dia tak kenal pun huruf apa. Dia cuma menghafal aku rasa. Sama gak dengan Iqra'..tapi tak kisah la..janji dia boleh baca. Sekarang dia hafal, esok lusa dia kenal la tu..

Aku rasa kanak-kanak perlukan outdoor activity..kalau tak otak diorang tak akan berkembang. Asyik tengok buku je, nanti bila masuk sekolah rendah dia terlalu pandai dah jadi satu masalah pulak bila dia tak nak belajar.

Cakap pasal outdoor activity ni, rasa macam nak hantar anak-anak aku pergi kelas renang. Yang perempuan tak pandai berenang tak pe lagi, tapi kalau boy wajib kena pandai berenang. Tapi kalau dah hantar, wajib hantar untuk tiga-tiga sekali. Nanti ada masa aku blog kan lagi pasal aktviti dan kelas renang ni. 

Kepada semua readers, selamat bercuti. Cuti panjang tapi tak tahu nak ke mana sebab semua tempat pun jalan akan jam. Orang Malaysia ni suka bercuti. Yang memandu, drive safely. Bye...  

Wednesday, April 29, 2015

Buang Atau Kutip Semula

Bila ada makanan yang 'terjatuh' dari tangan kita apa korang buat?
a. Buang terus
b. Kutip semula

Aku berada di jawapan B bila ianya berlaku di dalam rumah. Rumah yang pastinya kita tahu tahap kebersihan dan kekotorannya.

Aku akan ambik dan tiup2 sikit sebab aku kata kuman terkejut je waktu makanan tu jatuh. Tak sempat lagi nak masuk.

Apa yang aku buat ni dah terikut2 dengan anak-anak aku sekali. Bila setiap kali makanan 'terjatuh' diorang akan mintak aku tiupkan untuk diorang makan semula.

Tak sangka apa yang aku buat ni rupanya termasuk dalam etika ketika makan dan minum rupanya. Ni aku nampak kat fb kawan aku.



Tapi tak semua situasi dan tempat yang makanan tu aku akan ambil dan makan semula. 

Kalau makan kat luar, jatuh atas lantai yang dipijak2 dengan kasut, tak kuasa aku nak kutip balik dan makan.

Itu kalau kutip balik dan makan aku rasa dah macam teruk sangat kot. Ntah apa yang tersangkut kat makanan tu pun kita tak tahu. Tapi biasanya kita mesti dah nampak dengan mata kasar makanan tu terlekat dengan habuk2 kasar dan juga rambut2 yang jatuh atas lantai. Ish..gelilah nak makan semula kan!

Ok..aku just share je. Terpulang kepada pendapat masing-masing sama ada nak buang atau kutip semula. Anda yang tentukan. 

 

Friday, April 24, 2015

Aisy : Pengalaman Pertama Ambil Darah

Setelah hampir empat tahun tak silap aku, akhirnya demam tu datang kembali kepada Aisy. Hehehe...

Friday last week balik dari sekolah tiba tiba je badan dia panas sangat2. Kebetulan pulak dia tak duduk nursery sebab mak aku ada kat KL, tu yang kena tunggu abah dia balik baru boleh makan ubat.

Khamis malam tu dia memang tidur awal sebab dia tak tidur siang. Bila tengah malam tu aku tersedar yang dia mengigau bercakap marah-marah. Dia marahkan mak aku biarkan rumah kat kampung tu hitam. 

Aku rasa Aisy ni masih lagi takut atau trauma dengan kebakaran. Rumah mak tu memang ada lagi la kesan2 asap hitam di dinding dan siling. Ada juga kayu atap yang terbakar mak tak tukar sebab tak boleh nak buang dan gantikan yang baru.

Lepas makan ubat petang jumaat tu dia ok. Weekend tu memang tak balik kampung tapi dia macam tak demam la. Setakat 37 je suhu dia. Bila Isnin malam dia demam semula. Pagi selasa pun sama membawa sampai ke petang.

Kira-kira dah masuk lima hari dah ni dia demam. Kita ni dah takut la sebab macam2 kes berlaku kat budak di Johor (HFMD) dan Melaka (suspek H1N1) sampai meninggal. Kes Denggi lagi area kawasan rumah aku tu.

Tanda-tanda semua sakit di atas memang tak ada tapi selama lima hari dia demam onn off, cirit birit, hilang selera makan, tak aktif macam biasa. Bercakap pun  tak nak sangat. Aktiviti melukis langsung la tak de. Dia asyik tidur je.

Lepas Mahgrib je, kami terus ke Hospital Selayang di Fever Centre. Lepas jumpa doctor, dia decide ambik darah jugak walaupun semua simpton sakit di atas memang tak ada. Aku memang dah standby beg dalam kereta in case kalau kena warded kan. Pengalaman mengajar aku untuk bersedia dalam apa jua keadaan.

Ala..kesiannya Aisy. Badan dia kan chubby, so bila MO ke MA aku pun tak pasti jawatan2 kat hospital ni nak ambik darah dia, 1st try kat tangan dia. Aisy kental sungguh, tak nangis pun bila jarum tu dah masuk dalam tangan di tolak ke kiri ke kanan, ke kiri ke kanan sampai tak terkira la aku tengok Mo tu buat tapi darah tak keluar juga. Ni confirm tak jumpa cari salur darah.

Tukar pulak ke lengan. Kali ni dah tak tahan sangat dah agaknya, langsung menangis. Mujur sangat la dia tak meronta atau lari cuma menangis je. huhuhu... kesian kat dia. Akhirnya, bila result keluar semuanya negatif. Platlet darah dia pun 200 doc cakap, cuma doc bimbang jugak sebab sudah lima hari kan demam. Doc cakap kalau demam jugak dalam dua hari ni, kena datang semula hospital.

Tapi anak2 aku ni memang kena bawa ke klinik atau hospital, baru la sembuh agaknya. Diorang ni suka sangat agaknya bila dapat jumpa doctor. Semoga besar nanti korang je la jadi doctor, mama pun senang sikit. Tak payah bersusah payah ke hospital.

Wednesday, April 1, 2015

Hatiku Di Krabi

Ok..ni cerita hari Isnin hari tapi baru je nak update kat blog..

Telemovie di TV9 ni mengisahkan Alfi (Hisham Hamid) yang terbang ke Krabi untuk melupakan peristiwa pahit apabila kehilangan tunangnya dalam sebuah kemalangan dan berusaha untuk meneruskan projek fotografinya. Tetapi, semuanya bertukar apabila dia bertemu seorang gadis Thailand yang serupa dengan tunangnya, lakonan Liyana Jasmay.

Tengok cerita ni best la jugak tapi kat entry ni bukan aku nak update pasal cerita tapi yang kelakarnya tiba-tiba ada orang bersuara,

" Bestnya Krabi ni. Jom kita pergi berdua je nak?"...

Fuyoo...1st time tau Rizal mempunyai impian untuk bercuti tu...selalunya kalau ajak dia pergi mana2, bukan main susah lagi.

Tapi sebab terpesona dengan kecantikan pantai Krabi, dia bercita-cita nak bawa aku ke sana tapi kalau berdua tu tak tahu la bila. Ye la, kalau bawa anak2 yang masih kecik ni dah jadi tak tenteram dan penat je dapat. Bukan boleh bertenang.

Tapi aku ada masalah sikit bab nak tinggalkan anak2 ni. Dalam hidup aku tak pernah dalam sejarah dengan sengaja sebab nak syok2 sendiri tapi meninggalkan anak. Huhuhu...nanti hidup aku lagi tak tenteram bila teringat kat anak..

Dear Husband,
Kita tunggu la mereka besar sikit dan pandai bawa diri baru la kita pergi tempat yang bertenang2 ni. Sekarang tempat paling sesuai adalah semua playland & playground. Hahaha....  

Kereta Mainan

Aku suka kumpul kereta mainan yang hanya boleh di dapati di stesen minyak dan juga yang dapat percuma je. Kalau kata sangat-sangat suka mesti aku mempunyai semua koleksi kereta mainan. Sanggup beli tak kira harga berapa.

Tapi yang ni sebab saje suka-suka sebab tengok sangat cantik, kualiti, dan boleh beli dengan harga yang sangat murah.

First aku punya collection adalah set Ferrari yang aku kumpul dulu bila isi minyak. Boleh beli dengan harga RM 6.90 tak silap aku kalau isi minyak Rm 30.00 ke atas. Kereta ni semua sekali ada 6, yang warna merah tu ada tiga tapi yang satu tu ntah ke mana. Ni semua anak-anak punya pasal. Kalau belum ada anak, semua ni masih rapi dalam kotak. Ini pun ada yang tayar dia dah tak ada langsung dan juga yang getah tayar dia dah tercabut dan aku tak reti nak pasang semula.


Yang MILO punya lori ni pulak 2nd collection aku. Yang ni dapat free je bila redeem barkod minuman MILO tak kisah la dalam bentuk apa pun. Sanggup aku minum milo banyak2, tapi tak sempat nak collect semua sebab point dia nak banyak jugak la untuk dapatkan satu lori ni. Lepas tu dia ada period tu untuk redeem satu2 jenis lori ni. 


Lori ni datang dengan set lengkap dalam kotak plastik yang boleh kita display je atas almari. Tapi dapat kat anak aku, kotak display ntah ke mana, yang tinggal tapak dia pun just dua je. Yang lagi satu ntah ke mana. Itu pun lori yang 1950's tu tutup tong Milo warna hitam dia ntah ke mana. Dahsyat kan anak-anak aku ni.



Semua gambar ni abang aku punya collection. Yang aku punya masih di dalam plastik tak dibuka lagi tapi dua kereta termasuk yang jenis ni dah hilang. Huhuhu...

Yang koleksi Lego dari Shell ni memang aku beli saje2 sebab dah tak pakai minyak Shell sejak adanya Ron95. Sebab dia comel sangat, aku pun beli. Lagi pun waktu tu, brother kat Shell Gombak MRR2 sebelah Petronas tu bagi beli je walaupun kita tak isi minyak. Tu yang aku pulun beli semua ni. Ini pun dua anak aku dah hilangkan waktu Amsyar masuk hospital last year. diorang main kat rumah mak, bukan setakat yang aku, yang c.de dia punya skali hilang.


Latest collection dari Petron lima biji kereta Porsche ni aku beli di Kelantan. Giler murah, RM 10.00 je satu kereta ni. Itu pun Petron yang area Chabang Empat tu je la, Petron lain semua harga lebih sikit. 

Kereta ni bukan setakat boleh bergerak, tapi boleh jugak dengar bunyi-bunyian (alarm & hon). Murah kan!!!Tapi siapa yang nak pergi beli kat Petron tu rasanya dah tak ada kot...hehehe...