Thursday, September 30, 2010

Pagi Yang Dilimpahi Hujan Rahmat

Agak terlewat sampai ke office..nasib baik boss tak masuk lagi..hujan2 pagi ni insyaallah ada rahmatNya yang diturunkun untuk semua umatnya..

Berat hati nak pergi kerja dan tinggalkan aisy pagi tadi..bila dia nampak aku buka pintu dia berusaha menegejar aku sedangkan dia hanya boleh meniarap dan berguling2 sahaja..mesti aisy ingat mama nak bawa aisy gi jalan2 kan...huhuhu..hari sabtu nanti ye mama bawa aisy jalan2...

Dalam hujan yang lebat juga husband aku berusaha meredahnya dengan hanya menaiki motosikal ke tempat kerjanya..kalau masuk site terus tak payah masuk office, tapi coz hujan dia kena masuk office..kesian kat by by..basah kuyup..semoga Allah murahkan rezeki by ye...

Pagi yang dilimpahi rahmat ini juga mengingatkan aku pada Rayyan Ian Ariff, Nabila, Alisya(Sarra) dan ramai lagi yang masih berjuang untuk teruskan kehidupan. Anak kecil yang terlalu hebat pada aku..Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk anak2 ini...

Al-fatihah juga untuk adik Alanna Qish..terasa ingin menjengah teratak bidadari kecil ini di Kota Damansara tapi masa tak mengizinkan...sesungguhnya dia mesti bahagia di sana dan tidak perlu lagi menanggung kesakitan yang amat sangat....Sepertimana tiap saat aku merindui Rahadatul Aisy, aku juga merindui Alanna Qish...aku jatuh cinta pada anak kecil yang tabah ini..semoga mummy ayu tabah menghadapi segala dugaanNya..

Hujan2 pagi ni juga buat aku merindui abah..al-fatihah untuk arwah abah...sejak abah meninggal, aku tak pernah pun jumpa abah dalam mimpi..terlalu rindu kat abah....abah pergi untuk tidak berdepan dengan kesakitan yang terlalu lama..Allah permudahkan urusan abah untuk berjumpa denganNya...

Wednesday, September 29, 2010

Hari Yang Memenatkan

Hari ni aku kembali menyambung tugasku yang tak berapa busy tapi buat2 busy..(berlakon je lebih)..


Macam banyak kerja je nak buat

Hari isnin kononnya dapat balik awal coz nak hantar doc kat runner office aku tapi jam punya pasal aku sampai rumah sama je..ada pokok tumbang kat area MRR2 bukit antarabangssa..sampai je rumah hujan masih renyai tapi redah je la..ok lagi..penantnya..nak naik tingkat 4..huhuhu..kalau aku ada pilihan,aku tak duduk rumah ni..rumah teres lagi baik...sampai je rumah, husband aku tengak dok bersantai tengok vcd naruto ke apa ntah tapi kartun la..macam tak nak balik je dia ni..dah azan pun rileks je lagi..

Pukul 7.30 pm kitorang gerak menghala ke lebuhraya Karak..tapi biasa la,aku terlalu mengejar masa kerana terlalu rindu kat aisy yang ada kat kampung, tapi husband aku rileks je..lepas isi minyak berhenti lagi untuk drive thru McD..ada niat lagi nak berhenti kat tol gombak untuk makan tapi mulut aku dah bising la..nanti lambat sampai...husband aku kali ni bawa kereta 80kmj je..memang hujan tapi aku rasa macam nak cepat sampai je..2jam lebih perjalanan baru smapai...huhuhu..rindu betul kat aisy..baru sehari tak jumpa..

Sampai2 je rumah dah kat pukul 10pm..lamanya perjalanan..huhuhu..aisy tidur lak,tapi bila dengar suara aku ngan husband aku aisy bangun..aktiviti yang seterusnya adalah bermain dengan aisy sampai kul 1.30am..husband aku dah terbongkang kul 12 lagi..mata pedih tapi sian aisy..dia cuma dapat jumpa aku berapa jam je..kalau aku dan aisy tidur,kami sama2 tak dapat habiskan masa bersama..apa yang buat aku bangga sekarang ni, aisy dah tak nak dengan orang lain..cuma nak aku bila dia nampak aku..tak nampak takpe..itu yang aku harapkan coz masa dia lahir sampai sebelum puasa dia tak kisah pun pada aku..sekarang pun kalau nak tidur mesti aku yang kena berzikir untuk dia..kalu dulu abah dan mak aku..sampai satu ketika aku menangis sedih coz anak aku tak kenal siapa sebenarnya mama dia...huhuhu

Pukul 5.30am aku dah bangun..mak aku pun dah siap sahur..mak aku tak tau aku nak bawa balik aisy,bila dia tau je,apa lagi,peluk cium aisy sampai tak nak lepas la...aisy pn dia tau je nak balik rumah dia,mesti dia bangun..tambah lak tak boleh tengok aku pakai tudung,terus je angkat 2 tangan dia mintak ambik dia kalau tak,menangis la dia...

Jam sikit kat MRR2 Kepong so lambat sikit sampai rumah..dalam kul 8am..aku ambik keputusan ambik EL je..penat sangat..lagi pun aku tak jumpa lagi k.yah yang nak jaga aisy..boleh gak aku gi survey nursery untuk aisy nanti..Sempat masuk rumah k.yah pagi tu,borak2 kejap and tengok aisy pun macam ok je bila k.yah pegang dia..kira ok la tu..syoknya kalau k.yah nak jaga aisy untuk seterusnya..aku tak payah lagi turun dari tingkat 4 naik lak tingkat 3 blok sebelah coz nak ambik n hantar aisy..tapi k.yah dah jaga 2 org budak,dia tak berani la ambik aisy,takut perhatian tak de lak...tak pe,nak buat macamana....

Sampai je rumah aisy mengamuk coz tak puas tidur..tidurkan dia sambil aku jugak tidur..husband aku sampai sekarang pun tak orang call dia nak kena masuk site ke x...last2,kami bertiga pn tidur...hahaha...macam hari cuti lak boleh sambung tidur..

Pukul 9.30am aisy dh bangun..mandi je la ye bucuk..nanti boleh sambung tidur semula..siap2 mandi aisy tak nak tidur..husband aku pun tak gi kerja lagi..k.yah datang dengan anak dia jaga..borak2 la dengan dia..k.yah puasa aku pun tak hidang apa2 la..rumah aku pun tak de apa2..smua dah habis,yang tinggal cuma aiskrim..k.yah dah balik pun aisy tak nak tidur lagi..aku nak masak kul berapa ni..nak masak sardin je pun tapi kalau aisy tak tidur,susah la..


Betapa bersepahnya rumah aku


Pukul 1.00pm aisy mengantuk sangat2 dah..tidur la dia dan aku boleh buat banyak kerja..rumah yang bersepah, baju tak berlipat,pinggan mangkuk n periuk banyak yang tak terbasuh..(husband aku memang suka pakai banyak benda,gelas sekali minum sekali tukar..sama gak kalau dia memasak)...solat dulu la baru masak..usai je solat aku dengar aisy menangis..husband aku dah tepuk2 aisy tapi dia tak nak diam gak..aku ambik aisy baru la diam..husband aku cakap dia tak tau pun aisy ada kat situ..tak tau la kalu dia dah terpenyekkan aisy waktu tidur coz diorg tdr sebelah2..aku dah letak bantal dah tadi..macam2...

Nak masak tak boleh,aisy tak tidur2 lagi last2 husband aku ajak kuar la beli lauk..so tak de la lmakan sardin..(husband aku tak suka sardin sebenarnya)..tmpt prtm gi Selayang Mall beli puting botol dia yg dh aku rosakkan..(knp la kt tmpt2 lain xd jual botol jenama AVENT tu ye,ada kt Parkson je)...dh beli kitorang merayap la jap kat mydin lak..on the way balik husband aku beli aiskrim..aisy ni dh pandai nk makanan org ln makan..bayangkan dalam kereta waktu tu, dia bangun tak nak dok beriba ngan aku melangkah ke tengah kat gear dan dok atas riba aku sambil tegur abah dia makan..hoh..hoh..aisy tegur abah dia..husbnd aku pn suap sikit..ml2 je berkerut,pastu nak lagi..smpai 4 kali husband aku suap dia..teruk betul anak aku ni...kecik2 nak makan aiskrim lak..

Destinasi seterusnya adalah NSK..beli lauk smua kat sini la skrg..kalu mlm2 boleh pi pasar Nepal, honeydew tu cuma RM1 je..mak aku suka sangat bila kitorang bawa dia minggu lepas..smua pun rasa nak beli..sebab murah sangat..tak dok lama pun, aisy dah mengamuk..mengantuk agaknya..nk kereta, minum susu terus tdr..husband aku gi carwash kt kepong lak..ni la 1st time aku masuk autocarwash..slalu aku basuh sndr kereta..tapi aisy tidur lak,kalau tak mesti dia pun suka bila kitorang kena masuk dalam carwash center tu..

Balik dari NSK, husband aku dgn Aisy sempat lagi pose dengan petai sbg makanan favourite

Pukul 5pm baru la sampai rumah..dgn tak lunch apa2 cm breakfast pagi je dengan nasi lemak,kitorang dah pusing2 selayang...perkara pertama buat mandikan aisy dengan harapan dia akan tidur tapi tak jugak..buat kuey tiow goreng dulu untuk alas perut..sian hubby aku,dia nak main bola tapi lapar lak..pastu main dengan aisy sampai kul 6.30 dia tak nak tidur gak..kena masak jugak ni..kalau tunggu dia tidur,tak makan la..letak aisy dalam walker dia suapaya senang kerja...mula2 letak atas tilam tapi dia punya guling dah kuar dari toto yang aku bentang..letak dalam walker selamat sikit..yang ni lagi parah, dia nak dukung bila dh 10min dok dlm walker..bila dukung tak nak dok dpn tv tp nk tengok aku masak apa..kecik2 lagi dah pandai nak msak ke adik ooi..

Pukul 8pm aisy tertidur kepenatan tanpa perlu di dodoi dan berzikir..ni la masanya aku nak mengemas rumah dan baju2 yang ada coz dalam masa 2 jam lagi si kenit akan bangun untuk bermain..betul apa yang aku sangka, kul 10 dia bangun dan bermain sampai kul 1.30 am..aku pun dah nak rabak mata..tidur la dengan dia..penat betul sehari ni walau pun aku cuti untuk berehat...

Friday, September 17, 2010

Open House

Buat pertama kalinya aku buat open house coz ni pun sebab aku baru je dapat rumah February lalu..tak jemput kawan2 datang makan lagi kat rumah..hari tu pun just jemput orang surau buat solat hajat dan kenduri doa selamat je..maklum la..tengah tak larat bawa badan kerana waktu pregnant tu aku terlalu gemuk...hahaha

Aku tak jemput ramai pun cuma kawan2 office aku dan sepupu2 aku je..kawan2 rizal gak..rumah aku kecik je..kalau jemput terlalu ramai tak tau diorang nak dok kat mana nanti...


Menu open house


Aisy yang baik je..


Nak meniarap je Aisy ni



Menu biasa la..nasi impit kuah kacang, lontong, sate, lemang, nasi minyak, rendang ayam, & sambal udang..buah-buahan..tu je yang aku mampu hidangkan...

Malamnya pulak kami berkunjung ke rumah sepupuku di Shah Alam..punya la tak pernah pi sana, sampai sesat..pada hal dekat je rumah dia ngan rumah aku...kami dihidangkan dengan chicken chop..nyum nyum nyum..thanx Angah & Family...

Monday, September 13, 2010

Hari Raya Ketiga

Raya yang penuh dengan aktiviti kunjung mengunjung..pagi ni awal2 lagi dah kena bakar ikan dan ayam untuk sedara mara aku yang nak datang makan tengahari..penat betul....

Aku dah janji dengan Azziyah nak gi rumah dia kul 2.00 coz nak jalan2 raya dengan kawan2 lama..tapi kul 1.00 baru siap masak semua makanan...lagi satu kerja perlu aku buat..basuh kereta coz husband aku semalam tinggalkan kereta dalam keadaan kotor yang teramat sangat..selut dan lumpur yang dah kering penuh kat tayar dan juga bahagian bawah kereta..kalau tak pi beraya pun, aku kena cuci kereta ni..esok nak balik KL..takkan nak bawak kereta yang kotor...

Pukul 2.30 aku dah siap nak pergi..sempat lagi Azziyah telefon aku nak confirm dengan aku jadi datang ke tak..aku jadi serba salah..nak bawa aisy tapi sian lak dia..dia pun macam tau2 je aku nak gi jalan, dia terus bangun dari tidur..terpaksa la aku buat susu untuk dia dulu..bagi susu dan main2 jap dengan dia..Aisy dah pandai sekarang, kalau dia tengok orang pakai tudung, dia nak ikut la..dia tau boleh jalan2 naik kereta..sorry sayang, mama tak boleh bawa aisy la...

Bila aku sampai kat rumah Azziyah, dah kul 3.00 petang..janji melayu tul la aku ni..Ja, Niza, & Ichik dah menunggu..aku la yang lambat...makan bihun goreng kat rumah azziyah dan seterusnya ke rumah Ja lak..makan laksa lak....

Destinasi seterusnya adalah ke rumah Jannah...rumah ni hanya diserang coz Jannah kata nak ikut tapi tak nampak lak batang hidung dia..nasib baik ada kat rumah...ke rumah Niza lak..kali ni bihun soto lak jadi hidangan..makan lagi...nak ke rumah Ichik tapi ada sedara mara dia lak..tukar destinasi ke rumah Nora..alhamdulillah..sama2 sampai di depan pintu rumah Nora..Nora baru sampai dari Kedah..beraya kali pertama sebagai seorang isteri & mom to be..


Kiri Atas: Ashaliza aka Ichik, Norhasnizar aka ja, Noor Azziyah aka Azziyah, Shamsuniza aka Niza
Kiri Bawah: Nurul Jannah aka Jannah, Norhanafizah aka Hanafizah, Sharifah Nora aka Nora



Untuk kali terakhir, konvoi myvi kami menuju ke RTP lak..rumah Anura 1st coz maznin tak de lak...kat sini satu kejadian yang biasa akan berlaku kalau bawa budak kecik..Princess Rania (Azziyah punya daughter) pecahkan penutup balang kuih raya...huhuhu..nangis la apa lagi bila mummy dia jentik dia...biasa la budak2..nakal sikit bila nak membesar..Aisy jangan nakal2 kat rumah orang tau, kalau tak mama tak jentik tapi mama cubit drumstick Aisy yang besar tu..Nyum nyum nyum...

Last skali kat rumah aku la..jumpa gak diorang ngan anak aku..Aisy lak tak nak minum susu lepas aku gi..sian dia..anak mama ni dah pandai...nak mama je ye...orang lain dah tak jalan ye...

P/s : Masih menanti gambar2 raya dari seorang sahabat..aku? bawa kamera tapi tak ambik pun..teruk tak aku?

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya Kedua - Majlis Cukur Jambul

Pagi-pagi lagi terus bersiap hendak ke kubur..huhuhu..sedih betul..aku bab ni tak boleh tahan tul air mata..mesti nak nangis nye..rindu kat abah la...

Perasan tak head band Aisy terbalik..hahaha


Aisy lagi comel kalau pakai topi tau..

Aisy yang tension coz smua pun nak bergambar ngan dia





Cepat la mama naik kereta, bosan la asyik ambik gambar je

Balik dari kubur, Aisy & husband aku tidur lagi..kejutkan saje la..hari ni kitorang beraya ikut haluan masing2..husband aku masih ingin beraya di kampungnya walaupun semalam kitorang dah gi sana..tak kisah la..aku nak ke majlis cukur jambul anak sepupu aku di Jelu...

Aisy with Nelly

Aisy pun tumpang sama belah mulut..bagi pandai ye..masuk U macam mama..belajar pandai2 ye Aisy..kalau boleh nak tengok Aisy jadi doktor..nanti Aisy boleh jaga mama ye..

Niat di hati nak ke rumah Aiza, tapi majlis pun dah habis lewat sangat..dalam kul 3.00 petang baru habis dan gerak balik..perjalanan diteruskan ke Thong Fatt Raub untuk mencari lauk malam ni..nak buat barbeque..

Sampai je rumah tengok kereta WRH7426 aku ada kat parking kereta..husband aku hanya meninggalkan pesan yang mengatakan dia tak balik malam ni coz esok terus nak gerak ke perak hantar MIL balik..ikut suka la..hangin tul..panas ni..sabar2..baru je semalam mintak ampun...sabar2...

Malam tu dah rasa malas dah nak buat barbque, so aku pun buat masam manis ketam..tak jadi nak bakar..tapi tiba2 Ayah Su & Family datang...nak barbeque katanya..waktu tu dah kul 9.00 pm..apa lagi, start la kerja2 menghidupkan api nak bakar membakar...






-Riang Ria Berbaque-

-Pasangan yang segan nak masuk beraya-



P/s : Mata dah ngantuk..perlu tidur yang secukupnya coz Aisy akan tidur lambat atau pun berjaga di tengah malam..esok ada program umtuk aku juga..hehehe




Saturday, September 11, 2010

Syawal Nan Indah

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua..Maaf Zahir &  Batin dari aku, Rizal & Aisy..

Pagi ni aku bersyukur dipanjatkan usia untuk menyambut Aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan yang lalu...tak cukup pun..biasa la..org perempuan..

Datangnya Syawal bermakna berlalu sudah Ramadhan yang pasti aku rindu lagi..semoga Allah panjangkan usia ku dan ahli keluargaku agar kami dapat berkumpul lagi pada tahun hadapan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama

Bila datangya Syawal, bermakna arwah abah dah balik jugak..dah tak de kat sini..meneruskan perhitungannya dengan Allah..semoga segala kebaikan yang abah buat di dunia ini diterima..semoga Allah menerima semua amal ibadat abah..semoga Allah ampunkan dosa2 abah kerana tidak berupaya lagi menjalani kehidupannya sebagai hambaNya diakhir2 kehidupan abah sebagai insan di dunia...


Arwah Abah & De (Konvo UPM 2005)
- Gambar terakhir sebelum arwah diserang stroke -

Arwah Abah & Aku (Akad Nikah 30.05.2008)
-Gambar terakhir sebelum abah pergi selamanya (10.06.2008)-

s\edih la pulak..huhuhu..tak menjengah abah sekali pun lagi sejak aku lahirkan Aisy..terukkah aku sebagai anak yang tidak menziarahi abahnya bila dia dah tak de..teruk kan aku...

Tahun ni aku beraya kat rumah aku coz MIL aku nak beraya kat kampung dia kat Lanchang..sepatutnya aku raya kat Perak..sorry Bib & Ruby, tahun depan la jawabnya baru kita jumpa ye...


Dari Kiri Belakang : Akma, Yati, Nani, Aku
Dari Kiri Depan : Ruby, Bib, Yana
-Gambar waktu kahwin nani (2006)-

Hari raya tahun ni jatuh lak hari Jumaat..so terbatas sikit masa nak bergerak..lagi pun hujan mencurah2..tak dapat lah aku ziarah kubur abah..huhuhu...

Meriah sungguh raya kali ni sampai tak sempat kami sekeluarga bergambar..lagi mana pula nak melayankarenah si comel Aisy yang dah tak nak dengan orang lain..pantang nampak kelibat aku,menangis jika tak diangkat..Anak mama dah kenal mama ye..Alhamdulillah..


Dengan keluarga C.Mah

Aisy & Uncle Arif

Aisy tak nak dukung la mama, Aisy nak jalan

!st time saya sambut raya la C.Su

Cik De Aisy

Cik Su & Aisy


Tok Ma & Aisy

Aku & Cik Husna (Org kuat perpaduan daerah Cheras tu)

Ma tengah confuse nak ambik apa

Adik (Maiza) & Mak

Duit raya untuk budak kecik je ye...

Dari rumah  ke rumah beraya sampai ke Temerloh dan destinasi terakhir adalah di Felda Lembah Klau rumah M.Ngah aku..Balik rumah je dah kat pukul 9.00 malam..tapi biasa la, bila balik rumah, makan adalah perkara pertama yang akan kami semua buat..bukan tak makan kat rumah orang lain, tapi sebab kami adik beradik memang kuat makan, terutama sate dan nasi minyak..fuhh..sedap mak masak...

Tidur awal la..esok nak gi Jelu dan gi kubur abah..good nite