Salam semua...
Macam chipsmore je aku ni..jap ada, jap tak de. Bila ada tiap2 hari ada entry, bila tak de, langsung sebulan aku tak update blog..apa cer????
Kali ni saje je nak update bukan pasal anak2 tapi ada kaitan jugak lah. Nak share2 apa yang aku dah dapat.
Kepada mommies yang pakai drypers tu kalau belum joint club drypers, jointlah. Rugi tau coz banyak hadiah gak kita leh redeem ngan hantarkan bar code drypers tu.
Actually aku baru jer joint member club ni bulan november tahun lepas. Selama ni tak pernah ada orang promote kat mana2 so tak tahu. Nak jadi kan cerita, aku terbeli drypers ni kat TF Vale Mart Bentong. Terserempak lak ngan promoter dia so dia bagi aku borang untuk redeem gift.
Aku lak bila balik je tengok dia nak bar code pek drypers untuk tukar ngan gift tu, rasa rugi sangat2 coz Aisy dah hampir nak masuk dua tahun pakai tapi tak pernah dapat apa2 gift kecuali beli yang pantz hari tu dapat kungfu panda punya crayon & colour book.
Nak kutip balik semua plastik yang dah buang tu memang tak la kan. Just kumpul mana yang ada then redeem. 1st aku redeem dapat animal stick tu. Cantik bila tampal kat dinding bilik. Bukan setakat dapat animal stick, dapat gak information untuk anak2 yang kita coz waktu isi form dia nak kita isi maklumat baby kita kan. So information leh jadi panduan yang sangat berguna pada aku.
Lepas sebulan je dapat sticker, dia hantar lagi gift kat aku. Kali ni tak payah redeem. Dia bagi satu beg yang cute dan sangat berguna. Kalau kita beli tak la mahal pun tapi bila dapat free lagi seronok kan.
Sekarang drypers ni lak setiap kali beli pek dia memang ada je gift yang dapat. Dua bulan lepas gift dia baby bath. So rumah aku banyak sangat baby bath yang drypers punya. Baru start pkai last week, dan aku puas hati gak dengan dia punya product tu.
Bulan lepas lak promotion animal sticker jugak lagi. So rumah aku penuh ngan sticker animal & flowers. Bila tampal kat dinding memang cantik dan rumah aku pun dah macam nursery. Kat dinding penuh gambar binatang. Tapi aku tak kisah bukan apa, suka bila Aisy suka nak tanya "mama, ni apa?" walaupun dia dah tau tu binatang apa coz dia obses dengan perkataan "APA" sekarang ni.
Lagi menerujakan aku bila Jumaat lepas balik , adik aku cakap drypers ada hantar buku untuk aku. Buku tu "My First Words". Kalau beli mungkin agak mahal coz aku beli buku yang saiznya kecik je yang Malaysia punya pun dah RM6.00 tapi yang dia saiz CD tu. Then ada 10 pages gitu. Buku tu lak imported punya.
Aku bukan nak promoted Drypers dan bukan jadi duta drypers pun, tapi aku nak bagi information pada readers blog aku (eceh2..macam ramai je readers dia...perasan lebih). Daripada buang je barcode tu, better kumpul then redeem je. Boleh dapat gift yang berguna jugak. Tapi sebelum tu jointlah dulu members club dia.
(Pic update nanti coz card reader tak ada la. Kalau nak tengok gambar yg kena zoom, sila tengok entry aku yang ada pic Amni meniarap tu then rumah aku tepi dinding ada sticker)
No comments:
Post a Comment