Thursday, September 30, 2010

Pagi Yang Dilimpahi Hujan Rahmat

Agak terlewat sampai ke office..nasib baik boss tak masuk lagi..hujan2 pagi ni insyaallah ada rahmatNya yang diturunkun untuk semua umatnya..

Berat hati nak pergi kerja dan tinggalkan aisy pagi tadi..bila dia nampak aku buka pintu dia berusaha menegejar aku sedangkan dia hanya boleh meniarap dan berguling2 sahaja..mesti aisy ingat mama nak bawa aisy gi jalan2 kan...huhuhu..hari sabtu nanti ye mama bawa aisy jalan2...

Dalam hujan yang lebat juga husband aku berusaha meredahnya dengan hanya menaiki motosikal ke tempat kerjanya..kalau masuk site terus tak payah masuk office, tapi coz hujan dia kena masuk office..kesian kat by by..basah kuyup..semoga Allah murahkan rezeki by ye...

Pagi yang dilimpahi rahmat ini juga mengingatkan aku pada Rayyan Ian Ariff, Nabila, Alisya(Sarra) dan ramai lagi yang masih berjuang untuk teruskan kehidupan. Anak kecil yang terlalu hebat pada aku..Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk anak2 ini...

Al-fatihah juga untuk adik Alanna Qish..terasa ingin menjengah teratak bidadari kecil ini di Kota Damansara tapi masa tak mengizinkan...sesungguhnya dia mesti bahagia di sana dan tidak perlu lagi menanggung kesakitan yang amat sangat....Sepertimana tiap saat aku merindui Rahadatul Aisy, aku juga merindui Alanna Qish...aku jatuh cinta pada anak kecil yang tabah ini..semoga mummy ayu tabah menghadapi segala dugaanNya..

Hujan2 pagi ni juga buat aku merindui abah..al-fatihah untuk arwah abah...sejak abah meninggal, aku tak pernah pun jumpa abah dalam mimpi..terlalu rindu kat abah....abah pergi untuk tidak berdepan dengan kesakitan yang terlalu lama..Allah permudahkan urusan abah untuk berjumpa denganNya...

No comments:

Post a Comment