Hari ini hari terakhir untuk tahun 2014 dan aku harap juga tahun ni cepat lah berlalu pergi supaya Tahun 2015 datang dengan cahaya yang lebih baik.
Bagi diri aku, tahun 2014 ni banyak pahit berbanding manisnya.
Bermula dengan January, satu perasaan yang sangat teruja sebab anak pertama kita akan mulakan life baru dia di kindy. Dia tak berapa suka sebab tak kenal kawan lagi, tak suka uniform GA yang macam pelik sebab pakai seluar dengan baju kembang tu. Dan amat mendukacitakan bila aku terpaksa berperang dengan dia dalam masa sebulan jugak sebab susah nak bangun pagi satu, tak nak pakai uniform sekolah pun ye. Harap 2015 ni, Amni tak la macam kakak dia.
Bulan Mac. satu perasaan yang sangat2 menggembirakan sebab akhirnya impian untuk memiliki anak lelaki tercapai. Alhamdulillah. Semoga Muhammad Harith Amsyar akan menjadi pelindung kepada kakak-kakak ok. Paling best jugak sebab birth date dia beza seminggu je dengan kakak Aisy dia. So, jimat budget I di situ. heheheh...
Bulan April pulak, hidup penuh dugaan. Awal bulan dalam keadaan berpantang di KL, diduga dengan keadaan catuan air di sekitar Lembah Klang. Seksanya bila guna air kena jimat cermat. Sampai mandi pun kena sekali sehari je sebab tak de tempat nak simpan air banyak-banyak. Lebih utamakan keperluan air tu untuk anak-anak je.
Hujung bulan April tu jugak kami di khabarkan dengan berita yang sangat sedih, pakcik aku di Kelantan telah kembali ke rahmatullah. Aku tak sempat pun jumpa dia sebab waktu dia masuk hospital tu aku tengah pregnant 3rd semester, so aku tak berani la nak jalan jauh. Akhirnya, tak sempat jugak jumpa jenazah bila sampai KB tu diorang dah pun kebumikan arwah.
Julai, terpaksa berkampung di hospital Selayang selama satu minggu sebab Amsyar demam tak kebah-kebah. Bulan puasa pulak tu. Terpaksa la menghabiskan banyak annual leave di situ. Waktu tu jugak la negara di gemparkan dengan berita pesawat MH17 ditembak jatuh. Aku ingat lagi waktu tu aku tengah tidur, tapi aku mimpi sesuatu yang memeranjatkan, bila tersedar aku terbaca msg kat hp husband aku kata kapal terbang MAS jatuh. Huhuhu...sedihnya kan...
Raya tu jugak buat pertama kali kami sekeluarga beraya di Perak, berjaya memujuk Aisy untuk pergi dan bermalam di rumah nenek disebelah husband aku. Tapi berlaku drama di petang menjelang waktu berbuka puasa tu. Nasib juga dia boleh berkompromi sehingga Rizal berjaya berhari raya bersama mak dia. Hehehe...kalau tak, kami dah beraya di KL tahun ni.
Bulan Oktober, buat pertama kali sejak aku berkahwin kami sekeluarga tidak melakukan ibadah korban. Sengaja untuk bercuti, berhari raya dan berehat. Namun ujian Allah tu datang lagi, rumah mak aku terbakar di bahagian dapur ketika kami sedang enak diulit mimpi. Maklumlah, sudah penat berhari raya di siang hari di samping majlis birthday Amni dan open house, kami sungguh kepenatan. Alhamdulillah, Allah telah mengejutkan aku dari tidur dan mengajar aku supaya sentiasa berjaga-jaga walaupun dalam tidur. Kalau tak, kami semua sudah rentung agaknya. Alhamdullilah, Allah bagi kami peluang untuk perbaiki diri lagi.
Aku berharap tahun 2015 akan beri satu harapan baru pada aku untuk mulakan sesuatu yang baru terutama dari segi kerjaya dan aku masih mengharapkan aku dapat bekerja sendiri berbanding bekerja dengan orang lain. Senang nak uruskan anak-anak, itu je pada fikiran aku.
Kepada semua, selamat tahun baru 2015. Kepada rakyat Malaysia terutamanya, semoga kita tabah mengharungi segala kedukaan tahun 2014. Berharap tahun 2015 tiada lagi isu kemarau hingga menyebabkan krisis air, hujan sehingga banjir besar, industri penerbangan yang hampir meranapkan sektor pelancongan negara kita.
#2014yangmenyedihkan