Wednesday, February 29, 2012

Pertama Kali Menaiki Public Transport.

Entry kali ni nak cerita pengalaman membawa Aisy menaiki public transport. Aku berjaya akhirnya bawa Aisy naik PUTRA LRT, STAR LRT & Bas.

LRT ni aku naik dua minggu lepas coz tak balik ke kampung. Memang nak bawa dia naik LRT, so boleh lah nak bershopping kat SOGO. Tapi niat nak shopping tu tak kesampaian pun coz Aisy adalah sangat banyak karenah.

Cerita naik LRT dulu. Kami naik stesyen kat Gombak kerana  parking je kat sana. Husband ajak naik komuter tapi aku malas nak jalan kaki dari Bank Negara tu ke Sogo. Jauh sangat. Tambah lak membawa dua orang bayi. Memang taaakkk la...


Excited nak naik LRT

Waktu mula-mula naik, masam je Aisy. Cakap apa ngan dia pun tak balas. Senyap je ko..macam orang takut pun ye gak.


Budak kecik dalam carrier

Amni lak dapat perhatian sekumpulan pelancong dari China (muslim). Macam model lak anak aku sebab pelancong2 tu asyik snap gambar dia je. Mungkin tangan aku jugak termasuk ye dalam gambar tu..Hohoho..gambar sudah sampai ke China tapi orangnya belum lagi..


Muka pertama kali naik LRT

Nak jadi cerita, Amni ni mulanya ok je bila orang snap gambar dia. Sipa sengih-sengih lagi. Tapi bila orang agah dia, terus dia menangis lak. Apa kes aku pun tak tahu. Nasib baik dah nak sampai station Masjid Jamek.

Punya la lama tak naik LRT, sekarang dah pakai token yang boleh beli sekali je. Sentuh tempat 1st naik then masukkan token di tempat terakhir destinasi. Senang & mudah kan...

Minggu baru ni jugak berkesempatan bawa Aisy naik bas. Dia suka sangat bila ada bas lalu. Mulut asyik bising je tunjuk bas selagi tak pandang lagi tu dia jerit panggil mama suruh tengok.

Bila naik bas, sekali lagi dia diam tak terkata. Bila nak smpai kat rumah mak aku tu, aku suruh dia picit loceng, dia macam takut je. Bila aku dah picit then nak turun, dia lak nak picit loceng tu.

Macam buat mainan lak aku rasa bawa anak aku ni naik public transport ni. Tapi at least bagi dia rasa. Dulu aku susah, mana ada kereta. Sampai aku dah kerja pun aku naik bas & lrt. Bila dah kahwin ni je aku tak naik lrt & bas. Tambah lak bila dok jauh dari LRT so kena lah drive sampai muntah ye kalau nak ke mana-mana.


Tuesday, February 28, 2012

Accident Di Pagi Hari

Pagi-pagi lagi dah buat aku tak de mood nak gi kerja. Dengan perut meragam dari semalam sampai pagi ni. Rasa macam nak MC je. Dah lama tak mc ni. Asyik kerja macam company tu company sendiri je tapi fikir kalau aku dok kat rumah teringat anak kat nursery lak. Tapi kalau diorang ada, sama je tak berehat. Pergi kerja je la.

Hari ni mood pagi Aisy yang baik dengan seronoknya dia cakap "Aisy nak naik motor dengan abah". So hari ni just dukung Amni dan tidaklah dukung Aisy cam tiap-tiap hari.

Amni dah meniarap so bawa kereta memang slow gila coz takut dia tiba-tiba meniarap kat seat belakang, bahaya gila. Aku dah bagi signal ke kiri nak cross jalan menuju ke nursery.

Tiba-tiba berdentum dan ternampak seorang mamat ni dah jatuh dengan motor dia. Gila apa dia langgar kereta aku pagi-pagi ni.

Mulut dia  macam nak cakap sesuatu, aku pun buka tingkap ingat nak mintak maaf walau aku tak salah kan. Boleh lak dia maki-maki aku cakap aku tak nampak. Aku pun jadi hangin semacam je. Aku maki balik.

Aku dah bagi signal lama gila nak cross jalan ke kiri, yang mamat ni nak ke kanan tiba-tiba lalu ikut tengah buat apa. Aku terus tutup tingkap malas nak layan. Kaki dah menggeletar gila nak drive tapi gagahkan jugak hantar anak ke nursery.

Aku pun tanya husband aku, kalau orang bawa motor ni kalau dia salah pun tak nak ngaku salah ke? Husband aku cakap dia tu yang bodoh, mana ada orang dok belah kiri kalau nak ke kanan.

Husband aku tanya"Tak mati lak mamat tu?" Kalau mati, aku biar je. Geram betul aku. Tak mintak maaf tak pe lah, ni dah salah tapi nak maki orang lak. Habis kereta kemek dan calar belah depan.

Tolonglah fikir-fikir sikit bawak motor tu pada penunggang-penunggang motor sekalian. Pesanan dari penaja blog ni.

Friday, February 24, 2012

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Hahaha..siapa yang nak mati tapi tak mati-mati ni? Dan siapa pulak yang hidup tapi macam tak nak hidup ni? Ooohhh..hidup ini penuh dengan tanda tanya..siapakah?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
jawapannya.....
-
-
-
-
-
blog aku lah...hahahaha....

Dah lama tak update blog. Kebuzyan melanda...Hohoho..hidup aku makin tak terurus...

Cuma rasa nak tercerita sedikit. Pagi ni dapat aduan dari ibu seorang budak lelaki yang sebaya Aisy. Mak dia cakap semalam pii anak dia lebam kena tolak ngan Aisy.

Hohoho..apakah expressi muka aku? Aku malu, serba salah, rasa macam nak berhenti kerja...jaga anak sendiri lebih selamat.

Bila sampai di nursery, penjaga di taska jugak buat aduan yang dia dicakar oleh Aisy..Ooohhhh tidak..nakalnya anak mama ni...

Apa aku nak buat sekarang ni. Aku dah warning kat Aisy pagi tadi, tapi budak kecik besar macam tu bukan faham apa.

Aku faham anak aku. Aku faham sangat Aisy. Kenapa dia cubit ? Sebab dia cemburu. Kenapa dia cakar? Sebab kita tak layan dia. Kenapa dia tolak? Sebab dia tak nak share barang tu.

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sebab dia nak perhatian dan kalau boleh kena layan dia seorang je. Apa dia nak, semua kena bagi. Hohoho..anak mama ni.