Thursday, November 26, 2015

Demam, Sakit Mata, Chicken Pox

Salam...
Lama betul rasanya tak update blog..Busy melayan penyakit anak-anak dan juga diri sendiri...

Tiga serangkai penyakit sekali gus anak-anak aku kena hujung-hujung tahun ni. Biasalah bila anak tinggal di nursery ni, mudah sangat terdedah dengan penyakit berjangkit. Kalau tak anak kita yang mula, anak orang lain dulu kena. 

Marah? Tak de la..tak marah pun..sakit tu kan ujian..besar mana sangat la ujian yang Allah bagi kalau setakat sakit ringan-ringan ni.

Cuma terpaksa la aku ni berangkut anak-anak ke office bila annual leave dah lama habis. Ni masuk tahun kedua dah annual leave aku habis belum sempat sampai hujung tahun. Ni cabarannya bila ada anak ye tak?

Mula-mula Oktober hari tu tiba-tiba Aisy demam panas tapi sebab cuti tak de aku dah malas dah pergi hospital-hospital ni. Tak kuasa kena tahan kat wad sebab demam je. Pergi klinik je..ambik ubat sudah..lepas dia ok..jangkit lak demam tu sekali pakej selesema batuk kat adik-adik dia. Dengan Amni tiba-tiba alah dengan ubat pulak..kesian dia habis bengkak mata dan mulut dia. Kebetulan waktu tu jerebu teruk sangat kat negara kita ni.

Sudah pengakhiran demam anak-anak dah ok, akhirnya aku pulak yang tumbang. Sakit kepala + sinus yang teruk sebab kurang tidur. Ye la..mengadap Amsyar yang merengek tengah malam sepanjang demam, dengan suhu yang sangat tinggi, mengelap badan dia aje la..Aku MC pun tak de orang tahu. Aku makan ubat sekali je pagi tu balik klinik, langsung pengsan sampai petang. Solat Zohor pun dah hujung waktu sebab tersedar ada orang masuk rumah. Rupanya husband aku dah balik kerja...lepas dapat tidur mati tu, lega segala sakit.

Sakit mata pun Aisy yang kena dulu..sudahnya mengangkut dia ke office aku. Ni kena seminggu lepas demam reda. Kesian kan! Anak sakit pun terpaksa ikut mak pergi office, patut dia rehat je kat rumah tapi disebabkan mak paknya cuti dah habis. 

Lepas seminggu baik sakit mata, Aisy kena chicken pox pula..nasib baik la adik-adik dia tak terjangkit sakit mata cuma bila Aisy dah nak baik chicken pox, aku pula yang sakit mata. Amsyar pun berjangkit dari aku sebab asyik menempek je kat mama. 

Chicken pox ni kan jenis berjangkit, kalau tak kena habis adik beradik itu bukan lah namanya chicken pox. Selang seminggu, Amni pulak yang kena. Selang dua hari Amsyar lak kena. Ni sampai hari ni budak  berdua tu tak baik lagi. Budak berdua tu punyalah susah tak nak sapu Calamine Lotion tu..memilih ubat. Kalau calamine cream baru nak. Ubat makan langsung tak nak makan. Dah seminggu lebih tapi tak baik-baik..Amni langsung dah dua minggu. Sepatutnya seminggu ni ke sekolah untuk practice sempena Little Iftihal tu, langsung tak pergi. Sabtu ni tak tahu la dia nak perform ke tak..

Macamana nak tahu anak nak kena atau sudah dijangkiti chicken pox? Kalau anak-anak kita terdedah dengan orang luar yang telah dijangkiti chicken pox dan anak kita tu belum pernah kena chicken pox. Badan anak kita akan panas macam nak demam tapi tak panas sangat. Setakat suam-suam kuku je. Esok carilah tompok merah berair kat badan anak kita. Biasanya dia akan start di kepala / bawah ketiak / peha / belakang badan. 

Minum lah air kelapa untuk keluarkan semua chicken pox tu. Ada orang guna daun bambu. Aku tak tahu daun bambu tu apa so aku tak guna. Pantang? Orang tua-tua tak bagi makan kicap sebab takut parut jadi hitam. Tak bagi kena hujan takut parut tu berlubang pulak. Tak boleh keluar kena kuarantin supaya tak jangkit.

Pantang makan? Kicap dengan telur adalah musuh utama makanan ketika kena chicken pox. Kicap takut hitam dan telur takut bernanah la kan... Yang lain tak de pantang..semua anak aku makan. Ada orang tak bagi makan ayam sebab ni kan 'chicken pox'...tapi aku bagi je..tak de hal. 

Ubat ? Tentulah Calamine lotion..pergilah mana-mana hospital atau klinik, benda alah ni la diorang bagi. Sapulah seluruh badan. Kalau muka tu dah jadi macam Mok Cun dah..hehehe..tu yang Amsyar dan Amni tak nak pakai. So, aku guna Calamine cream yang aku dapat secara pecuma je dari KK setiap kali pergi check up Amsyar kat klinik. Aku mintak je..diorang bagi.

Ubat lain bergantung kepada klinik. Tapi dua-dua klinik yang aku pergi dia bagi ubat ni "Acyclovir 400" yang bentuk tablet untuk kids dan untuk Amsyar dalam bentuk liquid. Ubat ni ubat anti virus untuk melambatkan dan menghalang virus herpes daripada merebak. Acyclovir tidak akan mengubati herpes tetapi boleh mengurangkan simptom yang disebabkan oleh jangkitan itu. Makan pun kena ikut arahan doctor. Macam anak aku, dia suruh makan lima hari je pastu stop.

Selain tu, doctor ada jugak bagi ubat ni "Chlorpheniramine" satu jenama Antamin® dan satu lagi jenama Chloramine®. Ubat ni untuk gatal-gatal suapaya budak2 ni tak menggaru. 

Walaupun saya beritahu semua ubat-ubat ni, sila pergi ke klinik ye dapatkan nasihat doc sebab dia akan bagi sukatan yang betul untuk di makan. Jangan suka-suka beli kat farmasi tau. Calamine lotion tu ok la nak beli sendiri. Ok..sampai sini je update saya. Nanti rajin saya update lagi.


No comments:

Post a Comment