Thursday, February 26, 2015

Cousin Wedding

Tahniah buat cousin aku Ahmad Saiful Bahktiar & Zulhazlin yang telah selamat diijab kabulkan pada hari Jumaat 20 Februari 2015.

Seawal lepas Subuh kami semua bersiap disebabkan katanya pukul 9.00 am perlu ada di masjid di Lubok Jong, Pasir Mas. Lagi pun kami perlu menghadiri undangan tuan rumah homestay kami duduk untuk bersarapan di rumahnya.

Hahaha..kami semua malu tau..pukul 7.00 am kami dah siap ada kat luar dah. Nak breakfast kat luar je tapi mak beria-ia je ajak kami pergi. Malu la kan..pagi2 buta gegar pintu rumah orang nak pergi breakfast. Sudahnya lepas bertolak2, mak pergi dengan menantu yang seorang itu. Siapa lagi kalau bukan Rizal..hehehe..bagus laki aku ni..dengar cakap mak mertua, tapi anak2 dia semua keras kepala tunggu depan homestay. 

Ada green light baru pergi...Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan di cari. Baru je selesai breakfast bee hon goreng, tuan rumah angkat nasi kerabu pulak. Sambung lagi makan. Tapi aku makan sikit je sebab ada anak ni kan makan pun tak tenteram, air pun tak minum.

Kami sampai di masjid lambat sikit la tapi rupanya jurunukah pun tak sampai lagi. Lama la kami kat sana. Berpeluh jugak ketiak menunggu kat luar masjid. Tak ramai yang pergi, cuma adik beradik sepupu aku je, kecuali kami yang status sepupu. Muka kami memang tak malu.

Dengan dua kali lafaz, mereka selamat dah jadi suami isteri. Kelakar rasanya, dulu kami kecik2, remaja2, bujang2, sekarang kebanyakannya kami dah naik pangkat selain dari naik berat badan dah jadi ibu bapa lak.





Bukan kelek hand bag dah tapi kelek anak dan bergaya dengan beg susu. Itu pun kalau nak bergaya, dapat kat aku langsung tak bawa beg, tak bawa dompet, tak pakai barang kemas, tak belit2 tudung. Yang kelek dari tahun 2010 sampai hari ni tiga beg tu je la, aisy, amni & amsyar. Sampai masanya sudah perlu berhenti bawa 'beg' ni.

Selepas upacara batal air sembahyang, photoshoot kami dibelanjakan dengan jamuan makan tengahari. Again, tak makan sangat sebab anak2 tak makan sangat. Diorang sibuk nak berjalan ke Pangkalan Kubor.

Aktiviti kami hari tu tak ke mana-mana pun, ke Pangkalan Kubor pun tak shopping mana sebab tahu barang mahal. Saje memenuhi tuntutan Aisy je. Balik rumah, rehat2 plan nak Pantai Irama, Bachok. Jalan nak ke sana jam sangat2, kami terperangkap di area Kubang Kerian tu hampir satu jam lebih. Sudahnya patah balik je.

Sebab tak makan apa2, perut dah masuk angin campur tak boleh tidur malam tadi..aku dah malas nak joint barbeque di rumah makcik aku. Tapi sebab Aisy nak jugak pergi, aku pergi jugaklah. Tak lama, sekadar hadir, tunjuk muka, borak2, makan pun dah hilang selera pastu terus balik.

Majlis persandingan cousin aku (gambar baju purple tu) esok harinya kami tak pergi pun sebab dia buat sebelah petang lepas Zohor. Kami gerak lepas breakfast, 10 jm perjalanan juga waktu balik tu. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah mak. Penat woooi..dah tak nak dah balik Kelantan kalau cuti panjang macam ni.

 

No comments:

Post a Comment