Thursday, December 4, 2014

Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan & Taman Metropolitan Kepong

Buat kali keduanya aku jejakkan kaki ke sini. Kalau dulu datang bertiga je, tapi kali ni kami datang berlima. Sudah hampir empat tahun rasanya tak jejak kaki walaupun tiap-tiap hari aku lalu jalan ni.

Kali ni datang dengan misi berkelah di taman padang yang indah tapi tak la pagi sangat kami pergi. Setelah keluar rumah seawal jam 9.00 pagi, pergi ke Selayang dalam misi mencari Restoran Nasi Berlauk Wau Bulan.

Dengan salah jalan masuknya, dengan kena beraturnya, kami sampai ke taman tu dalam pukul 10.00 lebih. Banyak juga kereta telah bergerak keluar meninggalkan perkarangan parking. Mungkin mereka datang seawal pagi untuk jogging dan exercise kot.

Misi kami, cari port bawah pokok, bentang tikar menghadap padang main layang-layang tu. Buka semua makanan yang dibeli sebab masing-masing dah lapar.





Jom kita review apa yang aku beli dan rasa makanan yang aku beli kat restoran beratur tu.

Nasi dagang, Nasi Kerabu Kuning, Gulai Ikan Tongkol, gulai ayam, gulai telur dan laksam. 



Rasa nasi adalah sangat sedap tapi untuk gulai-gulai tu kurang mantap sikit. Macam tak cukup rempah sikit. Kalau untuk melepaskan rindu nak makan masakan kelantan tu boleh la. 



Laksam pula rasa dia ok la. Dari struktur laksam tu, lebih cantik dan sedap laksam akak yang jual kat pondok area depan rumah aku tu.

Kalau nak rasa makanan kat restoran tu, boleh pergi ke Selayang. Supaya tak tersesat macam aku, korang pergi ke arah stadium bola tu kan, pintu masuk stadium (kanan), belok kiri. Jalan terus, ada simpang tiga area shoplot tu. Nampak maybank hujung belah kiri, korang turn kanan. Restoran tu berhadapan dengan kfc je.

Macam-macam ada, Nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, nasi kerabu, laksam, nasi impit+sate, roti canai, kuih muih, lontong...boleh pilih nak makan apa. harga pun berpatutan.

Balik semula cerita kat taman tadi. Bila perut dah kenyang, anak-anak berlari ke tempat permainan. Sakan la jugak diorang main sampai letih agaknya. Aku je la yang layan Amsyar membebel seorang diri. Ntah apa yang dia bebelkan pun tak tahu. Mungkin geram sebab dapat rasa nasi dagang tu sikit je sebab kak Aisy makan sampai habis.



Bila dah puas main, masa untuk habiskan duit pulak. Abah dia dengan seronoknya membeli buih sabun untuk anak-anak. Bukan setakat beli yang tiup tu satu seorang, dia beli lagi satu botol buih sabun sahaja untuk extra katanya.





Tiba-tiba datang pulak budak muda ni buat bisnes air sabun yang jenis celup tali je dalam besen. Pun Rizal beli satu bekas. So, total untuk buih sabun sahaja hari ini adalah RM 18.00 dan total makan yang dibungkus adalah RM22.50. Segala jumlah perbelanjaan sahaja untuk pagi ini adalah RM 40.50. Ish..ish ish...





Nasib baik niat hati nak ajak Rizal ke nursery bunga tidak terkeluar oleh anak tekak aku ni. Kalau tak, melayang lagi duit membeli barang yang pantang nampak ni. Sebab anak-anak semua penat dan mengantuk, kita balik tidur je la. Maknya pun ngantuk gak

 

No comments:

Post a Comment