Thursday, May 31, 2012

Hari Yang Macam Tak Ada Apa Yang Berlaku

Tajuk entry yang tak hengat tu...hehehe...

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke-4 buat aku ngan by by. Dah 4 tahun kami kahwin, dah ada dua anak pun. Kalau ikut kami kenal sekarang dah masuk  7 tahun kot..

Ada something special tak???? Jawapannya adalah...tak ada langsung. Bukan setakat tak ada celebration, tapi tak ada ucapan sepatah pun dr by by aku tu..

Dia lupakah???? Ntah lah..aku wish tapi dia tak balas pun.

Tanyalah aku lagi...aku kecik hati tak? Aku nangis tak dia tak celebrate or wish sempena anniversary ni? Aku merajuk tak sebab tak dapat hadiah dari dia.

Jawapannya aku tak terasa langsung. Sikit pun tak de rasa tak nak bercakap dengan dia. Tak de pun rasa nak merajuk atau kecik hati. Tak de perasaan kah aku.

Mungkin sekarang aku sudah hilang perasaan. Atau aku hilang deria rasa? Ke aku hilang daya ingatan? Apa mengena hilang daya ingatan dengan tiada perasaan? Pada yang tengah nak buat paper project tu aku mintak tolong lah buat satu paper project tentang kajian kaitan antara hilang daya ingatan dengan tiada perasaan. Ada hubungan tak??

Hahaha...atau sebab tak ada respon aku telah hilang rasa. Apa persoalannya ni? Aku pun tak faham.

Sebenarnya aku tak kisah bukan apa. Mungkin kami adalah sahabat yang sebaik-baik sahabat. Hehehe..Dan kami juga adalah suami isteri yang terbaik untuk anak-anak kami. Aku dah terima dia seadanya.

Eh eh eh..hot FM ni macam tau lak aku tengah tulis blog tentang anniversary kami. So layanlah lagu Liana Jasmay ni.



Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Note : Tak ada pic nak attach la...

No comments:

Post a Comment