Macam biasa, setiap tahun mesti ada acara korban mengorban kat rumah mak aku la. 4 tahun kahwin pun tiap-tiap tahun raya kat rumah aku coz belah husband memang tak sambut pun.
Mungkin sebab family aku adalah berat ke Kelantan gitu, so dari kecik memang Raya Qorban ni memang meriah je dengan acara makan-makan terutama makan daging.
1st nak cerita pasal perjalanan. Sebab ambik cuti 1 day before raya, so balik pas Subuh. Jalan agak jam lepas terowong Karak tu sampailah ke exit jalan nak pergi rumah aku.
Saje ambik cuti coz nak prepare makanan untuk pagi raya lah kononnya. Tapi lebih kepada mengemas coz seminggu sebelum raya tu rumah aku dimeriahkan dengan majlis cukur jambul Naqib.
So, rumah memang bersepah gila dengan pinggan mangkuk yang tak disimpan dalam almari.
Kenapa tak kemas? Kan dah seminggu?
Ceritanya sebab lepas je kenduri tu, petang tu dah tak de elektrik dengan ditambah hujan lak. So, bergelap lebih awal.
Sebab nak balik hari Khamis jugak, mak ikut kami balik ke KL. So, rumah memang tak kemas langsung.
Bila hari raya, tak berkesempatan lagi nak solat raya coz ada anak kecik yang banyak ragam. Macam tak sesuai je nak pergi masjid. Better tunggu kat rumah je lah.
Ni anak-anak angkat C.Su
Cerita di sebalik sembelih lembu adalah Aisy adalah sangat penangis orangnya. Mula-mula menangis sebab C.Su dia tak bawak dia balik rumah kejap coz kami sembelih kat rumah orang yang jual lembu tu.
Bila C.Su dia datang semula, dia nangis-nangis nak duduk dalam kereta coz takut lembu yang asyik terkinja-kinja waktu nak keluarkan dia dari kandang dan juga nak jatuhkan dia.
Masa untuk ditumbangkan
Inilah orangnya yang Aisy sangat takutkan
Sebelum gi tempat sembelihan
Waktu ni anak-anak aku dah pun tukar uniform. Dah pakai baju biasa. Takde nya nak pakai baju kurung lagi dah, pakai kasual je pun bukan yang cantik2. Pakai baju harian je.
Budak yang kuat nangis-nangis
Selesai semua, lepas Asar bertolak ke Lanchang rumah nenek husband aku. Ni pun tak confirm ada ke tak nenek dia coz kalau tak de orang balik, biasanya dia akan ke Temerloh rumah mak sedara husband aku.
Ni lagi episod Aisy melalak dalam kereta. Bila dah sampai kat Bukit Damar tu, Aisy nangis-nangis tak nak pergi rumah nenek husband aku. Dia nak balik semula.
Malas nak layan dia, kami terus je perjalanan ke Lanchang. Sampai rumah nenek dia, memang tak de orang lain pun kat sana. Nenek dia je ada dengan anak dia seorang. Aisy dah melalak tak nak turun. Tinggalkan dia dalam kereta je.
Sebab Aisy ditinggalkan dalam kereta dan situasi tu agak bahaya gak coz kereta park jauh gak dari rumah. Park lak dekat tepi jalan utama, buatnya kena culik anak aku macamana?
Tetiba husband aku lak ikut aku. Ingat dia nak dok ngan nenek dia sekejap-kejap lagi baru balik, alih-alih ikut aku lak. Pastu hangin semacam kat Aisy. Ngan aku-aku skali dia nak hangin.
Anak-anak aku memang tak close ngan sebelah husband coz jarang jumpa. Itu boleh terima akal.
Yang tak boleh terima akal, yang sebelah aku lak, jumpa selalu pun dia tak nak jugak. Kalau dulu Aisy seorang, Amni ok je. Tapi bila dah besar budak Amni tu, ngan dia sekali gak tak nak ngan orang lain.
Yang budak dua orang ni nak ngan sape je ko tahu? Adik beradik aku, mak aku dan yang paling peliknya nak dengan mak kakak ipar aku. Kalau sebut nenek je excited nak pergi coz ingat nenek (mak kakak ipar) kat shah alam.
Maam hari raya hari tu, kami pergi shah alam duduk sehari pun tak pe, tak de la nak ajak balik. Cuba pergi rumah orang lain, bila angkat makanan, makan. Bila siap makan, terus ajak balik. Bagus betul anak aku seorang ni.
Sekian sahaja cerita raya kali ni. Balik malam hari Ahad tu sangkut jam lak dari tol bentong sampai exit berjaya hill resort. Gara-gara sikap tak sabar setengah pemandu yang lalu ikut lorong kecemasan termasuk husband aku!!!!!
jOM LAYAN Gambar Raya
No comments:
Post a Comment