Saturday, February 28, 2015

Hotel Rosa Passadena , Cameron Highland

Kebiasaannya kami naik ke Cameron Highland tidak bermalam sebab jarak yang dekat untuk turun semula untuk kembali ke rumah mak dan juga Cameron Highland bukanlah tempat yang sangat luas sehinggakan perlu bermalam untuk melawati kesemua tempat di sana. Di tambah pula dengan dengan faktor acapkali ke sana.

Namun tidak untuk kali ini, disebabkan adik aku yang kerja gov tu ada seminar di sana dan aktiviti dia bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir malam, dia terpaksa menginap di sana bagi memudahkan pergerakan ke seminar.

Dengan kos peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan mengikut gred pekerjaan dia plus duit dia sendiri, dia booking satu family suite di Rossa Passadena untuk dua malam. Merasa la kami semua bermalam di Cameron Highland untuk percutian tak ada dalam perancangan tahun ni.

Kali ni entry review hotel je sebab Cameron Highland tu dah banyak kali pergi. Anak dara aku yang dua orang tu pun dah 3 kali jejak Cameron walaupun umur baru 5 tahun kalau nak banding dengan aku yang umur dah 33 tahun tapi baru 4 kali jejak. Boleh dibandingkan di situ anak-anak zaman sekarang dengan zaman aku kecik2 dulu.

Hotel ni aku rasa kalau korang google image bilik dia memang nampak macam lama dengan cadar yang bunga2 tu kan. Tapi sekarang dah tukar baru semua bagi nampak moden sesuai dengan three star dia kan.



TV dia pun flat skrin yang baru dan besar dalam 40 inc. Bab channel yang ada aku tak pasti sebab kami tak tengok tv sangat pun. Setakat layan TV3 je sebab kat rumah pun tu je tv yang sentiasa terpasang. Yang lain punya channel jarang tengok.


Bilik dia full carpet tapi tak de la bau yang kurang menyenangkan menusuk ke hidung dan keseluruhan bilik bersih je. Sebab hotel ni kat Cameron, bilik memang tak ada aircond langsung, kipas pun nan ado. Tapi ko memang akan rasa sejuk je macam dok dalam aircond suhu 16C. 


Boleh juga suhu lebih sejuk dari tu bila dah start masuk waktu Maghrib dan menyebabkan kegigilan yang melampau. Tapi anak aku rilek je tidur tanpa selimut macam tidur kat rumah. Mak dia pun sama tapi tak kisah la sebab lemak mak dia banyak, yang peliknya budak kenit Amsyar pun boleh rilek je tidur sejuk2.

Family suite ni ada tiga katil, dua katil single dan satu katil double. Memang selesa untuk 4 dewasa, tapi kami pergi 5 dewasa. 4 tidur atas katil, aku dengan anak-anak tidur bawah sebab anak2 memang tidur lasak. Aisy & Amni boleh je tidur atas katil, tapi diorang memang akan tidur kat mana aku tidur. Kalau aku tidur dalam bilik air pun, Amni & Amsyar tu boleh je pergi tidur dalam bilik air sama kalau tersedar tengah malam tengok aku tak ada sebelah diorang. Kes nak berkepit celah ketiak mak anak2 aku ni.

Bilik air pulak lengkap dengan sinki, toilet bowl yang ada water hose, bath tub & shower. Rasa tak cuak kalau nak melepaskan hajat besar atau kecik sebab kita kan orang Islam yang sentiasa menjaga kesucian dalam berhadas ye dak. Buatnya tak de hose, dah satu hal nak mencuci dengan apa tak tahu. Takkan dengan tisu je kan. 


Itu pun kesian kat mak sebab shower dia kan dalam bath tub, mak aku takkan nak panjat bath tub tu untuk mandi, licin pulak tu. Hari 1st tu dia tadah je la air sinki buat mandi, 2nd day baru berani masuk dalam bath tub tu guna shower. Air tak payah cakap la, memang sangat2 sejuk you all. Memang sentiasa kena guna air panas tapi untuk toilet tu tak ada air panas. Merasa la kau basuh buntot guna air sejuk je. Air kat Cameron ni memang sangat sejuk, kalau pergi masjid dia pun sama. Nak ambik air sembahyang kena tenangkan fikiran dulu sebab air dia sangat2 sejuk.

Budak2 memang suka sangat kalau hotel ada bath tub ni. Kerja diorang mandi je tanpa henti tak kira la sejuk atau panas cuaca kat luar sana. Kalau yang dua anak dara tu tak kisah sangat lagi, ni tambah dengan budak kecik Amsyar joint kakak dia mandi.

Wifi memang ada disediakan tapi sangat2 not working. Terlalu ramai yang guna atau sebab apa aku pun tak tahu. Langsung tak boleh layan wifi kat hotel ni, kalau nak layan jugak pergi la kedai mamak. Sebab tu anak2 lebih layan bath tub dari wifi. Kalau refer list aku attach tu, wifi bukan free tapi tak de la pulak kena charge bila pakai. Mungkin kalau nak speed laju kena bayar la kan, yang free itu adalah slow dan kemungkinan juga hanya munggunakan internet yang hotlink sediakan secara percuma tu.

Breakfast di cafe sudah termasuk dengan harga bilik, so kita pergi saje lah breakfast. Breakfast punya menu macam sama je la dengan mana-mana hotel. Tak ada yang istimewa dan tak ada yang kurang. Layankan aje la nak makan apa yang selera di tekak untuk awal pagi, janji perut tak kosong untuk mulakan hari. 

Itu aje la apa yang aku nak update pasal cerita di Cameron kali ni sebab tak ada apa sangat di cameron kecuali cerita kebun strawberi yang semua tempat kiri kanan depan belakang, pemilik kaum Melayu, Cina dan India. Mungkin kalau rajin aku update kisah apa yang di borong di Cameron untuk kunjungan kali ni.  


Friday, February 27, 2015

Sanrio Hello Kitty Town

Mood tengah rajin nak update blog. Sangat banyak cerita yang dalam draf je dan sekarang tiba masa mengarang ayat pulak.

Biasa la, kalau cuti lama-lama ni mana boleh lepak rumah diam-diam tak habiskan duit kan! Itu aku lah..walaupun tak ada duit, kaki tetap nak melangkah keluar.

Cuti Thaipusam hari tu kami tinggalkan kotaraya KL ni menuju ke Selatan tanah air. Ke mana lagi kalau tak ke Pasir Gudang rumah abang aku untuk tempat penginapan.

Kami bertolak hari Jumaat malam lepas Maghrib dan selamat sampai di Johor Bahru dalam pukul 1.30 pagi rasanya. Slow je adik aku bawa kereta sebab cuaca tak mengizinkan. Dengan hujan lebat, dengan highway Plus yang tengah upgrade jadi 8 lane tu...so jalan sangat jam lepas keluar Tol Sungai Buloh.

Nak jadi cerita pulak, bila sampai rumah abang, dia tertidur waktu tengah tunggu kami sampai. Kebetulan dia kerja syif malam sebenarnya, dia pun baru je sampai rumah dia. Dia punya tertidur tu sampai telefon pun tak dengar, tekan loceng pun tak dengar, bagi salam pun tak dengar. 

Sebab tak nak ganggu jiran2 dia tidur, aku panjat pagar rumah dia tau. Hehehe..itu biasa bagi aku sebenarnya bab memanjat ni. Bila ketuk tingkap rumah baru dia bangun, itu pun sebab dia tertidur kat tingkap. 

Nak jadi cerita juga, langsung anak aku Amni jadi habit pulak panjat pintu gril sekarang. Bila tanya, "kenapa panjat?", jawapan dia, "Amni nak panjat macam mama." Boleh macam tu????

Eh...panjang lebar pulak mukadimah kali ni. Balik semula pada cerita asal tentang tajuk entry.

Awal pagi Sabtu tu kami bersiap kononnya nak keluar pukul 8.00 pagi. Sudahnya pukul 10.00 pagi baru gerak tau. Kami sampai Puteri Harbour tu dalam pukul 10.30 jugak la...

Waktu kami sampai, orang tak ramai pun lagi. Boleh kata tak ada orang sangat la..boleh kira dan tak payah beratur untuk beli tiket. Kami cuma masuk Hello Kitty Town sahaja sebab macam tak berminat sangat nak masuk The Little Big Club tu.

Harga tiket masuk untuk warganegara Malaysia cuma RM 55.00. Kanak-kanak berumur 3 tahun 1 hari ke atas dan dewasa sama je. Kalau bukan warganegara harga tiket ialah RM 75.00.

Sanrio Hello Kitty Town ni ada dua level, level bawah (GF) ni bila tolak je pintu masuk tu first mesti jumpa cafe dia dulu. Nama cafe tu Red Bow Cafe. Sangat cute tau cafe tu sebab meja dia semua gambar Hello Kitty. Sebelah kanan dari cafe tu tempat jual tiket masuk. Silalah beratur kalau ramai orang ye..

Bila dah beli tiket, sila toleh ke belakang berhampiran escalator tu ada orang jaga nak letak kan gelang kat tangan untuk pas masuk. Bila dah siap pakai gelang tangan tu, naik lah ada ke atas tingkat 1 untuk masuk ke Hello Kitty Town.



Dalam Hello Kitty Town ni start dari pintu masuk aku mulakan dari sebelah kiri aku la kan. 1st akan jumpa Tea Cup Rides, Dream Photo Graden, Hello Kitty House, Friendship Land, Black Wonder (belakang sekali),(kanan) Cinnamoroll Cafe, Purfect Stage, Wishful Studio.


Tea Cup Rides.
Ala...ni yang macam biasa mana-mana tempat permainan pun ada binatang yang pusing2 ni. Cuma sebab dia berada dalam Hello Kitty Town, maka cawan dia berwajah Hello Kitty. Tapi yang ni bila naik pening tau. Dia tak pusing cup tu tapi macam dia pusing semua cup tu dalam satu bulatan. Macam kita berdiri dan pusingkan badan kita sampai jadi pening tu. Tak naik pun tak pe..tak best.



Dream Photo Garden.
Kat photo booth ni boleh jumpa 4 maskot geng Hello Kitty. Diorang ni tak la keluar 4 ekor sekali, kena rujuk jadual dia keluar bila. Masa aku pergi tu first dia keluar My Melody, pastu Bad Badtz-Maru dan last skali jumpa Hello Kitty & Dear Daniel.


Kitty House.
Kitty House ni lengkap sebuah rumah punya deco yang mana rumah ni dimiliki ole Hello Kitty & her sister Mimmy. Sebab tu ada dua bilik tidur tau. First bila masuk je entrance tu, kita masuk living hall dia dulu yang ada sofa merah yang cantik tu. Lepas living hall, masuk lak part living hall kedua la kot yang ada almari bentuk Hello Kitty and piano.








Bilik seterusnya pulak diorang tempatkan kitchen and semua barang dia bergambar Hello Kitty. Sangat cantik ok. Bilik air dia jugak, sampaikan bath tub dia bentuk kepala Hello Kitty kau.








Sampai kat bilik dia pulak. Tapi yang ni aku tak pasti bilik Hello Kitty dulu ke atau bilik si Mimmy. Sama je diorang punya katil design, almari solek, baju dan katil dia sangat unik ok...lepas tu dah habis la..boleh keluar dah dari rumah tu. Nak masuk lagi, masuk je la. Boleh 20x masuk sehingga pukul 6.00 petang kalau korang rasa tak puas hati bergambar dalam rumah tu.














Friendship Land
Tempat ni anak2 aku suka la. Main ball yang banyak, kutip bola2 tu then isi dalam beg lepas tu ikut suka nak letak kat mana. Banyak tempat boleh masukkan ball tu. Dan bila dah banyak, tekan button bola tu akan melompat keluar atau dijatuhkan dari atas. Ikut suka la nak main macamana pun. Yang penting kalau ada anak macam Amsyar, sangat suka sebab boleh merangkak dengan bebas di situ.



Black Wonder.
Ni salah satu tempat yang aku tak masuk sebab layankan anak-anak yang asyik sangat nak main kat Friendship Land tu. Setakat info yang ada, siapa yang masuk ke situ kena buat tugasan untuk selamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel dari di kidnap oleh Kuromi. Lepas tu akan dapat satu sijil kalau berjaya.




Cinnamoroll Cafe
Cafe biasa yang ada jual puff, sandwich, ice cream, air & etc. Tak ramai orang pun kat cafe ni sebab tak menarik pun makanan dia. Aku pun just layankan anak nak ice cream je kat sini.

Purfect Stage.
Kat stage ni akan dua mini show setiap hari. Jadual show refer balik ke diorang punya website. Yang aku boleh bagi info kat sini dua show tu nama dia Hello Kitty Starlight (Sing-A-Long) dan Hello Kitty Heartful (Journey)



Kitaorang kan pergi kira weekend, so dalam pukul 12.30 tengahari tu ada show Hello Kitty Starlight (Sing A Long). Best show dia..kisah tentang hello kitty jadi pop star gitew. Budak2 suka la sebab boleh ikut Hello Kitty tu menari.

Wishful Studio.
Ok..nak info ye tentang wishful studio ni bagi yang berminat nak masuk. Wishful Studio ni ada dua section, satu yang buat biskut dan satu lagi aku rasa yang buat gelang kot untuk souvenirs korang yang pergi sana la kan.


Kalau korang pergi Hello Kitty Town ni pagi la kan, tengok orang tak ramai...better pergi lah beratur atau masuk terus ke Wishfull Studio ni dulu. Pilih la section mana nak masuk sebab kalau korang nak masuk part ni last sekali macam kami. Punah lah harapan sebab kena beratur lama sebab kat dalam studio ni ada limit berapa pax je boleh masuk. Bila satu group dah masuk, kita kena menunggu orang tu keluar dalam setengah jam juga untuk satu batch.


Macam kami, tunggu jugak lah kat section yang buat biskut tu kan. Dalam tu 1st dia akan ajar kita untuk hias cookies bentuk hello kitty tu. Dia bagi chocolate topping, chocolate rice untuk hias cookies tu. Setiap orang akan dapat satu cookies. Cookies tu boleh makan kat sana atau pun bungkus bawa balik.







Lepas buat cookies, main play doh pulak guna mould gambar Hello Kitty. Buat la berapa yang dia dah bagi tu pastu pack dalam bekas yang dia dah bagi. Boleh bawa balik sebagai kenangan. Tapi anak aku dah canaikan kepala Hello Kitty tu bila dah sampai KL.

Oooohhhh...sungguh penat ok berada di dalam Hello Kitty Town tu. Tiba masa untuk balik dah. Sebelum balik sebab pintu exit tu dalam kedai souvenirs kan, kita pun beli la fridge magnet sebagai kenangan dan bukti yang kita dah pergi Hello Kitty Town. Walaupun Little Big Club tak masuk pun, kita beli jugak fridge magnet dia. 

Kebetulan lagi, ada karnival apa ntah kat kawasan tu..lalu boleh la kami berjumpa dengan maskot Upin & ipin. Susah payah ke Putrajaya dan bersesak2, berpanas2 tapi tak boleh nampak pun. Kat sini siap boleh salam2, bergambar, jawab kuiz, dapat hadiah lagi. 

Secara keseluruhannya untuk Hello Kitty Town, aku bagi 8/10. Compare Lego Land, aku prefer Hello Kitty Town lagi baik. Ada kesempatan lain kali kami masuk Little Big Club pulak.