Friday, September 2, 2016

Anugerah Terindah

Salam..

Lama betul tak up entry kat blog ni. Tak tahu nak cerita apa sebab semua macam biasa walau pun banyak la karenah anak-anak terutama yang sekolah.

Tapi kali ni nak story tentang novel vs drama kat TV3 yang meletop-letop tu..apa lagi kalau bukan SayangKu Kapten Mukhriz...

Aku dah lama tak baca novel sebab aku rasa kalau nak baca novel ni kena ada masa free yang boleh nak feel melayan watak sampai kita masuk dalam novel tu.

Sekarang ni kalau nak baca novel banyak waktu terganggu. Baru nak buka novel anak dah datang nak itu, nak ini. Lagipun quality time dengan anak-anak tu penting sebab ada lima jam je sehari kalau hari kerja.

Dalam lima jam tu la kita nak masak untuk makan malam, basuh baju, lipat baju, ibadat, tengok home work anak last-last biasanya aku yang tewas dulu sebelum anak-anak aku tidur. Ye la, jam lima pagi aku dah nak kena bangun prepare breakfast and siapkan semua sekali sampai la hantar anak ke sekolah dan aku lak terus pergi kerja.

Kat office walaupun free tak de kerja sangat, tapi tak de la sampai boleh nak baca novel kan. Lunch hour satu jam tu walaupun aku tak makan tapi aku guna 30 minit utk tidur then solat Zohor. Hari tu ternampak Prof Muhaya punya tips ke apa, tidur siang tu untuk kekal muda. So, kena la amalkan walaupun hanya dapat tidur 20 minit je.

Aku memang layan drama-drama pukul 7.00 malam kat TV3 / TV1 mana yang best la. Kalau hero atau heroin tak best biasa tengok gitu-gitu je.

Tapi tak tahu kenapa cerita SKKM ni macam best pulak. Suka tengok Dr. Ariana Dahlia ni tergedik-gedik nak ambik perhatian ustaz Kapten Mukhriz tu. Cerita yang cukup rencah rasa. Tu yang layan drama ni. Tak cukup drama, langsung mencari novel dia.

Sanggup cari kat Popular sampai dua kali pergi tak ada stok, aku sampai dah give up. Tapi kali ketiga pergi cari ada satu je. Rezeki..kalau tak terpaksa la order online je. Tak cukup dengan novel yang asal, order pulak kisah sambungan yang ditulis oleh penulis mungkin selepas drama ni keluar kat TV.

Aku dah beli novel AT ni dah tiga minggu tau, tapi aku tak habis baca lagi. Mula-mula dapat terus baca bab last sekali sebab nak tahu kesudahan cerita. Sekarang ni tengah merangkak baca dari bab satu. Banyak skip terutama bila cerita tentang Awina. tak minat nak baca..

Cerita SKKM dan novel AT ni bukan aje aku yang tergiler-giler nak baca dan tengok, Rizal pun sama. Tapi dia tak la duduk tunggu dari pukul 6.58 petang tu. Tetap pergi main bola juga cuma dia akan suruh aku update la apa yang dia terlepas.

Novel lak sekarang ni gilir-gilir baca. Kalau aku free aku baca, kalau dia tengok aku tak baca, dia lak sambil baring baca novel AT. Boleh tak laki bini melayan cerita dan novel ni? Bukan setakat aku, anak-anak aku pun melayan drama ni jugak. Siap tanya-tanya lagi. Bila sebut nama orang lain selain hero / heroin tak kenal. Kena sebut pakai kereta apa baru tau yang mana. Amsyar tu pulak suka bila nampak Mukhriz pakai uniform army tu.

Bila cerita ni ada banyak benda yang aku teringat terutama lokasi penggambaran kat TLDM Lumut. Aku dah lost contact dengan seorang mamat ni sebab aku tukar no. phone kot waktu kat U dulu. Dia navy kat sana. Tak tahu la masih di sana atau dah pindah. Mamat ni bukan sama sekolah dengan aku pun tapi kami satu daerah. Aku pun tak ingat macamana kami boleh kenal. Dulu-dulu mana ada handphone, kami tulis surat je. Kami bukan couple pun, tapi kawan. Sahabat pena la lebih kurang macam tu.

Watak Mukhriz tu pulak buatkan aku teringat juga sahabat pena aku yang study kat UIA jugak macam Mukhriz. Nama pun sama, Mukhriz dan asal Kedah lebih kurang watak dalam novel orang Perlis tapi dalam drama orang Selangor.

Bila cerita ni habis, macam terniat nak cari balik kawan-kawan lama ni semula. Try cari kat fb tak jumpa lak. Kalau ada readers yang macam agak-agak kenal dgn dua insan ni nanti beritahu ye. Nak tulis surat semula dah tak tahu nak cari mana alamat diorang sebab aku tulis semua address kawan-kawan aku dalam diary. Tapi diary ni tertinggal dalam bas atau teksi waktu aku tergesa-gesa nak kejar bas di Pudu Raya nak balik Jb waktu study dulu.

Walaupun cerita SKKM dah habis, aku macam tak boleh move on pulak dengan cerita baru ni. Terasa macam best je tengok SKMM tu. Suka tengok cerita yang realiti daripada tengok cerita anak muda (hero) drive kereta mewah2 bajet anak Dato'.

Ok, bertabah tengah tunggu novel sambungan AT walaupun novel AT masih belum habis baca.

p/s : Buat dua sahabat pena saya ni, Angah Rashid dan Mukhriz kalau ingt saya lagi boleh contact saya ye.
 

 

No comments:

Post a Comment