Pada 30 Mei 2014 hari tu genaplah aku dan my belove husband ni hidup bersama dah hampir enam tahun..
Tiada percutian atau celebration pun..sama macam tahun-tahun sebelumnya..tak begitu special bagi berdua. ukuplah sekadar mengingati je.
Enam tahun kami hidup bersama, alhamdulillah dah lepas ujian untuk lima tahun hidup bersama. Ada orang cakap lepas lima tahun kahwin akan ada ujian paling besar dalam rumahtangga, sama ada kita kekal atau pun tak.
Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Dan selamanya berdoa kami akan bersama selamanya membesarkan dua puteri dan seorang budak ketik yang macam buah manggis tu.
Enam tahun kahwin, dialah kawan baik aku. Selalu jadi kawan yang aku selalu buat gaduh sebab dah tak de kawan lain nak bergaduh kan. Dulu kan kecik-kecik suka bergaduh ngan kawan baik, pastu kita baik lak dengan orang lain kan. Yang ni, sebab tak de kawan perempuan nak gaduh, gaduh la dengan suami pun boleh jugak la.
Gaduh-gaduh jugak, tapi kami tak pernah bertekak. Gaduh macam ni je...
A : Tiap-tiap malam tak tidur. Malam ni abang jagalah pulak anak-anak tu. Hana dah tak larat
R : Em..pergilah tidur...
Best tak korang dapat laki macam aku ni. Macam tak gaduh je kan. Aku je gaduh sorang-sorang. Laki aku ni terlalulah baik bab bergaduh ni. Tak sempat nak bertikam lidah, jerit pekik, apatah lagi nak lempar cakera kan..
Dia jugak kawan baik aku. Selalu lah tolong aku saat aku perlukan perjalanan yang ntah kemana arahnya. Aku bab kena pergi mana-mana ni, sama ada kerja ke atau aku yang merayap, dia lah rajin tolong bawa. Tapi dia paling tak suka bawa aku ke tempat orang-orang kaya katanya macam IKEA, OneUtama dan sebagainya yang belah Bandar Utama tu walaupun rumah kami hanya 10 minit je sampai sana.
Sudahnya, sepanjang kami kahwin, kami hanya pernah pergi ke IKEA sekali waktu tu Aisy baru 9 bulan. Lepastu pergi One Utama pun sekali je waktu Amni umur 3 bulan kot. Sampai sekarang tempat tu bukan tempat yang suami aku akan bawa kalau berweekend di KL ni.
Tempat mana dia selalu bawa..dia suka bawa kami ke taman-taman tasik. Dia kata senang budak-budak nak main-main dan berlari-lari. Aku tau dia tak suka dengan hiruk pikuk orang ramai.
Betul jugak, kalau bawa anak ke shopping complex, kita kena ada mata depan belakang takut anak hilang. Tapi kalau bawa gi taman, mata depan pun dah cukup sebab dia akan bermain dengan kita, kita pun tak leka dengan benda lain.
3 anak I naik motor dengan c.su |
By, sempena enam tahun kita kahwin ni I nak ucap thanx sebab jadi kawan n husband I. Jadi abah untuk anak-anak kita but bab abah tu you kena up kan sikit usaha. Sebab anak-anak kita nakal sangat.
No comments:
Post a Comment