Friday, October 28, 2011

Kehidupan Yang Semakin Tidak Terkawal

Tajuk entry macam huru-hara je bunyinya tapi hakikatnya memang huru-hara. Tak sah kalau setiap hari tak meninggi suara kat Aisy menunjukkan kegarangan aku. Tapi ada budak kecik tu takut ngan aku????? Jawapannya tidak sama sekali.

Aku tak tahu dia tau ke tak aku marah dia. Tapi kalau sebut uncle marah dia tau. Tapi bila aku marah dia buat tak reti je. Lagi dia "mama...mama...mama..naik car" lagi ada laa. Kadang tengah marah ni tapi bila dia sengih2 langsung pipi bulat dia aku cubit geram.

Semalam kenakalan dia makin menjadi-jadi lak.Dia baru je naik mandi kolam pastu berendam lak dalam bilik air. Siap2 pakai baju tidur, dia pun dengan seronoknya main air dalam besen yang digunakan untuk mandikan Amni.

Dah habis basah seluar, kita sibuk pakaikan baju untuk Amni, dia pun sibuk pakaikan diapers untuk baybear dia. Pastu tak puas hai coz tak mandi. Asyik sebut nak mandikan bear dia je. Ntah macamana, Amni tidur dan aku nak bertungku, Aisy hilang ntah kemana. Senyap je, Panggil pun tak menyahut.

 Ni la budak nakal yang suka main air

Baru perasan pintu pagar rumah terbuka dan tengok dia dah berendam dengan bear dia dalam kolam. Sibuk cakap mandikan bear dia. Geram tapi kelakar. Sudahnya budak tu mandi kali kedua. Hari ni terpaksa la basuh dan spin kan bear tu supaya malam2 dia tak mintak bear lain lak nak buat tidur.






Amni sekarang dah masuk 26 hari. Budak ni pun dah makin pandai dan yang paling best dia adalah baby yang sangat baik. Dia tak banyak ragam macam Aisy yang suka berjaga tengah malam.

Amni dah pandai sekarang memilih untuk duduk beriba dan bukan lagi dalam baby court. Juga lebih selesa kalau bercakap-cakap dengan dia. Nasib baik ada mak yang suka "mengatid" dan juga bercakap dengan Amni. Nak harapkan aku? Tak boleh coz aku ada baby besar yang suka mendengki adik dia.

Amni tak berjaga malam, dia lebih suka tidur je. Bangun pun sebab lapar dan bila dapat susu terus tidur dengan lenanya. Dia juga tak suka membuang tengah malam macam Aisy.

Tapi satu je, dia kuat menangis. Bila lapar je terus nangis kuat-kuat. Kadang dah kenyang jugak nangis kuat-kuat coz tak nak main-main atas tilam. Dia suka orang riba dia...Ini lah anak kedua yang senang orang cakap la..Nanti kita tengok dia besar sikit macamana pulak ye!!!!!

Saturday, October 22, 2011

Aisy Sudah 19 Bulan

19hb Oct lalu genap usia Aisy 19 Bulan dan juga sudah bergelar kakak. Kakak yang nakal. Adakalanya dia terlalu sayangkan babynya dan ada masanya dia terlalu dengki dengan baby nya.

Apa yang aku lihat, sejak dia menginjak usia 19bulan ni, dia dah makin pandai. Makin pandai dan juga makin nakal. Makin tak dengar kata jugak budak kecik ni.

Dari segi pertuturan dia sangat peah bercakap. Sekarang bercakap jugak ada slang Kelantan gitu coz asyik terikut cakap mak. Mak aku mak jugak pada dia. Semua nak ikut kita cakap.

Sekarang bila tanya apa je dia akan jawab, ada jawapan yang beul dan adakalanya jawapan dia tak betul. Tapi bersyukur coz usia dia baru je 19 bulan, tapi dah pandai cakap tu kira bagus apa. Tak perlu mengharap yang lebih2.

Sian anak aku, kat kampung ni tak de nursery, tadika pun jauh. Dia bosan tak de kawan. Rasa macam nak balik KL je bulan depan. Tapi malas jugak. Dia paling suka kalau ada oranng datang rumah aku nak membeli barang. Tu je la kawan2 dia...

Aisy sekarang ni tak berapa suka sangat dah dengan mainan. Hidup dia sekarang ni lebih suka "membaca" majalah dan juga "melukis". Dia suka suruh aku lukis then dia suka sebut satu2 pic yang aku lukis tu. Lepas semuanya correct, dia akan "mewarnakan" lak semua pic2 tu dengan pen. Sudahnya dua buah buku diari kosong habis dilukis dan diwarnakan.

 Aisy & baju cat dia yang C.De beli di Sarawak





Sekarang tengok dia macam cepat je dia membesar. Kalau lipat atau jemur kain, dia dah boleh tau baju siapa. Bukan baju je, yang dalam2 pun dia dah tau siapa punya. Bersiap sedia lah untuk menahan malu kalau dia makin berani bercakap di depan orang ramai tentang pakaian dalam2 ni. Yang tak tahannya, dia boleh lak jaja bra aku dalam rumah tu. Nasib baik tak de orang, cuma mak je.

Untuk Aisy, I love u so much. Tapi adik kena tolak ansur gak, baby pun nak manja dengan mama jugak tau. Muah!!!!!

Perkembangan Bayi Di Usia 19 Bulan

A more adult view of the world

At around 19 months, your toddler will begin to understand when things don't conform to grown-up ideas. She'll laugh at something that's obviously wrong -- like calling a giraffe a zebra or calling a brother a sister. She'll also recognise when something isn't how it should be, like a stuffed bear with an eye missing or a new stain on the carpet.

Growing vocabulary

Although you're probably still understanding less than half of what your toddler says, she's beginning to understand most of the words you use around her. She's also having a vocabulary spurt and putting together pairs of words, like "Me go" or "You put."

Bossiness and negotiation

To reduce power struggles as your toddler strives for independence, make sure you treat her the way you'd like to be treated. Try compromise instead of commands. Instead of "you can't go outside now," you might say, "we can read a book now and go outside later." Instead of "you must pick up the blocks before dinner," you could make it into a game: "I'll pick up the puzzle pieces while you pick up the blocks."

Socialising

Your toddler will get all the stimulation she needs from unstructured play, so you can steer clear of formal lessons until she's at least three or older. Mother and toddler groups, and playing in friends' houses give her a chance to play near other children, but don't expect children to play with each other at this age.

Tuesday, October 18, 2011

Budak Bosan Kat Rumah

Budak kecik yang nak masuk 19 bulan tu tiap-tiap hari dan setiap saat akan sebut "Mama, mama, mama, naik car". Kesian anak mama ni. Dah biasa naik car tiap2 hari sekarang satu car pun tak de kat kampung ni.

Setiap hari juga Aisy kelihatan bosan bermain di rumah. Sudah biasa hidup berkawan tapi sekarang terpaksa bermain dengan mamanya aje. Sebab tu lah ada masanya dia cuba mengajak baby bermain dengan dia.

Kalau lah tadika Kemas dekat je dengan rumah aku, mak aku pun dah bawa dia ke tadika untuk bermain. Mengharapkan anak2 jiran yang datang bertandang ke rumah aje lah yang dapat dia hiburkan hati bermain. Habis semua mainan yang ada dipunggahnya keluar ajak bermain.

Bagi mengurangkan stress Aisy, aku decide belikan dia kolam plastik. Aku imagine kan kolam pool ring yang sedikit dalam, kecik sikit pun tak pe..tapi abahnya telah membeli kolam plastik biasa yang airnya setakat lutut Aisy je. Tapi kolam tu lebar gila.

Hujung minggu yang lalu, C.De & C.Su Aisy telah bersama memeriahkan kolam tersebut kerana kolam tersebut tersangat lah luas untuk ramai2 mandi. Sudahnya sekarang Aisy adalah pemandi kolam 2x sehari iaitu bukak je mata terus nak mandi dan waktu petang sekali.

Waktu mandi kolam Aisy adalah lebih kurang dua jam gitu. Tokma dia sangatlah suka melayan dia bermain air di kolam tu. Semalam aje waktu Maghrib baru nak masuk itupun ma terpaksa dukung bawa masuk. Kolam juga lagi meriah dengan pemberian mainan plastik yang C,De beli dari Sarawak.

OOOO..terlupa nk update jugak...bukan je Aisy yang rindu kawan2, tapi kawan2 jugak rindukan Aisy. Pagi tadi pemilik nursery Aisy telah menghantar msg bertanyakan Aisy kerana kawan2 dia asyik tanya je terutama boy yang bernama Adam. Selesai je mandi kolam, aku telefon ke nursery dan Aisy berkesempatan bercakap dengan kawan2 dia...Seronok dengar budak2 kecik ni bercakap. Sudah faham erti persahabatan...

Selang masuk cerita tentang Amni sikit. Hari ni Amni dah masuk 15hari. Tapi rtin dia masih lagi tidur. Cuma sekarang dah pandai untuk memilih berada di dalam dakapan atau ribaan bebanding duduk di dalam baby court.

Amni juga menjadi mangsa serangan adik baby bila adik baby kena marah. Ada masa Aisy menjadi seorang yang penggeram, dengan tak semena-mena dia datang dan menarik kain bedung Amni. Dia juga akan mencakar da menarik kaki Amni. Dia juga akan menarik rambut Amni. Kalau kita larang, lagi dia buat. Sudahnya dia akan menangis.

Kalau masa aisy k, dia akan menunjukkan sayangnya pada Amni an menunjukkan anggota badan Amni sambil menyebutnya dengan betul. Itu waktu sayang....

Aku lak masih lagi dalam tempoh berpantang. Tak sabar rasanya nak habiskan tempoh pantang yang mebosankan ni coz aku nak makan buah-buahan. Bosan tau makan ikan selar bakar dengan sup sayur sawi setiap hari. Huhuhuhu....

Monday, October 10, 2011

Welcome to Our Family

Seminggu blog ni tak update dah jadi sarang labah-labah...hahaha..tapi bila diselak-selak sarang lebah ni tak sangka masih ada ruang untuk aku menulis.

Kalau sebelum ni menghitung hari, tapi hari ni dah habis semua saat menghitung hari tu. Genap seminggu kalau waktu Maghrib menjengah tiba.

Tanggal 03 Oct 2011 jam 07.57pm lahirlah seorang lagi puteri dalam keluarga aku. Dengan kesakitan yang amat sangat untuk kali kedua aku berjaya melahirkan seorang puteri secara normal.

Detik2 kelahiran kali ni lebih kurang macam Aisy gak. Tapi kali ni tak panik macam dulu. Pagi Isnin nak solat subuh dan bersiap untu bekerja tapi dikejutkan dengan titisan darah yang keluar.

Masih lagi boleh mengemas rumah dan bersarapan macam biasa sementara menunggu saat ke hospital. Masih juga menunggu Aisy bangun tidur. Sudahnya pukul 10.00am baru bergerak ke HUKM. Tapi masih sempat singgah di kedai Sendayu Tinggi di Jalan TAR untuk membeli pati ikan haruan dan juga Tummy Tone.

Husband juga telah tersalah masuk jalan lalu bersesak di area Bukit Bintang sebelum dapat keluar ke Jalan Tun Razak. Sampai di HUKM juga aku masih lag rileks walaupun ada contraction sejam sekali. Selepas doc membuat CTG & pemeriksaan bukaan, hanya buka 1 atau 2cm sahaja.

Doc bagi pilihan sama ada nak balik atau duduk wad coz tak tahu mungkin lama mungkin sekejap. Aku buat keputusan balik berehat di rumah lagi baik.

Sampai di rumah masih sempat membeli air tebu & kelapa untuk minum. Makan juga Twisties..Hahahaha..Sempat juga memasak untuk husband dan membuat kerepek pisang. Tapi bila dah siap masak contraction dah datang dalam 15 minit sekali. Mak paksa gi hospital je coz dah sakit sangat tapi makan dulu.

Sedih coz tinggalkan Aisy yang memandang sedih ke arah kami yang menuju ke kereta. Aku tau malam tu buat pertama kali aku tidak dapat tidurkan dia.

Sampai di HUKM dan melalui prosedur biasa bukaan sudah 4cm. Aku ditolak terus ke labour room jam 5.00 pm. Sepanjang hampir 3 jam bertarung, puteri kedua ni keluar dalam bukaan hanya 7cm. Alhamdulillah..

Hampir pukul 10.00 malam barulah aku ditolak masuk ke wad. Setelah husband pulang, terus telefon permata hati tapi dia dah tidur. Tidur atas motor lagi waktu C.Su dia bawa jalan2. Sedih coz adik cakap dia asyik tanya je.

Puteri kedua ni sama je macam Aisy. Cuma dia lahir dengan berat 3.26kg & 49cm. Lebih kurang Aisy je tapi baby ni kurus je. Tak macam Aisy yang bulat waktu lahir. Isi pejal, tulang keras. Mungkin sebab pregnancy kali ni aku kurang minum Anlene Concrete yang dalam kotak tu. Hahaha...

Malam tu baby ni sama je macam Aisy tak nak tidur dalam tempat baby so tidurlah ngan aku berdua atas katil sambil berpelukan. Dia tak biasa lagi dengan keadaan yang luas so kena comfort kan dia.

Pagi tu lega coz dapat terus balik. Anak dan ibu tak de masalah. Lagi seronok bila Aisy sampai dalam pukul 11.00 lebih tu. Rindu sangat kat budak montel tu. Selesai semua urusan pukul 1.30pm kami bertolak pulang ke rumah.

Alhamdulillah, hari Khamis yang lepas kami telah selamat mendaftarkan nama puteri kedua ni dengan nama RAUHILLAH AMNI BINTI MD RIZAL. Dan bermulalah kehidupan Amni sebagai baby kepada adik dan juga anak kepada mama & abah.

 Baby Rauhillah Amni  (Rahmat / Keberkatan Ketenangan)

 Adik Baby, Rahadatul Aisy (Kemakmuran Hidup)

Fasa-fasa penjagaan sama je macam Aisy dulu cuma terpaksa membeli baby court coz ada budak nakal yang sayangkan baby dia. Kalau baby nangis, dia yang berkejar dulu. Kalau baby nak susu, dia yang paling sibuk. Juga suka dukung dan cium baby dia. Kalau tanya dia, baby siapa, dia jawab"Baby adik".