Tuesday, December 29, 2015

Lego : Super Heroes

Kepada peminat-peminat super heroes dan lego, boleh dapatkan hero-hero anda di sini ye.

Whatssapp : 0133838022
FB : Ell Naqi


Code : D7105  RM65.00


Code : SY360B  RM40.00

Code : SY360A  RM 40.00

Code : SY357  RM 50.00

Code : SY305  RM 65.00  


Code : B98044  RM 55.00

1 = RM 5.00  / 6 = RM 24.00

RM 45.00 / set

1 = RM 5.00 / 8 = RM 32.00

1 = RM 5.00 / 8 = RM 32.00
 

Lego : Space Wars

Ada yang berminat dengan Lego Space Wars ni tak? Kalau berminat boleh whatsApp kat no ni:

Naqi : 0193838022
Fb : Ell Naqi

Whatsapps tau..jangan pm..nanti lambat reply

Harga tidak termasuk dengan kos pos ye. Mungkin juga boleh COD, bergantung kepada kawasan.
 

Code : SY219C    RM 15.00  


Code : SY219B  RM 15.00

Code : SY219A  RM 15.00

Code : SY310  RM 45.00

Code : SY311  RM 20.00

Code : SY312  RM 45.00

Code SY309  RM 45.00

Thursday, December 24, 2015

Litar dan Rumah Untuk Ditonton je...

Entry kali ni nak cerita tentang kerja mengarut yang abang aku buat ni. Pada kita yang yang obses benda-benda macam ni memang kita kata mengarut, tapi kalau pada yang sangat obses pada benda-benda alah ni, mesti sangat teruja kan.

Tara...kini aku persembahkan...








Ni litar yang dia buat atas tempahan kawan-kawan dia. Kat rumah dia pun ada satu untuk tempat anak-anak dia main. Tu yang anak aku tak kisah pun lepak rumah je waktu pergi Johor hari tu.

Pastu yang latest pulak model2 rumah ni.






Dan mak aku pulak teringin nak suruh abang aku buat Masjid Nabawi..siap nak suruh abang aku buat yang payung yang boleh buka sendiri tu...

Aku pula ingat nak mintak tolong abang aku buatkan rak letak kereta macam rumah dia tu.


Rumah abang aku semuanya hero-hero, tu yang macam macam jenis lori, kereta semua ada. Kalau tengok gambar litar yang dia buat tu, tu semua kereta koleksi dia. Ada yang dia bagi anak dia main, tapi ada yang dia tak bagi. Ada yang siap order dari Jepun lagi.

Pada yang berminat dan obses benda2 alah ni, boleh la cari abang aku ni kat fb dia : Ell Naqi

Wednesday, December 23, 2015

Jalan Jalan Ke Johor

Cuti-cuti sekolah ni kalau tak berjalan nanti kesian kat anak-anak. Tapi aku memang malas nak berjalan sebab dua anak dara tu sungguh kurang baik tingkah lakunya. So, aku ingat biar kan mereka dengan hukuman tidak pergi mana-mana. Bila ada mak sedara yang sangat penyayang ni susah jugak, kita baru nak bagi hukuman, diorang dah ajak pergi bercuti...so, kita layankan aje.

Destinasi cuti sekolah kami hanya ke Johor (Pasir Gudang) rumah abang aku. Lagi pun anak-anak aku dah lama sangat tak jumpa cousin diorang. Setiap kali abang aku balik rumah mak, anak-anak aku kena sakit berjangkit, tu yang mereka tak jumpa.

Hari jumaat lepas, selesai solat Maghrib kami bertolak ke Johor. Sepanjang jalan hujan je tapi sampai je di sempadan Johor, hujan dah berhenti. Alhamdulillah..sikit bimbang kalau berjalan dalam cuaca hujan. Kali ni Rizal tak ikut juga sebab dia kurang berminat pergi ke tempat sama tanpa tujuan.

Kami sampai di Pasir Gudang dalam pukul 1.00 pagi macam tu. Kali ni tak perlu panjat pagar macam hari tu sebab abang aku masih belum tidur. Kali ni kami semua tidur kat bawah je. Maklum la,..anak bujang hamba sudah pandai panjat tangga..nanti dia turun naik tangga.

Kali ni pergi Johor tak ada destinasi nak tuju sebab dua tempat yang yang best tu kami dah pergi. Tak suka nak ulang banyak kali pergi sebab Legoland & Hello Kitty tu tak la best mana pun.

Keluar ke Larkin sekejap untuk membungkus kacang pool yang femes tu. Dulu makan di stesen bas je kedai dia, tapi kali ni kedai dia dah berpindah berhampiran dengan balai bomba.

Jangan tanya aku details sebab aku kurang pasti nama kedai dia dan juga lokasi sebenar walaupun aku pernah tinggal kat sana 4 tahun dan setahun sekali ada pergi ke sana. Betapa teruknya la aku ni..nasib baik aku masih ingat jalan nak balik kampung. Kalau tak, ada yang kepala kena pelangkung.

Petang selepas Asar kami ke Jusco Bukit Indah tapi sekejap je sebab tak ada benda hendak dicari. KL kan banyak Jusco jugak. Cuma layankan budak-budak ni main kat luar yang banyak sangat slide tu. Jusco ni besar sangat sampai tak tahu kat belah mana sebenarnya Jusco dia sebab terlalu banyak outlet dalam tu.

Lepas Maghrib kami ke Senibung. Oh..tempat jatuh lagi dikenang. Ini kan pula tempat bercinta..bercinta la sangat..bukan aku yang bercinta tapi sebab member yang bercinta, kami ni kawan-kawan tumpang makan sekali. Hihihi..itu dulu waktu aku belajar. Aku bukan tahu pun kat mana ntah jalan nak ke Senibung ni.

Yang aku ingat, tempat dia tersorok, makan mengadap laut boleh tengok lampu-lampu bangunan kat Singapura. Kedai-kedai pun ala-ala pakai daun nipah je.

Rupa-rupanya Senibung ni dekat je dengan Pasir Gudang, yang aku perasan ada Jusco belah kiri, Senibung ni ke kanan. Masih tersorok macam dulu tapi orang terlalu ramai. Tempat makan pun makin banyak. Siap ada dereta bangsal orang menjual macam pasar malam lagi.

Kami tak makan kat sana pun sebab anak-anak dah tidur kepenatan. Penat bermain satu hari, dengan hujan lebat pulak tu kat luar. Kami tunggu dalam kereta je sementara abang aku bungkus makan kat rumah je la. 

Sampai rumah tak sabar nak makan tapi rasa makanannya sangat menghampakan. Semua tak sedap, dari Tomyam, ikan siakap 3 rasa, sotong celup tepung, kailan dan kupang. Kalau masak sendiri lagi sedap tau.

Pagi terakhir di Johor, kami masak je untuk breakfast. Makan lebih sedap dari yang beli malam tadi. Sambal udang makan dengan nasi putih, telur dadar, sayur bayam dan ikan bawal. Makan dua kali tambah semua.

Seperti biasa, balik mesti singgah Ayer Itam. Aku cuma beli kerepek je sebab tak ada apa nak di cari. Cuma biasa la bila bawa anak-anak ni, ada je mainan diorang nak. Belikan Tobot yang harga RM10 tu satu seorang. 

Sampai kat kereta Aisy mengamuk nak dua (biru & orange) sebab dia tak jumpa Robocar Poli punya headquarter station tu. Amni kata dia punya dua2 sebab dia yang bawa. Supaya tak bergaduh, aku belikan lagi dua dan habis RM38 untuk 4 Tobot tu. 

Sudahnya bila sampai KL, Tobot tu dicampak je, ada di bawah sofa. Aku pun malas nak ambik, nanti kalau tengok sakit hati sebab bergaduh sampai menangis-nangis, tapi bila dah beli dicampak-campak je. Geram kan!

Perjalanan kami dari Pasir Gudang dan sampai ke KL hari tu ambil masa 10 jam tau sebab hujan sepanjang jalan start dari Ayer Itam. Tau la kalau travel dengan anak-anak ni, macam-macam ragam kalau dah lama sangat.

Percutian kali ni ke Johor tak kemana-mana sebab kat rumah abang aku lebih dari seronok budak-budak ni bermain. Maklum la..rumah banyak mainan..siap ada litar lagi.. 


Monday, November 30, 2015

Little Ihtifal Genius Aulad 2015

Biasa la hujung-hujung tahun mesti semua sekolah tak kisah la dari sekolah tadika sampai la ke sekolah menengah mesti ada majlis graduation la, majlis penyampaian hadiah la. Yang paling meriah mestilah budak tadika sebab mak pak kena datang sekali.

Tahun ni tema bagi Little Ihtifal Genius Aulad adalah " Stories From Sea". Aku rasa semua branch buat benda yang sama start dari cerita, tarian dan juga nyanyian. Venue masih sama macam tahun lepar di Dwan Auditorium Muzium Negara..




Tahun ni aku ada dua anak yang terlibat dengan persembahan tapi budak berdua ni hanya pergi practice dua tiga kali je kot sebab hujung-hujung thun ni banyak sangat ponteng sekolah. Start dengan jerebu sampai la terkena chicken pox.

Amni anak aku yang 4 years tu cuma kena nyanyi beramai-ramai je. Kena pakai baju dan tight kuning. Ikan apa yang kuning? Selar kuning ke ikan yang kena jaundice?

Nasib baik juga la dia nak joint waktu sampai kat tempat registration tu sebab pagi tu dia tak nak mandi. Nangis-nangis tak nak pergi. Lepas mandi elok je pakai baju kuning dia. Kesian dia, chicken pox tak baik baik lagi. Parut bersepah dekat muka. 

Aisy pula memang sentiasa over excited. Diorang sekolah tau satu minggu lepas. Aku tanya dia buat apa pergi sekolah? Dia kata practice...dan paling dia suka hari Rabu lepas sebab dapat naik bas ramai-ramai ke Muzium Negara untuk rehearsal.

Aisy pegang watak Jelly Fish so dia kena pakai dress sambil pegang payung. Dialog yang dia kena cakap cuma "I'm so hungry". Tak pergi practice pun tak pe..senang je nak hafal...

Macam biasa, majlis start dalam pukul 9.30 dan kali ni kami adalah parents yang agak terakhir jugak datang sebab last year kami datang awal tapi lambat jugak show tu start. Langsung penat melayan anak kecik bujang tu. Lagipun dari rumah aku just 10 minit je dah sampai Muzium Negara tu.



Majlis mula dengan sessi konvokesyen untuk six years. Tahun ni yang aku perasan diorang pakai jubah ke tahun lepas dah pakai tapi aku yang tak perasan.



Habis sessi konvokesyen, start show dengan persembahan 6 Al-Razi cerita Bahtera Nabi Nuh. Then show untuk 5 Andalus & 5 Baghdad yang cerita tentang kehidupan dalam laut dan sikap manusia yang suka buang sampah. Habis cerita diorang menari pulak lagu "Let It Go" dalam slot No One Knows.




Lepas tu sambung balik show budak 6 years kelas 6 Damsyik & 6 Istanbul untuk slot Little Orange Clownfish. Aku tak pay attention pun persembahan yang lain sebab anak bujang ni bukan boleh duduk diam. Habis satu dewan tu dia nak road tour. Habis 6 years, 5 Kaherah & 5 Ibnu Khaldun pulak yang buat persembahan "Funny Looking Seaweed"

Habis yang 5 years tu barulah Amni buat persembahan pulak nyanyi lagu "I am thankful". Four years ni ada satu kelas je sebab 6 orang je kan...Dia tak nyanyi sangat pun. Mujur dia nak naik pentas je.

Last sekali acara lucky draw yang tak pernah nak ada luck untuk aku. Ada 6 hadiah kot..nombor yang dipanggil pun banyak parents tak naik may be dah balik. Tapi tak dapat jugak kat aku. Nampak sangat tak de luck. 

Balik...kesian budak-budak ni lapar. Aku ingat makanan yang parents makan kat luar tu budak-budak dapat makan, rupa-rupanya diorang tak makan apa-apa pun. Nasib baik anak-anak aku dah aku siapkan bekal yang diorang makan dalam kereta otw ke show tadi.

Secara overall, banyak yang aku rasa kurang puas hati cara susunan aturcara majlis dan juga persembahan. Sepatutnya show ni lebih baik dari tahun lepas, tapi tahun ni lagi kurang menarik.

Kat sini aku nak bagi cadangan la kepada yang rasa-rasa akan terlibat dengan persembahan anak-anak tadika ni kan...

1. Majlis Rasmi

Sepatutnya mana-mana majlis rasmi kita mulakan dengan nyanyikan lagu Negaraku dulu dan bacaan doa. Waktu tu kita boleh tengok semua parents berdiri tegak dan hormat pada Negara kita ni.

2. Acara konvokesyen

Mainkan lagu gamelan atau mana-mana muzik tradisional lagi menarik kot. Pastu scroll tu pun tukar dalam bentuk macam buku ni. Cantik kan?



3. Piala Iringan / Trofi / Medal

Sertakan juga pelajar terbaik. Walaupun GA ni tak de exam, tapi penilaian tu tidak semestinya dari exam sahaja. Pelajar terbaik juga bukanlah 100% akademik. Macam aku sekolah tabika KEMAS dulu, dapat pelajar terbaik dapatlah piala iringan tu. Pegang la setahun je..

Bagi la jugak cenderahati dalam bentuk medal atau plaque untuk semua anak-anak tadika yang konvo ni. Boleh simpan dalam bilik anak-anak dengan gambar konvo diorang. 
 

3. Persembahan

Sepatutnya show 6 years tak boleh buat lepas majlis konvo sebab budak2 ni semua ambik masa nak tukar baju untuk perembahan. So, kita bagi kat kelas yang tidak terlibat dengan konvo.

Bagi kat budak 4 years adalah lebih baik sebab diorang ni kan kecik lagi. Kesian diorang nak tunggu yang last sekali baru buat persembahan.


Persembahan yang menarik adalah persembahan yang tidak membosankan. Memang kita nak tunjukkan yang anak-anak ni bersekolah sampai dah boleh bercerita tapi aku rasa kalau cerita tu tak boleh difahami lebih baik kita yang dewasa ni jadi suara belakang pentas. 

Tapi tak payah la kau buat story telling pulak. Just mukadimah dan penutup je. Banyakkan dialog budak-budak ni bercakap macam nampak diorang ni berbual sambil bercerita. Pastu cerita buat macam ala-ala musical gitu.

Kalau tanya idea aku macamana nak buat event ni? 

Aku campur je budak ni bagi penuh pentas sebab pentas Auditorium ni sangat besar tau. Setiap cerita tu bersambung-sambung tapi dari berlainan sudut. Contohnya kalau kita nak startkan dengan nyanyian, kita letak diorang kat depan pentas tapi kiri kanan ni ni dah penuh dengan susunan watak-watak cerita lain. 

Habis je budak group A nyanyi, kita ajar diorang gerak ke belakang sedikit ambik alih tempat group B yang akan ke hadapan untuk bercerita. 

Dalam bercerita patut ada selingan nyanyian dan juga tarian. Barulah macam seronok. Tambah lak budak-budak kecik ni kalau pakai baju macam-macam fesyen boleh bagi. Diorang kan comel-comel je. 

Pasal props? Tak jadi masalah la..props boleh masuk keluar dengan senang je sebenarnya. Kan ada person in charge yang dah ditugaskan untuk susun props, so diorang akan masukkan dan keluarkan props secara tersusun tanpa cacatkan persembahan. Percaya la..benda ni kalau practice memang makes perfect.

 







Saturday, November 28, 2015

Alahai IKEA...

Salam...

Semua orang tahu kot yang IKEA dah buka cawangan kedua di Cheras dan opening dia 19 Nov yang lepas. Anak aku pun teruja nak pergi sebab dekat sangat2 dengan office aku ni.

Aku bukanlah peminat IKEA satu masa dahulu dan sekarang juga sebab tu la baru sekali je aku jejak kan kaki ke IKEA Damansara tu.

Aku tak tahu nak beli apa kat sana walaupun aku rasa banyak jugak la barang yang harganya sangatlah berpatutan dan mampu milik.

IKEA Damansara tu hanya 10 minit je dari rumah aku dan yang IKEA Cheras ni 5 minit je dari office aku. Kalau jalan kaki 10 minit la kot. Dah dua minggu buka tapi aku tak pergi lagi ni walaupun aku tengah ada list barang nak beli ni.

Aku nak beli dua barang ni je dulu..penting sangat-sangat.


Kenapa nak beli shoe pocket tu? Sebab terlalu banyak stuffed animal kat rumah aku dan selalu sangat bersepah, so aku nak letak belakang pintu bilik mainan. Kalau diorang nak main pun tak de la diorang punggah semua keluar cari mana satu yang diorang nak kan...



Side table tu kenapa aku beli? Saje je..beli sikit sikit...kalau beli banyak-banyak macam banyak je duit keluar. Target adalah meja dulu. Nanti kerusi ni pulak...

Senang sikit budak2 tu nak menguli doh. Ayik main atas lantai je..habis lekat kat lantai.

Gambar credit dari IKEA dan google

Friday, November 27, 2015

Budak Pun Tahu Kasihkan Maknya

Salam..

Hari ini just nak kongsi perbualan aku dengan Aisy dua minggu lepas kot..

Waktu tu ada iklan cerita Dhea Sofia kot...yang lakonan Amira Rosly pukul 10.00 malam setiap Rabu & Khamis tu..

Dalam iklan tu, Amira ada sebut "Dua juta ni tak bermakna pada aku" sambil tunjuk cek tu kepada Roy Azman.

Aisy : Dua juta tu tak bermakna ke mama? (Dia kan orang yang pandai kira duit budak ni)

Aku : Dua juta tu banyak Aisy. Boleh beli macam-macam.

Aisy : Habis tu kenapa dia kata tak bermakna?

Aku : Sebab dia nak mama dia. Kalau orang bagi Aisy dua juta tapi orang jahat tu ambik mama. Aisy nak duit dua juta tu ke nak mama?

Aisy : Nak mama..tak nak duit..

Sedih ooo aku dengar..walaupun dia pandai berkira pasal duit, tapi bila sebut mama tak de..dia tak boleh rupanya. Alhamdulillah..Aisy sayangkan mama lebih dari duit dua juta...Hihihi..


Thursday, November 26, 2015

Demam, Sakit Mata, Chicken Pox

Salam...
Lama betul rasanya tak update blog..Busy melayan penyakit anak-anak dan juga diri sendiri...

Tiga serangkai penyakit sekali gus anak-anak aku kena hujung-hujung tahun ni. Biasalah bila anak tinggal di nursery ni, mudah sangat terdedah dengan penyakit berjangkit. Kalau tak anak kita yang mula, anak orang lain dulu kena. 

Marah? Tak de la..tak marah pun..sakit tu kan ujian..besar mana sangat la ujian yang Allah bagi kalau setakat sakit ringan-ringan ni.

Cuma terpaksa la aku ni berangkut anak-anak ke office bila annual leave dah lama habis. Ni masuk tahun kedua dah annual leave aku habis belum sempat sampai hujung tahun. Ni cabarannya bila ada anak ye tak?

Mula-mula Oktober hari tu tiba-tiba Aisy demam panas tapi sebab cuti tak de aku dah malas dah pergi hospital-hospital ni. Tak kuasa kena tahan kat wad sebab demam je. Pergi klinik je..ambik ubat sudah..lepas dia ok..jangkit lak demam tu sekali pakej selesema batuk kat adik-adik dia. Dengan Amni tiba-tiba alah dengan ubat pulak..kesian dia habis bengkak mata dan mulut dia. Kebetulan waktu tu jerebu teruk sangat kat negara kita ni.

Sudah pengakhiran demam anak-anak dah ok, akhirnya aku pulak yang tumbang. Sakit kepala + sinus yang teruk sebab kurang tidur. Ye la..mengadap Amsyar yang merengek tengah malam sepanjang demam, dengan suhu yang sangat tinggi, mengelap badan dia aje la..Aku MC pun tak de orang tahu. Aku makan ubat sekali je pagi tu balik klinik, langsung pengsan sampai petang. Solat Zohor pun dah hujung waktu sebab tersedar ada orang masuk rumah. Rupanya husband aku dah balik kerja...lepas dapat tidur mati tu, lega segala sakit.

Sakit mata pun Aisy yang kena dulu..sudahnya mengangkut dia ke office aku. Ni kena seminggu lepas demam reda. Kesian kan! Anak sakit pun terpaksa ikut mak pergi office, patut dia rehat je kat rumah tapi disebabkan mak paknya cuti dah habis. 

Lepas seminggu baik sakit mata, Aisy kena chicken pox pula..nasib baik la adik-adik dia tak terjangkit sakit mata cuma bila Aisy dah nak baik chicken pox, aku pula yang sakit mata. Amsyar pun berjangkit dari aku sebab asyik menempek je kat mama. 

Chicken pox ni kan jenis berjangkit, kalau tak kena habis adik beradik itu bukan lah namanya chicken pox. Selang seminggu, Amni pulak yang kena. Selang dua hari Amsyar lak kena. Ni sampai hari ni budak  berdua tu tak baik lagi. Budak berdua tu punyalah susah tak nak sapu Calamine Lotion tu..memilih ubat. Kalau calamine cream baru nak. Ubat makan langsung tak nak makan. Dah seminggu lebih tapi tak baik-baik..Amni langsung dah dua minggu. Sepatutnya seminggu ni ke sekolah untuk practice sempena Little Iftihal tu, langsung tak pergi. Sabtu ni tak tahu la dia nak perform ke tak..

Macamana nak tahu anak nak kena atau sudah dijangkiti chicken pox? Kalau anak-anak kita terdedah dengan orang luar yang telah dijangkiti chicken pox dan anak kita tu belum pernah kena chicken pox. Badan anak kita akan panas macam nak demam tapi tak panas sangat. Setakat suam-suam kuku je. Esok carilah tompok merah berair kat badan anak kita. Biasanya dia akan start di kepala / bawah ketiak / peha / belakang badan. 

Minum lah air kelapa untuk keluarkan semua chicken pox tu. Ada orang guna daun bambu. Aku tak tahu daun bambu tu apa so aku tak guna. Pantang? Orang tua-tua tak bagi makan kicap sebab takut parut jadi hitam. Tak bagi kena hujan takut parut tu berlubang pulak. Tak boleh keluar kena kuarantin supaya tak jangkit.

Pantang makan? Kicap dengan telur adalah musuh utama makanan ketika kena chicken pox. Kicap takut hitam dan telur takut bernanah la kan... Yang lain tak de pantang..semua anak aku makan. Ada orang tak bagi makan ayam sebab ni kan 'chicken pox'...tapi aku bagi je..tak de hal. 

Ubat ? Tentulah Calamine lotion..pergilah mana-mana hospital atau klinik, benda alah ni la diorang bagi. Sapulah seluruh badan. Kalau muka tu dah jadi macam Mok Cun dah..hehehe..tu yang Amsyar dan Amni tak nak pakai. So, aku guna Calamine cream yang aku dapat secara pecuma je dari KK setiap kali pergi check up Amsyar kat klinik. Aku mintak je..diorang bagi.

Ubat lain bergantung kepada klinik. Tapi dua-dua klinik yang aku pergi dia bagi ubat ni "Acyclovir 400" yang bentuk tablet untuk kids dan untuk Amsyar dalam bentuk liquid. Ubat ni ubat anti virus untuk melambatkan dan menghalang virus herpes daripada merebak. Acyclovir tidak akan mengubati herpes tetapi boleh mengurangkan simptom yang disebabkan oleh jangkitan itu. Makan pun kena ikut arahan doctor. Macam anak aku, dia suruh makan lima hari je pastu stop.

Selain tu, doctor ada jugak bagi ubat ni "Chlorpheniramine" satu jenama Antamin® dan satu lagi jenama Chloramine®. Ubat ni untuk gatal-gatal suapaya budak2 ni tak menggaru. 

Walaupun saya beritahu semua ubat-ubat ni, sila pergi ke klinik ye dapatkan nasihat doc sebab dia akan bagi sukatan yang betul untuk di makan. Jangan suka-suka beli kat farmasi tau. Calamine lotion tu ok la nak beli sendiri. Ok..sampai sini je update saya. Nanti rajin saya update lagi.


Wednesday, October 21, 2015

Huggies Sound of Comfort : The Song of Comfort

Aku dapat newsletter ni dari Huggies coz sign up untuk member. Aku memang pengguna brand Huggies & Drypers.

Dan untuk kempen The Song of Comfort ni terbuka kepada pengguna Huggies Dry Pants sahaja.

Tarikh tutup penghantaran video ni adalah pada 06 Nov 2015.

Macamana nak joint?

Step 1
Let your baby wear Huggies Dry Pants.

Step 2
Use your phone to capture a 3 - 5 sec video of your baby's sound of comfort 

Step 3
Submit the video, along with your baby's name & age


Hadiah?
Pemenang akan memenangi special Huggies Music Box personalized dengan bunyi baby korang.

Cepat-cepat...jangan tak joint

Untuk keterangan lanjut dan macamana nak hantar video tu, korang boleh layari website www.huggies.com.my/songofcomfort/?cmpid=SongofComfort-edm1-link-submitbutton-desktop

Friday, October 16, 2015

Alaaa...Bib

Alaaa...Bib...nama kau aku seru wahai Habibah..hehehe..

Buat sahabat yang bernama Habibah, aku bukanlah sengaja nak seru-seru nama kau ni..tapi disebabkan cerita 'Ala...Bib' ni jugak la aku teringat kat kawan baik aku.

'Ala Bib' ni ditayangkan setiap 6.30 petang di TV3 pada hari Isnin - Khamis sebelum slot Akasia tu. Pelakon dia dibarisi oleh Nur Risteena, Ammar Titan, Iqram Dinzly, Atikah Shuhaimie, Shafiq Kyle.

Sinopsis korang boleh google cari. Aku bukan nak cerita pasal sinopsis cerita tapi aku nak sarankan kat korang tengok cerita ni sebab jalan cerita dia macam real je. Impian seorang perempuan untuk menjadi kaya dengan memiliki pasangan dari golongan hartawan.

Cerita sangat kelakar sebab pelakon-pelakon berlakon macam spontan je. Korang layanlah tengok cerita ni dulu sebelum tengok slot Akasia yang baru tu. Sure puas hati. 

 

Wednesday, October 14, 2015

Salam Maal Hijrah

Salam...
1 Muharram detik permulaan
Tahun Islam hijrah,
Tahun baru,
Buku lama dah ditutup,
Dan Maghrib tadi bermula kita dengan buku baru,
Semoga tahun baru hijrah ini dipermudahkan,
Banyak perkara perlu diperbaiki,
Bukan setakat amal ibadat tapi sahsiah diri juga,
Itu azam aku...
Salam Maal Hijrah

Friday, October 9, 2015

Amni Turns 4

Selamat ulangtahun kelahiran yang keempat anak mama, Amni yang sangat manja. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang bijak dan jadi anak yang taat dan soleh.

03 Oktober (Sabtu) hari tu genap umur dia empat tahun. Aku sebenarnya konfius nak buat birthday dia waktu Hari Raya (seminggu sebelum birthday) atau betul-betul 03 Oktober.

Buat hari raya mestilah seronok sebab ramai tetamu macam tahun lepas tapi abang aku tak balik raya. So, aku decide terus nak buat 03hb bila abang telefon sehari selepas raya cakap 03hb nanti nak balik.

Biarlah tetamu tak datang pun janji anak-anak aku boleh celebrate birthday dengan cousin-cousin dia. Tak ada tetamu pun rumah ni dah gamat dengan 6 orang budak.

Aku impikan birthday Amni kali ni dengan theme Sofia The First. Gigih mak kau buatkan banner purple ala-ala theme Sofia The First. Gigih jugak untuk siapkan istana kertas ni tapi tak menjadi.

Matlamat untuk jadikan semua purple putih tak menjadi. Hanya mampu apa yang ada ni je.



Sedih dengar Amni mengomel bila dia buka phone aku yang ada gambar cupcake diletakkan topper Sofia the First.

Amni : Amni nak kek macam ni tapi kek ni mahal.
Aku : Adik tak suka ke kek yang tadi tu?
Amni : Suka tapi tak cantik macam ni.




Hehehe..budak-budak ni, kecik-kecik lagi dah pandai nak macam ni la, nak macam tu la..yang murah la..yang mahal la..

Aku dah siapkan topper yang sama macam tu tapi nak buat cupcake tu tak menjadi.

Aku rasa, aku kena tambah dalam wishlist aku untuk beli oven satu kat rumah supaya aku dah start membaking cake sendiri at least untuk cup cake tu aku boleh buat sendiri. Kalau buat kek kukus nanti tak sedap ye dak?



Kali ni birthday Amni aku tempahkan dua biji kek sebab dah tahu perangai anak-anak yang memang excited bab nak tiup lilin dan potong kek ni. Tambah lak Aisy ni bukan jenis toleransi. Dia nak dia je yang potong macam tahun lepas waktu birthday Amni.

Mulanya sebab aku fikir tak de tetamu aku nak tempah satu je, adik cakap tempah je la dua tapi buat half kg dua biji. Bila terfikir nak bawa ke nursery, aku order dua tapi buat 1kg dan half kg.

Tak sangka pulak yang kawan-kawan mak aku yang datang tu makan kek jugak dan anak-anak dan anak buah aku ni suka makan kek. Kek dua biji tu habis tau..tak sempat langsung nak bawa ke nursery...

Nampak gayanya aku kena pandai baking kek, deco cake sebab lepas ni aku tak payah dah nak tempah-tempah kek. Boleh buat tiga biji sekali untuk setiap kali birthday anak. Hai..bila la nak rajin-rajin ni.

Thursday, October 8, 2015

Aidiladha 2015

Salam...

Selamat kembali kepada semuah jemaah Haji kita. Semoga memperolehi Haji yang mabrur.

Sedih bila terjadi dua insiden yang sangat menyayat hati dan rakyat Malaysia juga ada yang terlibat. Tapi pemergian mereka di tanah yang suci dan sedang melakukan ibadat. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Setelah tahun lepas tidak melakukan ibadah korban tapi rumah dapur mak yang terkorban, tahun ni mak sekali lagi melakukan ibadah korban dengan seekor lagi dan menghadiahkan setiap anaknya satu bahagian. 

Disebabkan anak menantu di Johor tidak dapat pulang, dua bahagian tu telah dihadiahkan kepada imam kampung dan juga pakcik aku.

Selepas solat hari raya, tiba-tiba tauke lembu ni datang rumah pulak. Ingat saje-saje nak beraya rupanya lembu yang mak beli tu mati sebelum sempat dikorbankan. Em..ajal dia agaknya tak nak mati sebagai haiwan korban.

Nama pun tauke lembu mestilah banyak lembu. Mati sekor ada sepuluh lagi yang menanti. Cuma mungkin harganya berbeza la. Macam yang mak aku pilih ni, harga lebih sedikit berbanding lembu asal tapi berkat lembu korban kan, daging dia punyalah empuk. Daging yang tak ada lemak berselirat. Segalanya daging penuh dan memang sedaplah. Tak perlu nak cari daging 'musir' sebab semua bahagian dagingnya seperti 'musir'.



Salah seorang yang akan jadi mahramku. Insyaallah. Tapi nampaknya macam si kenit je yang akan jadi mahram ni.

Nak jadi cerita jugak tahun ni, tauke lembu ada kerja lain so tak boleh nak buat kerja melapah. Kerja-kerja melapah tuan korban kena settle sendiri. Apa lagi, penat la hero (Rizal) yang seorang ni sebab dia satu-satunya hero yang ada. Ada lagi satu hero (Amsyar), tapi masih kecik lagi. Dia cuma tahu panggil dan tengok lembu je.




Nasib baik ada husband cousin aku dan juga budak kampung aku yang kawan dengan Rizal ni datang tolong. Kalau tak, aku rasa sampai malam baru siap melapah.




Sebab hari raya dah penat, jamuan makan kami buat hari Jumaat lak. Dari pagi sampai petang tetamu datang beraya. Siapa cakap raya hanya meriah di Pantai Timur sahaja? Tapi ye la..sebab family aku asalnya belah Kelantan, tu yang walaupun tinggal di Pahang tapi kemeriahan sama sahaja kalau tinggal di Kelantan.

Sebenarnya meriah tak meriah raya aidiladha ni bergantung kat sesuatu tempat tu. Kalau tempat tu banyak buat korban, mestilah sangat meriah sebab acara sedekah daging tu tak putus-putus dari raya pertama sampai hari-hari Tasyriq. Selagi ada yang buat korban. Tambah pulak dengan jamuan makan.

Kat kampung aku masih kurang orang buat korban. Ada memang ada, tapi kurang. Biasanya mak aku tumbang seekor dan ada la seekor lagi yang dikongsi oleh orang kampung aku. Mana nak meriah kalau setakat dua ekor lembu ye dak?

Pada pandangan aku la...orang-orang Pantai Timur dan juga belah Utara tu meriah sebab memang diorang akan korban berekor-ekor lembu. Tu yang seronok sebab orang lelaki boleh bersantai dari pagi sampai petang melapah lembu je kerjanya. Pastu orang perempuan pulak dok sibuk nak memasak je sebab nak jemput orang makan.

Ibadah korban ni pada kita yang muda ni macam tak nampak kepentingan dan seronoknya. Tapi mungkin bagi orang yang pernah melakukan ibadah Haji diorang kan kena buat ibadah korban di sana, so bila raya Haji je..rindu dan teringat kat Mekah tu, tu yang diorang nak buat ibadah korban lagi. Insyaallah, 2028 panjang umur, murah rezeki aku juga akan menjejakkan kakiku di sana. Doakan aku..