11 October 2012, hari ni hari sedih buat aku. Terkesan dengan pemergian seorang guru yang sangat2 aku ingat, sangat2 hargai jasa dia.
Baru je 16 Mei sempena Hari Guru aku ada buat entry pasal cikgu2 yang sangat aku ingati lah kan. Tak sangka sebenarnya waktu tu arwah sudah pun bertarung dengan pelbagai kesakitan namun masih cekal ke sekolah.
Bulan Ramadhan lepas dapat berita arwah telah hilang daya penglihatan akibat diabetes. Sangat tak sangka.
Minggu demi minggu berniat nak melawat arwah tapi ada saja buat aku sendiri macam endah tak endah. Tak bersungguh nak mencari arwah sama ada di hospital atau di rumah.
Tapi entah macamana tiga minggu lepas mendapat kata sepakat dengan adik untuk melawat dia dan akhirnya mendapat perkhabaran dia terlantar di hospital.
Nekad minggu tersebut ingin melawat dan bertemu dengan arwah. Tak kisah lah dia tak ingat pun, tak kisah lah dia tak nampak kami pun, sebab jasa dia pada kami sampai hari ni aku sanjung.
Dari hospital Raub kami ke rumah ibunya kerana arwah telah pun pulang ke rumah. Nekad nak berjumpa, sampai ke rumah kami cari arwah.
Bila bertemu, sedih, sayu, semua perasaan ada. Arwah baru sahaja di serang stroke seminggu dan terlantar. Badan yang sedikit gempal juga sudah sangat susut walaupun hanya beberapa hari tidak makan.
Mata yang dulu selalu memberi sinar harapan pada kami anak didik dia, sudah hilang sinarnya. Penglihatannya hilang akibat diabetes. Buah pinggangnya rosak kedua-duanya. Hemodialisis juga tidak boleh dilakukan dengan sempurna kerana tekanan darahnya tidak stabil.
Hanya terlantar dan memanggil nama isterinya sahaja sepanjang aku di rumah arwah. Namun aku tetap bercakap dengan dia dan memperkenalkan aku siapa padanya bila aku ingin pulang.
Bukan mengharapkan pemergiannya, namun sedih bila lihat arwah sangat sakit bertarung dengan kesakitan yang ada. "Pulang" adalah jalan yang terbaik.
Dua hari lepas, dapat perkhabaran lagi arwah diserang stroke kali kedua dan koma. Berdoa semoga Allah permudahkan jalan untuknya.
Dan hari ni, dia pergi....Pulang ke tempat asal..pulang ke tempat yang abadi..bersama kehidupan yang abadi.
"Sir, terima kasih atas segala ilmu yang sir berikan. Dari saya yang buta Math sampai saya sangat cintakan Math sekolah menengah. Sangat senang kan sir belajar Math. Terima kasih atas segala kenangan sepanjang sir jadi warden & guru. Sir memang best lah. Saya takkan lupakan sir sampai bila-bila".
Al-Fatihah buat Sir Halim Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.
No comments:
Post a Comment