Wednesday, June 18, 2014

Aisy: Report Card

14th June hari tu kena pergi Genius Aulad untuk tengok progress Aisy sepanjang half year dia belajar kat sana kan.

Dia tak biasa dengan cuti sekolah, bila cuti sekolah lama-lama ni, dia asyik tanya Aisy tak sekolah ke? Dia ingat aku tak nak bagi dia sekolah dah agaknya. Tapi sepanjang cuti dua minggu tu, dia ada gak intensif class empat hari. Kecik-kecik lagi dah ada intensif class. Rajin betul cikgu2 ni ye.

Appoinment untuk Aisy pukul 10.30 - 10.45 am. Sharp 10.30 am aku dah sampai sana. Dia memang peruntukkan 15 minit setiap parents kot sebab aku tak jumpa siapa parents sebelum aku tapi lepas aku, aku jumpa lah.

Aisy, macam biasa. Dari pagi kat rumah dia sangat drama tak nak pergi tapi terpaks ikut jugak sebab kami nak balik kampung terus. Tapi dia tunggu dalam kereta je. Amni yang ikut aku, sudahnya teacher class lain ingat Amni tu Aisy tapi kenapa kecik sikit. Hahaha...

Balik semula ke cerita report card tu...Semua aktiviti dari segi hafazan ke, kenal huruf ke dia berada dalam tahap good je tak la sampai tahap competence lagi. Aku tak kisah sangat sebab dia baru umur 4 tahun. Teacher dia pun cakap, umur 4 tahun tapi dia dah sampai tahap tu kira ok la.

Cuma yang aku perasan dia ada dua kelemahan. 1st motor skill. Dia tak pandai gunakan gunting waktu class craft. So lepas ni kena bagi jugak la dia belajar menggunting tapi kena beli gunting craft untuk dia. Tak bagi sebab aku jadi ngeri bila tengok dia pegang gunting.

2nd, dia sangat lemah dalam bahasa. Dia kenal semua huruf tapi dia tak boleh mengeja. Kat rumah pun bila aku nak ajar dia, 5 minit boleh lagi dia nak dengar, lepas tu dia dah tak nak.

Tapi kalau bahasa Inggeris dia suka. Dia nak belajara mengeja bahasa melayu tu macam bahasa inggeris. Memanglah tak boleh kan. Bahasa kan ada suku kata. Sebab tu buku bahasa inggeris dia cepat je dia habis. Dia minat, buku bahasa letak tepi.

3rd, numbering. BM & English dia boleh kira sampai 10 dengan betul tapi bila start 11 ke atas, dia tahu eleven, twelve & etc je..sebut sebelas, dua belas tak  reti..huhuhu..anak aku ke tu..mak ngko bukannya orang putih sangat pun sampai Aisy tak boleh kira dalam bahasa..huhuhuhu...

4th, shapes. Dia cuma tahu circle, triangle dengan square je. Bentuk lain dia tak tahu. Yang ni memang aku tak ajar dia pun. Tak kan umur dia aku nak ajar dia hexagon, pentagon, octagon kan. Bukan ke ni macam dah sekolah rendah baru belajar ke?

Dari segi hafazan, doa, surah, salawat dia sangat ok. Mudah menghafal tapi bab Iqra' dia lambat. Bila aku ajar dia, dia ajar aku balik. Huhuhuhu....

Bab calour, dia sangat ok. Dia kenal colour..alhamdulillah.

Tengok progress dia, alhamdulillah. Dia memang pandai pun. Rasa macam tak percaya je, rasa baru macam semalam je dia lahir. Hari ni dia dah pandai tulis nama sendiri, melukis, mewarna dan pandai text guna hp mama...

2 comments:

  1. Wei Fiza, dlm aku kalut2 siap kan tesis, pindah Bintulu sumer, tak tau pun hang dh dpt hero sorang! Tahniah! Sorry la aku tak prihatin pun. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..tak de sape pun tahu aku prgnnt. Yg pntng dh lhr dgn slmt baru org kn tahu.
      Aku tak smpt btl nk jmp hang bila dh last hang dok sini. Tapi hang mesti sll naik KL kan. Hope kita akan jmp lagi.
      Tak jmp kat KL, kt jmp di Sarawak.

      Delete