Mood menulis ke laut betul la. January dengan semangat baru nak update blog, tiba semangat jadi hangat-hangat tahi ayam je.
Sempena umur Amsyar 4 tahun ni, mama nak ucapkan Selamat Ulangtahun Sayang..hihihi..Amsyar tak suka mama panggil sayang kat Amsyar. Tapi suka usik awak yang suka tersengih-sengih kalau kena usik dengan ada dua lesung pipit tu, buat geram nak cubit2 tau.
Mama doakan Amsyar menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Semoga panjang umur, sihat, jadi anak yang bijak dan jadi abang pada kakak-kakak tau walaupun Amsyar ni adik tau.
Untuk birthday Amsyar kali ni, dia nak celebrate dengan kawan-kawan dia kat sekolah. Oh! Lupa pulak aku tak update pun lagi yang Amsyar dah start preschool.
Amsyar sekarang sudah 4 tahun. Hobi sekarang adalah kumpul mainan yang berlambak-lambak. Tapi semua mainan tu yang murah-murah je, beli kat kedai Eco RM2. Tu kedai favourite Amsyar. Lagi satu mainan Happy Meal Mcdonalds. Tu pun dah berlambak-lambak kat rumah.
Sempena birthday ke-4, dapat hadiah helmet dari abah, so sekarang tengah excited naik motor jalan-jalan dgn abah. Impian nak ikut abah pergi mana-mana tu macam dah tercapai je yek!
Walaupun dah berjaya ikut abah gi jalan-jalan naik motor, tapi masih belum boleh ikut abah main bola. Cita-cita nak jadi pemain bola juga budak seorang ni. Nak jadi pemain bola, harus jadi yang profesional. Tak mau main yang hanya habiskan duit beli tu beli ni tapi tak ada pulangan ye dik..Kalau untuk bersukan sahaja, mama ok je, jangan berlebih-lebih.
Adik ni muka sweet macam apple pie bila senyum dan bercakap dengan mama. Jangan jadi sweet talker bila besar nanti ye, kalau untuk mama seorang je, mama ok je. "NO" untuk orang luar tau. Kekalkan percakapan yang sopan tu bagus.
Teruskan usaha Amsyar. Jadi anak yang soleh di dunia dan akhirat.
PS: Sejuk dengar bila dengar Amsyar dah boleh baca Fatihah dan Al-ikhlas