Saturday, September 11, 2010

Syawal Nan Indah

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua..Maaf Zahir &  Batin dari aku, Rizal & Aisy..

Pagi ni aku bersyukur dipanjatkan usia untuk menyambut Aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang lalu...tak cukup pun..biasa la..org perempuan..

Datangnya Syawal bermakna berlalu sudah Ramadhan yang pasti aku rindu lagi..semoga Allah panjangkan usia ku dan ahli keluargaku agar kami dapat berkumpul lagi pada tahun hadapan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama

Bila datangya Syawal, bermakna arwah abah dah balik jugak..dah tak de kat sini..meneruskan perhitungannya dengan Allah..semoga segala kebaikan yang abah buat di dunia ini diterima..semoga Allah menerima semua amal ibadat abah..semoga Allah ampunkan dosa2 abah kerana tidak berupaya lagi menjalani kehidupannya sebagai hambaNya diakhir2 kehidupan abah sebagai insan di dunia...


Arwah Abah & De (Konvo UPM 2005)
- Gambar terakhir sebelum arwah diserang stroke -

Arwah Abah & Aku (Akad Nikah 30.05.2008)
-Gambar terakhir sebelum abah pergi selamanya (10.06.2008)-

s\edih la pulak..huhuhu..tak menjengah abah sekali pun lagi sejak aku lahirkan Aisy..terukkah aku sebagai anak yang tidak menziarahi abahnya bila dia dah tak de..teruk kan aku...

Tahun ni aku beraya kat rumah aku coz MIL aku nak beraya kat kampung dia kat Lanchang..sepatutnya aku raya kat Perak..sorry Bib & Ruby, tahun depan la jawabnya baru kita jumpa ye...


Dari Kiri Belakang : Akma, Yati, Nani, Aku
Dari Kiri Depan : Ruby, Bib, Yana
-Gambar waktu kahwin nani (2006)-

Hari raya tahun ni jatuh lak hari Jumaat..so terbatas sikit masa nak bergerak..lagi pun hujan mencurah2..tak dapat lah aku ziarah kubur abah..huhuhu...

Meriah sungguh raya kali ni sampai tak sempat kami sekeluarga bergambar..lagi mana pula nak melayankarenah si comel Aisy yang dah tak nak dengan orang lain..pantang nampak kelibat aku,menangis jika tak diangkat..Anak mama dah kenal mama ye..Alhamdulillah..


Dengan keluarga C.Mah

Aisy & Uncle Arif

Aisy tak nak dukung la mama, Aisy nak jalan

!st time saya sambut raya la C.Su

Cik De Aisy

Cik Su & Aisy


Tok Ma & Aisy

Aku & Cik Husna (Org kuat perpaduan daerah Cheras tu)

Ma tengah confuse nak ambik apa

Adik (Maiza) & Mak

Duit raya untuk budak kecik je ye...

Dari rumah  ke rumah beraya sampai ke Temerloh dan destinasi terakhir adalah di Felda Lembah Klau rumah M.Ngah aku..Balik rumah je dah kat pukul 9.00 malam..tapi biasa la, bila balik rumah, makan adalah perkara pertama yang akan kami semua buat..bukan tak makan kat rumah orang lain, tapi sebab kami adik beradik memang kuat makan, terutama sate dan nasi minyak..fuhh..sedap mak masak...

Tidur awal la..esok nak gi Jelu dan gi kubur abah..good nite

No comments:

Post a Comment