Salam Ramadhan..
Menu apa petang ni berbuka? Aku tak pasti lagi sebab ada dua tekak yang nak kena ikut selera diorang.
Alhamdulillah, dah dua hari Aisy belajar puasa penuh. Minggu awal Ramadhan, macam-macam alasan dan dicampur sekali dengan demam tiga beradik tu sampai tak puasa seminggu.
Mana tak demam, pukul 6.50 pagi dah turun mandi kat "swimming pool" tokma buatkan untuk cucu-cucunya. Pastu dah penat main air mula la lapar. Dah tak puasa.
Minggu kedua hari Isnin baru start puasa, itu pun bertahan sampai pukul 5.00 je. Hari kedua 10 minit nak berbuka mengepek kata tak tahan tapi boleh je tahan sebenarnya.
Hari ketiga dah ok sikit walaupun asyik la dengar dia tanya lagi pukul berapa lagi pukul berapa.
Sekarang ni kalau dengar Faizal Tahir tu maknanya dah nak berbuka la maklum la aku masih lagi di dapur sibuk memasak utk juadah berbuka.
Minggu pertama aku masak lepas solat Subuh tu siap-siap, so bila sampai rumah pukul 7.00 pun masih wat lek wat peace lagi sebab semua dah siap.
Minggu ni sebab dua orang tu tak decide nak makan apa, sudahnya bersilat kat dapur walaupun pukul 7.00 baru sampai rumah.
Beli kat Bazar Ramadhan? Beli juga itu pun setakat murtabak sebiji dengan roti john satu. Itu je yang anak-anak semua makan. Amni sekarang jadi penggemar roti john sejak tiap jumaat cik de dia belikan roti john kalau balik kampung.
Amni ni tiap-tiap malam pesan kejut sahur tapi tak sehari pun lagi bangun sahur dan puasa. Hihihi..niat je dah ada.
Cerita bab tarawikh, kebetulan kan puasa start Sabtu minggu lepas, Jumaat dan Sabtu sempatlah tarawikh kat masjid. Walaupun berperang dengan budak tiga orang tu kat masjid tapi settle gak sampai witir.
Tapi hujung minggu baru ni, Jumaat je boleh dengan tenang solat tarawikh kat masjid sebab tiba-tiba Amsyar tak nak pergi. Maka kita tinggalkan dia kat adik aku.
Sabtu dia nak ikut tapi sebab dia tak de kawan agaknya nak main, dia pergi main teng teng lak atas sejadah orang nak sembahyang. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Sudahnya balik la aku dengan dia ke rumah. Tak makan saman anak teruna ni seorang.
Korang punya cerita macamana pulak?
No comments:
Post a Comment