Wednesday, February 25, 2015

Kelantan Again

Chinese New Year hari tu walaupun tahu semua tempat penuh sesak dengan kenderaan di atas jalan raya, tapi ambil risiko juga nak balik ke Kelantan.

Pulang kali ni lebih kepada nak tengok kesan banjir besar yang lepas dan juga sebab cousin aku kahwin ngan orang sana. Kalau cousin yang tak rapat ni, kita abaikan je la sebab tak sanggup ooo nak harung jam dengan bawa anak kecik ni.

Kami bertolak dari rumah mak pukul 10.00 pagi hari Khamis tu. Adik aku gerak pukul 4.30 am lagi, tapi sebab driver aku kata dia nak tidur, kami gerak 'lepas Subuh' je la. hehehe..lepas subuh pukul 10.00 tu dah macam nak masuk tengahari dah pun.

Dalam pukul 7.30 am adik telefon kata baru ada kat Kechau..aku dengan rasa nak ketawa terkekek-kekek sebab diorang gerak awal nak elak jam. Tapi jam juga rupanya. Sepatutnya dalam dua jam dah sampai Kechau kalau tak jam. Kami pernah gerak pukul 4.00 am dan sampai Petronas tu Subuh pun belum masuk waktu lagi.

Takut terperangkap dan merangkak dalam jam di Pintu Padang menghala ke Kuala Lipis, aku ajak Rizal lalu ikut jalan alternatif. Punya la aku confident giler jalan tu sampai Kechau, rupanya sampai Benta je. Langsung Rizal kata cakap aku tak boleh pakai. Hehehe..aku ingat2 lupa. Rasa macam jalan tu tembus ke Felda Kechau terus keluar kat simpang yang ada Petronas tu. Rupanya Petronas Benta jalan tu keluar...ketuk kepala sendiri.

Rasa rilek je bila laluan utama ke Kuala Lipis tak jam pun. Menyesal ikut jalan dalam sebab jauh sikit kan. Dekat satu jam juga baru sampai Benta. Tapi bila kami dah menghampiri Petronas Kechau tu, jalan dah start jam. Merangkak je la kereta2 yang ada sampailah ke 'bukit tujuh'. Kami panggil sebab ada tujuh bukit kena daki. Bila dah start masuk highway baru tu, dah laju dah sikit.

Cuma bila masuk ke sempadan negeri Kelantan, perjalanan kami merangkak-rangkak je. Nasib baik juga Amsyar banyak tidur je. Dia baru je baik demam pagi tu, walaupun semalamnya badan dia ada sikit2 panas demam. Perkara-perkara macam ni lah buat aku malas nak pergi Kelantan. Kesian kat dia, dengan hadap perangai Aisy yang tak nak pergi sebab duduk homestay pulak kali ni.

Perjalanan kami ambil masa hampir 10 jam, sebenarnya 9 jam setengah je baru la kami sampai ke Chabang Empat, Tumpat. Dengan 3 kali berhenti sebab aku la lupa nak sembahyang jamak qasar je. 

Tau la nak berhenti dalam keadaan jam ni rasa macam susah sangat. Walaupun masjid tu bersepah2 di tepi jalan bila dah masuk Kelantan, tapi aku rasa masjid2 yang dibina ni tak mesra pengguna wanita langsung. 

Mesti toilet wanita jauh bedengung dari tempat sembahyang. Macam masjid 1st yang aku singgah lepas sikit dari Lata Rek tu, tempat air sembahyang sama dengan toilet. So, kena jalan jauh. Buatnya jenis terkentut2 bila berjalan, bila la boleh sembahyang ye dak. 

Lagi satu, macam kat masjid Ketereh tu pulak, jauh tu satu hal, tak ada air la pulak. Kena la menunggu giliran walaupun nak ambik air sembahyang. Tu yang kadang jamak dan qasar adalah sangat penting bila berjalan dalam perjalanan jauh dan juga dalam jam. Kena tengok tempat jugak kot...

Tinggal cerita tu, aku nak cerita tentang banjir la pulak. Walaupun sudah hampir dua bulan berlalu, namun kesan dia masih ada. Rumah-rumah yang musnah yang kita tengok dalam tv terutama majalah 3 hari tu, masih dalam keadaan yang sama. 

Tak berubah langsung..tak de la kata nak bersihkan tapak rumah ke. Tapi ada jugak aku tengok rumah yang rosak macam bumbung tu, dah pun digantikan dengan bumbung baru. Ada juga rumah yang sudah dibersihkan. Ntah la nak cakap macamana. Tapi pada aku la kan, kita mesti nak cepat2 bersihkan segala yang sampah sarap kan. 

Macam rumah mak aku yang terbakar tu. On the spot buang semua barang yang musnah, gotong royong pasang atap baru pinjam dari orang kampung sebab hardware tak buka. Selang satu hari terus upah orang pasang atap baru, buang kayu terbakar, repair wiring, buat table top...segera buat supaya tak de la kita ni semak je tengok rumah tu kan. 

Tak pe la..kita berfikiran positif saje la dengan apa yang aku nampak tu dengan andaian 'mereka trauma'. Tapi mau tak trauma, dari kesan aku nampak...subhanallah. Betul2 macam tsunami  daratan sebab air tu boleh naik setinggi pokok. 

Ada juga kesan2 di tepi jalan raya, maknanya jalan tu pun terputus hubungan. Sungai2 semuanya jadi sangat lebar dan luas sebab kiri kanan tebing sudah terhakis kesan air bah yang besar. Air sungai yang mengalir hari ini adalah sangat tenang, jernih dan dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Ada sesetengah tempat yang kami lalu jalan penuh dengan debu. So, tak berani nak berhenti makan or beli air. Kami ke Kelantan baru ni pun dengan membawa bekalan air mineral untuk diminum. Makanan pun makan yang masak di rumah makcik aku dan beli kat kedai yang biasa kami makan je.

Perjalanan 10 jam tu sebenarnya banyak jam bila sampai tempat2 yang musnah akibat banjir je. Mungkin banyak kereta luar yang 1st time sampai Kelantan selepas banjir. Macam kami jugak la... 

Lagi satu sikap pemandu yang buat jalan sangat2 jam. Memang pemandu2 kat Malaysia ni ramai yang tak sabar kan. Ada je ruang mana pun tak kesah la, janji diri sendiri lepas. Rizal mula sabar lagi dan aku tak pernah tengok dia sesabar itu sebab tak main cilok2 bila jam. Jalan straight je...tapi bila sampai Kuala Krai, kami stuck sampai satu jam lebih tak bergerak kat simpang tiga bandar tu. Terus dia panas hati. Bila lepas je simpang tu, dia dah start ikut lorong2 tepi ikut 'tikus-tikus' yang ada. Tak kesah dah walau pun lalu atas jalan yang tak berturap tu. Dan mungkin juga sebab jalan tikus tu kami sampai 9 jam lebih tapi cousin2 aku sampai setelah betul2 10 jam..

Next entry baru update tentang cousin yang kahwin tu. Hari ni punya cerita pun dah panjang

No comments:

Post a Comment