Wednesday, December 23, 2015

Jalan Jalan Ke Johor

Cuti-cuti sekolah ni kalau tak berjalan nanti kesian kat anak-anak. Tapi aku memang malas nak berjalan sebab dua anak dara tu sungguh kurang baik tingkah lakunya. So, aku ingat biar kan mereka dengan hukuman tidak pergi mana-mana. Bila ada mak sedara yang sangat penyayang ni susah jugak, kita baru nak bagi hukuman, diorang dah ajak pergi bercuti...so, kita layankan aje.

Destinasi cuti sekolah kami hanya ke Johor (Pasir Gudang) rumah abang aku. Lagi pun anak-anak aku dah lama sangat tak jumpa cousin diorang. Setiap kali abang aku balik rumah mak, anak-anak aku kena sakit berjangkit, tu yang mereka tak jumpa.

Hari jumaat lepas, selesai solat Maghrib kami bertolak ke Johor. Sepanjang jalan hujan je tapi sampai je di sempadan Johor, hujan dah berhenti. Alhamdulillah..sikit bimbang kalau berjalan dalam cuaca hujan. Kali ni Rizal tak ikut juga sebab dia kurang berminat pergi ke tempat sama tanpa tujuan.

Kami sampai di Pasir Gudang dalam pukul 1.00 pagi macam tu. Kali ni tak perlu panjat pagar macam hari tu sebab abang aku masih belum tidur. Kali ni kami semua tidur kat bawah je. Maklum la,..anak bujang hamba sudah pandai panjat tangga..nanti dia turun naik tangga.

Kali ni pergi Johor tak ada destinasi nak tuju sebab dua tempat yang yang best tu kami dah pergi. Tak suka nak ulang banyak kali pergi sebab Legoland & Hello Kitty tu tak la best mana pun.

Keluar ke Larkin sekejap untuk membungkus kacang pool yang femes tu. Dulu makan di stesen bas je kedai dia, tapi kali ni kedai dia dah berpindah berhampiran dengan balai bomba.

Jangan tanya aku details sebab aku kurang pasti nama kedai dia dan juga lokasi sebenar walaupun aku pernah tinggal kat sana 4 tahun dan setahun sekali ada pergi ke sana. Betapa teruknya la aku ni..nasib baik aku masih ingat jalan nak balik kampung. Kalau tak, ada yang kepala kena pelangkung.

Petang selepas Asar kami ke Jusco Bukit Indah tapi sekejap je sebab tak ada benda hendak dicari. KL kan banyak Jusco jugak. Cuma layankan budak-budak ni main kat luar yang banyak sangat slide tu. Jusco ni besar sangat sampai tak tahu kat belah mana sebenarnya Jusco dia sebab terlalu banyak outlet dalam tu.

Lepas Maghrib kami ke Senibung. Oh..tempat jatuh lagi dikenang. Ini kan pula tempat bercinta..bercinta la sangat..bukan aku yang bercinta tapi sebab member yang bercinta, kami ni kawan-kawan tumpang makan sekali. Hihihi..itu dulu waktu aku belajar. Aku bukan tahu pun kat mana ntah jalan nak ke Senibung ni.

Yang aku ingat, tempat dia tersorok, makan mengadap laut boleh tengok lampu-lampu bangunan kat Singapura. Kedai-kedai pun ala-ala pakai daun nipah je.

Rupa-rupanya Senibung ni dekat je dengan Pasir Gudang, yang aku perasan ada Jusco belah kiri, Senibung ni ke kanan. Masih tersorok macam dulu tapi orang terlalu ramai. Tempat makan pun makin banyak. Siap ada dereta bangsal orang menjual macam pasar malam lagi.

Kami tak makan kat sana pun sebab anak-anak dah tidur kepenatan. Penat bermain satu hari, dengan hujan lebat pulak tu kat luar. Kami tunggu dalam kereta je sementara abang aku bungkus makan kat rumah je la. 

Sampai rumah tak sabar nak makan tapi rasa makanannya sangat menghampakan. Semua tak sedap, dari Tomyam, ikan siakap 3 rasa, sotong celup tepung, kailan dan kupang. Kalau masak sendiri lagi sedap tau.

Pagi terakhir di Johor, kami masak je untuk breakfast. Makan lebih sedap dari yang beli malam tadi. Sambal udang makan dengan nasi putih, telur dadar, sayur bayam dan ikan bawal. Makan dua kali tambah semua.

Seperti biasa, balik mesti singgah Ayer Itam. Aku cuma beli kerepek je sebab tak ada apa nak di cari. Cuma biasa la bila bawa anak-anak ni, ada je mainan diorang nak. Belikan Tobot yang harga RM10 tu satu seorang. 

Sampai kat kereta Aisy mengamuk nak dua (biru & orange) sebab dia tak jumpa Robocar Poli punya headquarter station tu. Amni kata dia punya dua2 sebab dia yang bawa. Supaya tak bergaduh, aku belikan lagi dua dan habis RM38 untuk 4 Tobot tu. 

Sudahnya bila sampai KL, Tobot tu dicampak je, ada di bawah sofa. Aku pun malas nak ambik, nanti kalau tengok sakit hati sebab bergaduh sampai menangis-nangis, tapi bila dah beli dicampak-campak je. Geram kan!

Perjalanan kami dari Pasir Gudang dan sampai ke KL hari tu ambil masa 10 jam tau sebab hujan sepanjang jalan start dari Ayer Itam. Tau la kalau travel dengan anak-anak ni, macam-macam ragam kalau dah lama sangat.

Percutian kali ni ke Johor tak kemana-mana sebab kat rumah abang aku lebih dari seronok budak-budak ni bermain. Maklum la..rumah banyak mainan..siap ada litar lagi.. 


No comments:

Post a Comment