Wednesday, December 24, 2014

Indahnya Hijau


Kita mulakan entry kali ni dengan gambar supaya keindahan ini kekal hijau dan terus mewangi seperti lagu Akim, Mewangi. Apa kaitan???? Baik, saya yang merepek...

Indah rupanya bila rumah kita ni diserikan dengan bunga rupanya. Barulah hari ni aku tau. Bukan setakat indah, anak-anak aku terutama Aisy sangat suka.

Tapi bunga di atas bukan lah terus menapak di tingkap rumah ku, tapi di letakkan sementara dan sekarang telah selamat berada di daerah yang agak tinggi juga dari aras laut iaitu rumah mak aku di kampung.

Baik...cerita sebenarnya adalah permintaan aku kepada Rizal untuk bawa aku ke nursery di area Sungai Buloh pada awal bulan hari tu. Tapi dia tak nak bawa, huhuhu..

Niat di hati nak cari bunga Daisy sebab tiba-tiba rasa kosong je rumah, rasa macam tak cantik je. Puas aku guna pak cik google blogwalking cari tempat bunga murah. Baru ku tahu rupanya di Kampung Melayu Sungai Buloh tempatnya. 

Akhirnya hasrat aku tercapai gak ke sana bila kami dalam perjalanan pulang menghantar adik ke airport pagi Ahad tu. Kami menjelajah tempat tu mencari nursery, memang banyak tapi tak tahu kenapa tutup. Sebab Ahad ke?

Dalam mencari aku teringat rumah cousin aku, so kami ke sana. Dalam perjalanan tu, memang kawasan tu dipenuhi dengan tempat semaian rumput. Mak aku dah macam nak beli je, tapi dilarang oleh Rizal. Nasib baik di situ...

Sebab cousin aku tak de, Rizal ni jalan lagi ke atas hingga jalan mati di situ tapi ada tempat tapak semaian. Depan jalan penuh dengan pokok bunga ros yang agak tua dan lama dan tak cantik dah. Mungkin di buat 'ibu' atau 'baka'. Jauh ke dalam kelihatan di atas bukit satu tempat semaian dan aku rasa itu adalah tempat semaian anak pokok bunga ros. Waktu tu mak aku tak nak pulak bunga ros ni. So, kami patah balik dan singgah di satu nursery ni.

Nursery ni kecik je, macam baru pun ada. Tak banyak pilihan pokok yang ada dan rasa macam agak mahal juga. Dijaga oleh 3 orang Bangla yang tak boleh bagi diskaun langsung.

Kebetulan sampai hujan lebat turun. Ingat nak suruh Rizal yang pegang Amsyar, tapi dia yang meluru masuk dulu. Eh eh eh..kau ni kenapa bang???? Siapa yang nak beli bunga ni...Rizal kata mahal la kat sini, bunga Daisy pun tak de. 

Tiba-tiba 'Mokcik" ni turun dari kereta aku, apa jua benda pun dia pandai kecek mintak murah. Dapat lah 4 pokok bunga ros di atas dengan harga RM25. Mokcik ni cakap dah murah la tu, tapi di hati dia geram tak dapat tawar RM5 sepokok. Mokcik mokcik...dah selamat pun bunga tu di rumah mokcik. 

Lain kali kita pergi satu hari betul pusing-pusing cari bunga.  Tiba-tiba rasa macam nak tanam bunga di rumah ku dan juga membuat lanskap baru di homestay mak. Tu projek tahun depan lah.



 

No comments:

Post a Comment