Thursday, January 11, 2018

Amsyar Belum Preschool

Salam...

Bulan Mac nanti genap umur Amsyar 4 tahun tapi aku masih berkira-kira nak hantar dia ke preschool ke tak.

Sebab utama adalah dia tak kenal pun huruf ABC dan 123 lagi. Hidup dia betul-betul dengan main sahaja. Bukan setakat tak kenal, hafal pun tak betul lagi.

Aisy dan Amni aku hantar ke Genius Aulad sebab dua-dua tu menunjukkan minat nak belajar dan lagi satu diorang sudah kenal huruf.

Yang seorang bujang ni entahlah. Memang berbeza sungguh lelaki dan perempuan ni.

Tapi bila fikir, dia belum lagi cukup umur 4 tahun. Buat apa nak paksa dia untuk benda dia tak suka. Bagi ruang untuk dia, dia kan kanak-kanak.

Masih awal, mungkin akan daftarkan dia untuk second term nanti la. Hope awak dah buang sikit perangai kuat main awak tu ye dik.

2 comments:

  1. tengah cari pasal Ga..
    terjumpa post.. then anak i pon amsyar..
    tgh pk nak enroll atau tak GA for weekly
    1.5y/o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersama lak nama anak kita ye tapi anak saya ni kira abang Amsyar la pada Amsyar Puan. Terima kasih sudi kunjung blog saya.

      Delete