Thursday, January 11, 2018

Amsyar Belum Preschool

Salam...

Bulan Mac nanti genap umur Amsyar 4 tahun tapi aku masih berkira-kira nak hantar dia ke preschool ke tak.

Sebab utama adalah dia tak kenal pun huruf ABC dan 123 lagi. Hidup dia betul-betul dengan main sahaja. Bukan setakat tak kenal, hafal pun tak betul lagi.

Aisy dan Amni aku hantar ke Genius Aulad sebab dua-dua tu menunjukkan minat nak belajar dan lagi satu diorang sudah kenal huruf.

Yang seorang bujang ni entahlah. Memang berbeza sungguh lelaki dan perempuan ni.

Tapi bila fikir, dia belum lagi cukup umur 4 tahun. Buat apa nak paksa dia untuk benda dia tak suka. Bagi ruang untuk dia, dia kan kanak-kanak.

Masih awal, mungkin akan daftarkan dia untuk second term nanti la. Hope awak dah buang sikit perangai kuat main awak tu ye dik.

Wednesday, January 10, 2018

Yuran Dan Bayaran Persekolahan 2018

Salam...

Mood awal tahun ni banyak sangat nak update pasal sekolah je. Nanti tengah tahun cerita pasal exam pulak. Cuti sekolah je boleh cerita pasal bercuti. Hihihi...

Siapa kata bila anak masuk sekolah rendah ni tak perlukan duit yang banyak. Pada aku sama saje, kita memang perlukan duit belanja RM 2000.00 start dari persediaan kelengkapan persekolahan macam baju, kasut, alat tulis dan banyak lagi barang-barang kecil yang tak nampak tapi terpaksa keluar.

Untuk dua anak perempuan aku ni, sebab Amni nak masuk darjah satu, semua beli baru, aku juga terpaksa prepare untuk Aisy benda yang sama kecuali baju sekolah je. 

Tapi masih sediakan juga dua pasang baju kurung yang baru untuk sekolah pagi dan petang. Baju last year masih boleh pakai lagi. Semua keperluan ni je dah habis RM 700.00. Tak termasuk yang aku beli extra sebab masa ni je semua tempat jual alat-alat tulis dengan harga murah so aku dah beli untuk stock setahun. Ni pun dah spend dekat RM 200.00

Yuran PIBG untuk dua sekolah RM 100.00 dan yuran sekolah KAFA untuk dua orang habis RM 250.00. Buku tulis sekolah rendah dua orang RM 80.00 dan sekolah KAFA RM 150.00. Ini semua belum termasuk dengan baju pendidikan jasmani bagi sekolah kebangsaan untuk dua orang ni yang akan ikut saiz baju dan seluar. Budget lebih kurang RM 150.00 jugak dan baju untuk sekolah KAFA hari Rabu dalam RM 50.00.

Bila campur tolak semua-semua ni memang nak kena ada Rm 2000.00 juga dalam tangan. So, marilah kita menabung lagi start Januari ni untuk sesi persekolahan tahun 2019 ye...




Tuesday, January 9, 2018

Aisy Tahun 2

Salam...

Tahun ni Aisy dah masuk tahun kedua persekolahan dan dia boleh sebenarnya sangat-sangat berdikari.

Alhamdulillah juga untuk tahun 2 ini, sekolah rendah dan juga sekolah KAFA dia berada di kelas yang pertama.

Start tahun ni sekolah anak-anak aku ni dah tak buat ujian untuk tentukan kelas bagi Tahun 1 macam government sarankan tiada pengasingan kelas. Walaupun kuatkuasa 2019, tapi sekolah diorang dah start. Harap untuk Tahun 1 sahaja, nanti tahun 2 harus asingkan. Kurang setuju dengan campur kelas sebab bermulanya pengaruh rakan sebaya kalau bercampur aduk ni kan.

Tahun lepas aku dan Aisy yang struggle gile bila time ujian dan peperiksaan untuk pastikan dia punya result nampak cantik je sebab aku percaya kalau result ni cantik dari mula, kita akan maintain sampai habis form 5. Itu pendapat aku la. Hasilnya, dia dapat masuk kelas yang pertama bagi dua-dua sekolah.

Alhamdulillah juga tahun lepas di sekolah KAFA, Aisy sangat cemerlang. Rasa mengimbau aku di zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap tahun naik pentas ambik hadiah. 

Beza sekarang, anugerah kecemerlangan tu dalam bentuk medal, kalau zaman aku dulu dapat barang-barang sekolah macam buku tulis, pensil warna dan alat tulis. So, nak naik sekolah tak payah beli dah.

Walaupun sekolah rendah Aisy tak tersenarai dalam penerima anugerah kecemerlangan, result dia sudah buat aku tersenyum gembira dan alhamdulillah. Maklum la, beza markah bagi mereka semua bukanlah jauh sangat pun, walaupun sedikit tapi kau tetap akan tertolak jauh dari senarai penerima anugerah kecemerlangan. 

Tak pe Aisy, tak dapat hadiah dari sekolah pun Aisy dah dapat macam-macam hadiah dari Tokma, Cik Su dan Cik De kan. Syukur alhamdulillah...

Monday, January 8, 2018

Hari Pertama Persekolahan 2018

Salam...

Kalau tahun lepas, ada seorang je anak yang nak sekolah rendah, so kita tak la rasa macam kelam kabut sangat.

Tahun ni anak dah dua masuk sekolah rendah, rasa berdebar-debar lak nak menunggu hari pertama sekolah tu. Bukan setakat anak je kena tidur awal, dengan aku sekali tidur awal. Maklum la, dah sebulan tak kisah nak bangun pukul berapa asalkan sebelum 6.30 pagi sebab jalan pun tak jam kan.

Hari pertama sekolah, dah kunci jam pukul 5.00 pagi coz nak siapkan breakfast sekali gus dengan bekal anak untuk ke sekolah tapi sebab Amsyar dua kali bangun minta susu, akhirnya aku terbabas sampai 5.30 pagi baru bangun.

Masih sempat menggoreng beehon untuk hari pertama ni. Nasib baik semua barang sekolah dah standby cuma untuk nak breakfast tu je lada kering pun blm aku blend kan lagi. Ambik masa dan buang masa di situ.

6.30 pagi budak-budak ni semua dah bangun untuk mandi dan solat. Alhamdulillah, pukul 7.00 pagi diorang dah stand by nak pergi sekolah. Ikut perancangan aku yang nak hantar diorang sekolah, maklum la..Amni tahun satu dan ini hari first dia. Tapi sebab ada sebakul kain yang basuh malam tadi masih belum dijemur, Rizal je la yang hantar diorang.

Untuk ke sekolah minggu ni, aku just suruh Amni bawa beg Quechua yang beli kat Decathlon je. Cukup setakat bawa pencil case dan warna sahaja. Aisy terpaksa  la bawa beg sekolah yang besar walaupun kosong sebab buku teks belum dapat lagi. Maklum la, diorang first batch KBAT. Buku teks sebelum cuti sekolah hari tu belum dapat lagi.

Untuk minggu pertama, Amni pulang awal setengah jam dari kakak dia. Macamanapun, kena tunggu Aisy juga kat sekolah tu takkan nak balik lepas tu pergi semula sekolah ambil Aisy pulak. 

Dah balik sekolah rendah, kena siap-siap untuk ke sekolah KAFA pulak waktu petang. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak dalam perjalanan mereka menuntut ilmu di dunia ni. Amin..


Tuesday, January 2, 2018

Salam 2018

Salam readers...

Lama betul tak update blog..busy tak busy mana tapi kemalasan melanda...

Banyak benda nak cerita tahun lepas tapi nak mengupdate tu mood tak datang-datang

Untuk tahun 2018 ni nak rajin sikit. Kena tanam azam dan semangat supaya blog ni tak la bersawang.

Bagi permulaan 2018, selamat tahun baru..