Thursday, May 31, 2012

Hari Yang Macam Tak Ada Apa Yang Berlaku

Tajuk entry yang tak hengat tu...hehehe...

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke-4 buat aku ngan by by. Dah 4 tahun kami kahwin, dah ada dua anak pun. Kalau ikut kami kenal sekarang dah masuk  7 tahun kot..

Ada something special tak???? Jawapannya adalah...tak ada langsung. Bukan setakat tak ada celebration, tapi tak ada ucapan sepatah pun dr by by aku tu..

Dia lupakah???? Ntah lah..aku wish tapi dia tak balas pun.

Tanyalah aku lagi...aku kecik hati tak? Aku nangis tak dia tak celebrate or wish sempena anniversary ni? Aku merajuk tak sebab tak dapat hadiah dari dia.

Jawapannya aku tak terasa langsung. Sikit pun tak de rasa tak nak bercakap dengan dia. Tak de pun rasa nak merajuk atau kecik hati. Tak de perasaan kah aku.

Mungkin sekarang aku sudah hilang perasaan. Atau aku hilang deria rasa? Ke aku hilang daya ingatan? Apa mengena hilang daya ingatan dengan tiada perasaan? Pada yang tengah nak buat paper project tu aku mintak tolong lah buat satu paper project tentang kajian kaitan antara hilang daya ingatan dengan tiada perasaan. Ada hubungan tak??

Hahaha...atau sebab tak ada respon aku telah hilang rasa. Apa persoalannya ni? Aku pun tak faham.

Sebenarnya aku tak kisah bukan apa. Mungkin kami adalah sahabat yang sebaik-baik sahabat. Hehehe..Dan kami juga adalah suami isteri yang terbaik untuk anak-anak kami. Aku dah terima dia seadanya.

Eh eh eh..hot FM ni macam tau lak aku tengah tulis blog tentang anniversary kami. So layanlah lagu Liana Jasmay ni.



Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

Note : Tak ada pic nak attach la...

Wednesday, May 23, 2012

Kakak VS Adik

Mentang-mentang sekarang ni asyik dok layan Versus je yang tayang kat TV9, sampai tajuk entry nak cerita tentang anak aku pun dijadikan versus gak. hehehe...

Nak cerita pasal tabiat buruk Aisy yang sekarang ni makin menjadi-jadi. Geram kita dibuatnya. Aku malas nak bising-bising sebab dia tak makan saman pun kalau marah pun. Dua perangai buruk tu satu gigit kuku dan keduanya sembur air liur.

Bab gigit kuku tu aku pun tak tahu nak buat macamana tak bagi dia gigit kuku. Kita cakap apa pun dia tak nak dengar. Bab sembur air liur tu, dapat sekali ngan C.De dia kena "penampar" kat mulut tu. Kali kedua lak kena jentik ngan abah dia. Tapi dia bukan makan saman pun. Tetap main gak. Bila kena, menangis je pastu buat lagi. Tolong, bantu saya settle kan problem ni.

Sebab terlebih bijak, cakap tak berhenti sekali. Menyanyi lak macam-macam lagu. Main game kat hp pun dah pandai. Bila tanya umur berapa " Enam tahun"..hahaha..baru dua tahun dah cakap enam tahun lak.

Amni lak dah merangkak tapi sayang sangat lutut dia. Merangkak sikit pastu duduk. Comel je bila punggung bulat tu nak duduk tak bagi jatuh. Berusaha dengan gigih budak kecik tu.

Mulut adik dah start bising menyanyi. Suka ambik sikat pastu menyanyi dalam bahasa dia. Macam bunyi lagu McDonald have a farm tu pun ye gak...pastu pandai lak buat "wawawawa...tu bulan..." paling suka buat macam tu.

Sebab budak kecik ni breasfeed aku, dia paling tak boleh nampak mama dia. Mesti mintak dukung. Mama nak masak dok lepak kat dapur ngan walker dia tu. Mama mandi tunggu kat pintu sambil nangis2 kat luar. Dia jeles coz kakak dia boleh mandi ngan mama dia, tapi tak bawak dia sekali.

Bangun tidur je merangkak cium mama..kalau mama tak de dah jadik macam kakak dah...cebek muka pastu nangis. Lagi seorang budak yang akan jadi manja dan jadi anak mama. Sape yang nak jadi anak abah ni????

Friday, May 18, 2012

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

Salam readers...
Hari Jumaat ni rasa macam nak share sesuatu yang macam islamic gitu..sama- sama kita menambah ilmu.
Jom renung-renungkan bersama.
Hadis Berkaitan Kelebihan Memiliki Anak Perempuan :)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya,

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,

“Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, ?menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang?? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Nah! Masih tidak berbangga memiliki anak-anak perempuan?
Hohoho..sekarang tiba rasa macam nak anak perempuan lagi seorang lah. Aku suka anak perempuan ni bukan apa, selamanya sampai kita dah tak de pun anak perempuan ni akan ingat dan sayang kat kita. Anak omak gitu..
Ni dua anak perempuan saya
Kalau anak lelaki ni kadang bila dah ada girlfriend pun dah kita ni jadi no.2. Belum lagi bila dah kahwin, ada anak. Pendek kata jadi tak close la.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Salam semua readers...

Selamat hari guru buat semua cikgu & cikgi kat Malaysia ni. Kalau tak de guru, PM pun tak de kat tempat dia sekarang. Sama lah macam aku gak, takkan ada kat tempat aku sekarang. Thanx cikgu.

Kali ni nak cerita pasal cikgu lak. Family belah abah memang ramai cikgu. Ayah Su (adik abah) suami isteri cikgu. Ayah Mud (adik kedua bongsu abah) pun cikgu dan anak dia dua orang pun cikgu gak. Anak sedara belah mak (anak pak long) pun cikgu gak. Aku rasa macam semua adik beradik dia cikgu.

Anak mak? Seorang pun tak de yang jadi cikgu. Tapi kami semua pernah memegang tittle "Guru Sandaran". Dan selamanya lah budak2 tu kalau jumpa kami panggil kami cikgu. Aku lak yang rasa segan.

Aku ajar diorang sekejap je, kalau ilmu yang diajar tu bukan lah banyak mana pun. Pastu budak yang aku ajar tu semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Maklumlah, ajar budak2 yang nakal. Pergi sekolah banyak nak main je dari belajar.

Sungguh teruk aku mengutuk anak murid, sebab tu aku tak menyambung niat nak jadi cikgu. Aku tak boleh mengajar dengan seikhlas hati. Aku betul2 tabik spring kat cikgu2 yang betul2 ikhlas dari hati mengajar anak bangsa. Bukan setakat nak dapat gaji bulanan je atau pun sebab tak de kerja.

Aku paling sayang cikgu2 sekolah rendah aku. Aku kan sekolah kat kawasan kampung je, tapi sebab usaha cikgu2 ni, kami sama2 bersaing nak dapat markah paling baik. Sudahnya kami diangkat menjadi status sekolah grade A.

Waktu sekolah rendah kami semua macam satu keluarga. Semua cikgu berusaha nak bagi tuisyen kat kami. Bayarn pun tak mahal. Siap cikgu hantar balik coz dah malam.

Pastu kalau time nak wakil sekolah untuk sukan majlis daerah, semua cikgu2 ni akan ikut kami untuk bagi moral support. Memang terbaik la...kami kan budak2 pandai pastu aktif sukan lak. Sekolah pun jadi gred A, sebab tu kami semua disayangi cikgu...hahaha..perasan lebih.

Bila naik sekolah menengah, sebab dah besar dah tak close ngan cikgu2. Tapi aku paling sayang la kat dua orang ni. Ustaz Zul & Sir Halim.

Ustaz Zul selalu backing aku kalau aku ada buat salah. Dia jugak yang ajar aku subjek pendidikan islam. Ustaz ni selalu je serba salah bila hari jumaat atau sabtu aku mintak nak keluar bandar. Dia tau aku akan balik kampung pastu tak balik2 dah asrama. Sebab saya pandai ustaz pun sayang kan. Menjawablajh ustaz ngan ketua warden. Hahaha....

Sir Halim lak, aku dah tak boleh ketchup untuk math form 1 & 2, total lose waktu tu. Tapi bila form 3 sir Halim yang ajar Math, aku dah boleh score A semula. Sampai form 5, aku pun terus sayang dan cintakan subjek Math walaupun bukan sir Halim yang ajar.

Bila dah dewasa ni..eceh ceh ceh..dewasa sangat la kau. Bukan dah 3 series ke?..rasa nak nasihat je semua budak2 sekolah supaya hargai cikgu2 tu. Nanti bila dah tak sekolah, sangat menyesal sebab tak dengar nasihat cikgu.

Selamat hari guru buat semua cikgu2 kat malaysia ni. Terutama pada Cikgu Khaidzir, Cikgu Abu, Cikgu Zulkifli, Cikgu Safarijah, Ustazah Atipah, Cikgu Radzi, Cikgu Shahidan, Sir Badrul Hisham, Teacher Hashimah, Cikgu Megat yang pernah mengajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Lembah Klau. Sir Halim, Ustaz Zulkifli, Cikgu Rofidzan, Cikgu Rosmah, Cikgu Kamariah (SMKTK). Ramai cikgu sekolah menengah aku tak ingat nama la. Selamat Hari Guru.....

Tuesday, May 15, 2012

Rahadatul Aisy

Salam semua...

Minggu ni nak rajin update blog. Tak banyak pun kena update sikit. Sayang la bila setiap perkembangan tu aku terlepas nak update.

Hari ni nak cerita sikit tentang Aisy yang dah semakin besar.

Mulut dia macam bertih jagung gitu. Tapi depan kami je, bila ada orang lain je mulut terkunci kemas. Sepatah haram pun tak keluar dari mulut.

Setiap minggu, Jumaat & Ahad dia akan ke masjid mendengar kuliah gitu. Eceh2..anak aku class gitu. Jangan tak percaya...Percaya tak Aisy dengar kuliah ustaz???? Percaya????...Sebenarnya dia bukanlah mendengar kuliah, tapi dia ikut mak & C. Su dia mendengar kuliah. Niat dia, "nak makan nacik kat mesjid". Bila tak de nasik, tak sabar2 nak makan lak kat rumah sebab dah lapar. Hahaha...Tapi dia baik tau kat masjid, tak kacau orang sembahyang

Cakap pasal sembahyang, Aisy dah boleh sembahyang. Cara dia la. dia tengok kita sembahyang, dia pun dah ikut buat. Kadang tak pakai baju pun dia sembahyang jugak. Dari start ambil wuduk, suka tengok dia ambil wuduk tu. Macam kita buat jugak cuma kadang2 turutan dia tak betul. Bila sembahyang pandai dia mulut terkumat-kamit macam membaca tapi tak tahulah apa yang dia baca. Paling comel bila tunduk dan bagi salam. Memang nak pecah perut la tengok dia tu.

Bab mengira 1 - 10. dia dah ok. Dalam English pun boleh, dalam Malay pun boleh. Cepat pick up kan budak2 ni. ABC lak sebab kita dok nyanyi2 ngan dia, dia pun dah boleh sebut tapi kurang jelas. Tapi kira ok lah.

Bila cerita pasal nyanyi ni, Aisy dah hafal lak lagu Sofaz ngan Maher Zain tu. Kalau nak tidur nak dengar lagu dulu. Tu yang dah hafal lagu tu. Budak2 ni memang suka menyanyi yek???? Kalau nak ajar apa2, aku rasa kena cipta lagu la supaya diorang ni cepat hafal.

Baca Doa??? Doa makan dah boleh, doa tidur pun dah sikit2 boleh. Rasa macam nak hantar dia gi school je. Boleh dia belajar banyak2 lagi. Tapi dia macam kecik je lagi. Masih lagi pakai diapers gitu. Nanti sape nak basuh? Ke ada taska yang terima budak yang pakai diapers?

Sebab mulut dia dah banyak, kadang-kadang dia cerita kat kita apa yang berlaku kat nursery. Bagus jugak kan. Tak sedap dengar bila dia kata ada budak lempang dia kat kepala. Ni maksudnya ada budak lepuk kepala dia. Just hope dia dilindungi malaikat dari kes yang berat je. BUdak2 kecik bukan boleh controll. Marah lagi tak boleh.

Tapi lain lak case dia ngan Amni. Dia kalau datang geram dia, dia lepuk je kepala adik dia. Kadang dia tarik rambut la. Terutama kalau bab share mainan ni. Dia memang tak bagi lah. Kadang dia bagi, dia ajar tapi kalau adik dia tak ikut cakap dia, terus dia lepuk. Nakal sungguh budak kakak ni. Adik lak, baik je. tak menangis langsung.

Setakat ni je la yang aku update. Nanti update lagi. Minggu ni update blog tanpa pic. Layan cerita kosong je yek. Boleh kan?????

Monday, May 14, 2012

Drypers

Salam semua...

Macam chipsmore je aku ni..jap ada, jap tak de. Bila ada tiap2 hari ada entry, bila tak de, langsung sebulan aku tak update blog..apa cer????

Kali ni saje je nak update bukan pasal anak2 tapi ada kaitan jugak lah. Nak share2 apa yang aku dah dapat.

Kepada mommies yang pakai drypers tu kalau belum joint club drypers, jointlah. Rugi tau coz banyak hadiah gak kita leh redeem ngan hantarkan bar code drypers tu.

Actually aku baru jer joint member club ni bulan november tahun lepas. Selama ni tak pernah ada orang promote kat mana2 so tak tahu. Nak jadi kan cerita, aku terbeli drypers ni kat TF Vale Mart Bentong. Terserempak lak ngan promoter dia so dia bagi aku borang untuk redeem gift.

Aku lak bila balik je tengok dia nak bar code pek drypers untuk tukar ngan gift tu, rasa rugi sangat2 coz Aisy dah hampir nak masuk dua tahun pakai tapi tak pernah dapat apa2 gift kecuali beli yang pantz hari tu dapat kungfu panda punya crayon & colour book.

Nak kutip balik semua plastik yang dah buang tu memang tak la kan. Just kumpul mana yang ada then redeem. 1st aku redeem dapat animal stick tu. Cantik bila tampal kat dinding bilik. Bukan setakat dapat animal stick, dapat gak information untuk anak2 yang kita coz waktu isi form dia nak kita isi maklumat baby kita kan. So information leh jadi panduan yang sangat berguna pada aku.

Lepas sebulan je dapat sticker, dia hantar lagi gift kat aku. Kali ni tak payah redeem. Dia bagi satu beg yang cute dan sangat berguna. Kalau kita beli tak la mahal pun tapi bila dapat free lagi seronok kan.

Sekarang drypers ni lak setiap kali beli pek dia memang ada je gift yang dapat. Dua bulan lepas gift dia baby bath. So rumah aku banyak sangat baby bath yang drypers punya. Baru start pkai last week, dan aku puas hati gak dengan dia punya product tu.

Bulan lepas lak promotion animal sticker jugak lagi. So rumah aku penuh ngan sticker animal & flowers. Bila tampal kat dinding memang cantik dan rumah aku pun dah macam nursery. Kat dinding penuh gambar binatang. Tapi aku tak kisah bukan apa, suka bila Aisy suka nak tanya "mama, ni apa?" walaupun dia dah tau tu binatang apa coz dia obses dengan perkataan "APA" sekarang ni.

Lagi menerujakan aku bila Jumaat lepas balik , adik aku cakap drypers ada hantar buku untuk aku. Buku tu "My First Words". Kalau beli mungkin agak mahal coz aku beli buku yang saiznya kecik je yang Malaysia punya pun dah RM6.00 tapi yang dia saiz CD tu. Then ada 10 pages gitu. Buku tu lak imported punya.





Aku bukan nak promoted Drypers dan bukan jadi duta drypers pun, tapi aku nak bagi information pada readers blog aku (eceh2..macam ramai je readers dia...perasan lebih). Daripada buang je barcode tu, better kumpul then redeem je. Boleh dapat gift yang berguna jugak. Tapi sebelum tu jointlah dulu members club dia.

(Pic update nanti coz card reader tak ada la. Kalau nak tengok gambar yg kena zoom, sila tengok entry aku yang ada pic Amni meniarap tu then rumah aku tepi dinding ada sticker)